BAB 23

124K 6.6K 1.6K
                                    

Pagi itu, kelas Emerld bising tanpa kedatangan guru. Budak lelaki main baling-baling kertas di dalam kelas manakala budak perempuan pula bergosip.

Rizki melompat turun dari mejanya lalu dia menapak ke meja Alief dan Ayna. Meja Ayna ditepuk. "Weh Ayna, kau tinggal dengan Alief ke?" soal Rizki dengan senyuman sinis.

Tersentak Ayna dibuatnya. Alief yang sedang duduk di atas meja Faris itu menoleh ke arah Rizki. Apakah tiba-tiba ni?

"Ape benda kau ni Riz? Soalan bodoh sangat." ujar Iqbal pula. Rizki masih tersengih. "Haritu, aku macam nampak kelibat Ayna dengan Alief masuk rumah sama-sama" ujar Rizki.

Seisi kelas mula bising dengan bisikan.

Ayna memandang satu kelas lalu menoleh ke arah Alief.

"Riz, kau selalu dapat nombor satu dalam kelas kan? Cuba guna otak kau yng pandai tu sikit" Alief menunjal kepala Rizki kasar.

Rizki tersentak. Senyumannya mula hilang. Alief dipandang tajam.

"Aku nampak lah korang. Dekat dengan kawasan perumahan aku. Sumpah" jwb Rizki pula. Seisi kelas sudah memandang Alief dan Ayna.

"Bro, ape main sumpah-sumpah ni??" Faris merangkul bahu Rizki kasar.

"Takkan Alief nak tinggal dengan minah ni pulak" Faris terus membaling bola kertas tepat mengena kepala Ayna. Ayna mengetap bibir menahan sabar. Matanya dipejam seketika.

"Sebelum cakap tu, boleh fikir dulu tak?" Dania menjeling menyampah. Panas pula hatinya.

"Habis, yang aku nampak tu ape?" Rizki memandang Ayna pula. Renungannya tajam.

"K-kau salah orng kut. Kawasan perumahan aku jauh sikit dari sekolah." jawab Ayna cuba berlagak tenang.

Baru hari pertama datang sekolah sebagai isteri Alief, dah macam-macam.

"Yeke?" Rizki merenung Ayna lebih tajam. Ayna menelan air liurnya seketika.

"Semua sila duduk tempat masing-masing!" Cikgu Nurul melangkah masuk dengan pembaris panjangnya. Pelajar yang tidak duduk di tempat masing-masing diketuk guna pembaris itu. Lantak kau.

Ayna menghela nafas lega. Alief dipandang sekilas. Apa lah yng akan jadi kalau pelajar-pelajar ni tahu tentang status mereka.

Cikgu Nurul bercekak pinggang. "Okay kelas, ingat tak drama yang cikgu suruh buat??" soal guru itu. Seisi kelas mengeluh. "Ingat" jwb mereka malas. Ada juga yang semangat.

"Ingat ahli kumpulan masing-masing?" Cikgu Nurul tersengih pula. Masing-masing sudah mula membuka mulut.

"In five seconds, I want all of you to sit in your group." Cikgu Nurul berpeluk tubuh. "one, two, three--"

Semua terus bangun dan berlari-lari ke arah kumpulan masing-masing. Cuak bhai.

"Four, five!"  Cikgu Nurul berjalan-jalan memandang setiap seorang pelajarnya. Cikgu Nurul memberhentikan langkahnya di meja Dania. Guru itu berpeluk tubuh. diketuk perlahan kepala Dania menggunakan pembaris

Dania terjerit kecil. Dia memegang kepalanya dengan muncung di mulut.

"Kumpulan kamu mana?" soal guru itu garang. Dania membuat muka. Terus dia berdiri lalu dengan malasnya dia masuk ke kumpulannya iaitu satu kumpulan dengan Ayna.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now