BAB 14

126K 6.7K 353
                                    

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kelas, Hasya terus menyerang meja Dania.

Pap!

Dania tersentak. Dia memandang Hasya yang tiba-tiba menepuk mejanya.

"Kau apahal?" soalnya

"Dania, aku nak tanya kau satu soalan" Hasya merenung Dania berani tanpa rasa gerun. Dania berpeluk tubuh. Bersedia dengan apa sahaja soalan yang ingin ditanya gadis itu.

"Kenapa kau datang IOI haritu?"

Dania mengangkat kening. Mengekalkan riak tenang. "Kau rasa? Obviously aku datang nak shopping" jawabnya tanpa rasa gerun juga.

Hasya tersenyum sinis.

"Are you sure you just went there for shopping? Atau kau ada sebab lain?"

Ayna yng berada di tempatnya hanya memandang dan memasang telinga. Nasib baik Alief dan gengnya tak masuk kelas lagi. Mereka memang selalu masuk lambat.

"Sebab lain apa lagi?? What are you trying to say?" Dania buat-buat tidak faham. Apa masalah minah ni?

Hasya menarik nafas.

"Bukan kau datang sebab nak stalk kitaorang ke??" Hasya terus straight to the point. Dania ketawa kecil. Dia bersandar pada kerusinya.

"Kau ingat aku takde kerja lain ke daripada nak stalk korang?" balasnya.

"Haah. Kau kan suka mengacau hidup orang. Sebab tu kau sengaja langgar meja aku dan Ayna dan sabotaj makanan Ayna sampai dia sakit masuk hospital. Betul ke tidak cik Dania?" Hasya berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis. Sengaja dia menguatkan suaranya.

Wajah Dania berubah. Namun cuba dikawalnya. Beberapa pelajar di dalam kelas itu mula memandang ke arah mereka.

"Apa masalah kau hah? Tiba-tiba tuduh aku yang bukan-bukan!" Dania berdiri.

"Tuduh?? aku tak tuduh la. Aku cakap perkara sebenar! Mengaku jelah Dania" Hasya menolak bahu Dania. Dania menepis. "Aku tak buat okay! Apa bukti kau??" Dania membela diri sendiri.

"Aku tak perlukan bukti untuk tegakkan kebenaran" jwb Hasya tenang. Dania yang mendengar ketawa sinis. "Aku takkan mengaku selagi tiada bukti!" Dania menolak Hasya.

Ayna terus berdiri. "Dah lah weh. Cakap dengan sotong macam dia ni mana mau jalan" Ayna menarik tangan Hasya. Sempat di sindir Dania.

"Hoi perempuan, kau memang tak reti jaga diri sendiri eh? Dia sendiri makan tak pandang kiri kanan, nak salahkan orng jugak" bidas Dania tidak berpuas hati dengan sindiran Ayna tadi. Cari pasal nampak?

Ayna tersenyum sinis.

"Itu tak apa lagi. At least, aku bukan macam kau. letak benda yng tak sepatutnya dalam makanan orang sebab tak puas hati. Pathetic" balas Ayna sengaja memarakkan api kemarahan Dania.

"Tak faham bahasa eh? Aku tak letak apa-apa lah dalam spagetti kau!"

Ayna memandang Dania hairan. Dahinya berkerut seketika sebelum tersenyum sinis. "Ada ke aku cakap aku makan spagetti tadi?" Ayna melepaskan tangan Hasya. Dia melangkah pula mendekati Dania.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now