BAB 18

122K 6.5K 375
                                    

"Kahwin!?"

Ayna terus bangun dari sofa lalu dia berdiri betul-betul di hadapan nenek dan mak su nya.

"Kahwin? Nek, Ayna muda sangat untuk kahwin lah!" protes Ayna. Betul ke apa yng baru didengarnya tadi? Dia rasa dirinya tidak pekak lagi.

Nenek dan Mak su suruh dirinya untuk kahwin? Di usia muda begini?

"Ayna sabar. Duduk dulu." ajak Puan Suraya berhati-hati. Dia tahu reaksi Ayna akan jadi sebegini. Salahnya juga kerana tidak memberitahu Ayna lebih awal.

Ayna akur. Dia duduk juga di atas sofa.

"Sebelum mummy dengan daddy meninggal, arwah ada tinggalkan wasiat untuk Ayna." Puan Suraya memulakan bicaranya.

"Dalam wasiat tu tulis, Ayna kena kahwin" tukas Nek Jah pula.

"No no no. What kind of nonsense am I hearing right now?" Ayna menggeleng. Dia memandang Puan Suraya dan Nek Jah silih berganti. Tidak masuk akal? Mengapa mummy dan daddy nya ingin menulis wasiat supaya dia berkahwin? Ingat ini cerita novel ke?

"This is not some kind of nonsense. Ini perkara serius dan kami dah pun berbincang" balas Puan Suraya pula.

"Memang lah Ayna kena kahwin. Tapi takkan secepat ini. Ayna baru 17 tahun kut." tukas Ayna lagi. Dia kembali berdiri. cuba menenangkan hatinya yang sedang membara.

"Bincang? Mak su tak bincang pun dengan Ayna? Tup tup semua dah setuju. Semua dah tahu. Ayna je belum tahu. Alief pun selama ni dah tahu ke?" soal Ayna. Ingin melenting. Tetapi ditahan. Dia tidak mahu marah mak su dan neneknya sesuka hati.

Puan Suraya mengangguk. "Alief dah lama tahu dan dia pun dah bersetuju"

Ayna memicit dahinya seketika. Jadi selama ni Alief sudah tahu lah? Cuma dia buat-buat tak tahu. Patutlah makin kerap Alief membulinya sekarang!

Tapi apa? Alief setuju? Kenapa pula? Alief benci akan dirinya. Kenapa Alief setuju pula.

"Ayna.."

"Apa wasiat tu tulis?" soal Ayna tanpa terus menunggu kata-kata dari nek jah.

"Dia tulis untuk memberikan segala harta mereka pada Ayna, Ayna perlu berkahwin pada umur seawal 17. Ini memang keturuan keluarga tengku Ayna. Kalau Ayna tak kahwin pada umur 17, semua harta akan lesap. Satu tanah pun mereka tak akan berikan pada Ayna." jwb Puan Suraya panjang lebar.

Ayna terdiam. "Kenapa 17 tahun?"

"Itu syarat keturun tok moyang kita." jwb Nek Jah pula.

Memang satu keluarganya mempunyai tengku di hadapannya termasuk nek Jah iajtu Tengku Kathijah dan Puan Suraya iaitu Tengku Suraya

"Kenapa Alief?" soal Ayna pula.

Nek Jah tersenyum. "Dato' Ahmad dengan Datin Marziah ialah kawan baik kepada daddy dengan mummy. Mereka rapat. Sangat rapat." jelas Nek Jah.

"Tapi Ayna tak kenal pun." balas Ayna. Selama 15 tahun dia hidup bersama ibu bapanya, dia tidak berjumpa dengan mereka.

"Lepas Ayna lahir, kamu sekeluarga berpindah ke Johor. Dari situ mereka dah tak terlalu kerap berjumpa lah." terang Puan Suraya pula.

Gengster Tu Aku Punya!Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum