BAB 37

123K 6.5K 899
                                    

"And finally, Cinderella and her prince get married and live happily ever after.. the end!"

"Wooo" mereka tersengih sambil menepuk tangan. Sepuluh orang musuh yang kini bergelar sahabat tersenyum gembira. Drama mereka akhirnya telah selesai dipersempahkan.

"Cikgu puji kaw kaw do drama kita tadii" ujar Ilham berpuas hati. "Korang nampak tak muka Rizki tadi? Masam gila namati. Padan muka!" Tukas Ameer pula ketawa gembira. Perangai childish betul.

"Seronok la korang en. Kasi aku bukak tutup pintu je" ujar Faris membuat muka. "Kau memang layak jadi extra je" balas Hasya selamba.

Tawa mereka bergabung kecuali si Dania seperti biasa. Berpeluk tubuh dengan wajah masam mencuka. Memang kalau boleh tak nak langsung lepak dengan dorang.

"Yes! Finally!" Iqa bertempik puas hati dengan hasil kerjanya. Dia lah yang menjadi director tak berbayar untuk drama kecil ini.

"Iqa memang terbaik ah. Kalau takde Iqa, memang hancur lah kumpulan ni. Pandai, cantik, bertoleransi, bertanggungjawab. Perfect!" ujar Ameer menaikkan kedua ibu jarinya pada Iqa.

Melebih pulak dia puji. Tergigit bibir Iqa mendengarnya. Melebih-lebih ni apahal? Hasya dan Ayna tersengih.

"Hek elehh. Poyo lah kau meer. Kalau suka Iqa mengaku lah cepat! Tak payah nak belok-belok ah" Alief terus menendang kerusi Ameer kuat. Menyampah pula dia apabila mendengarnya.

Kalah Romeo dan Juliet. Dia sudah menyuruh Ameer untuk confess banyak kali tetapi ada je alasan bangang dia.

Terbeliak mata Ameer memandang Alief. Memang nak kena rakannya yang seorang ni. Alief tersengih mengejek sambil menyedut minumannya.

Pantas Ameer mencengkam bahu Alief kuat. "Halah Alief, kau cakap kemain lepas lagi ye. Kau tu syok dekat Ayna tak nak mengaku pulak??" ujar Ameer membalas dendam. Ambik kau.

Terus tersembur air yang diminum Alief. Tersedak terus mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut masin Ameer. Nasib baik sikit aje yang tersemburnya. Kalau tidak mahu mandi air terjun semua yang berada di situ.

Semua sudah tersengih-sengih. Faris dan Ameer berbalas tepukan. Seronok dapat kenakan Alief. Ayna tiba-tiba menjadi kaku. Tidak tahu nak beri reaksi apa.

Alief pantas mencerlung ke arah Ameer. Dia yang nak kenakan Ameer akhirnya dapat balik. Adakah ini semua karma? ceh.

"Alah Prince Charming ni, tak nak mengaku pulak" Faris mencuit-cuit bahu Alief dengan sengihan. "Ayna dengan Alief? Aku rasa sesuai. Perfect!" Ilham terus menyokong.

Suasana mulai kecoh.

Ayna menjegilkan matanya pada Ilham. "Tak payah nak over sangat ah" Ayna menolak kasar kepala Ilham. Amik kau kena tolakan maha kuat Ayna sekali. Ish suka main kepala orang ye.

Ilham mengusap kepalanya. Kuat weh Ayna tolak. Hasya dan Iqa terus ketawakan Ilham bengap.

"Tapi serius lah? Alief., kau suka Ayna ke??" soal Ilham semula memandang ke arah Alief. Alief mengerutkan dahinya. "Kau ni memang kecoh kan?? Semak ah!" balas Alief. Tidak mengiakan, tidak juga menidakkan.

"Weh. Aku rasa betul ah weh. Alief suka Ayna do" Hariz berkata lantang. Tersengih-sengih memandang Ayna.

Ayna menggaru kepalanya.. apasal semua kecoh sangat ni? Ingat apa? Lofa dengan Fattah ke? eh...

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now