BAB 15

130K 7K 439
                                    

Ayna mengelap tingkap itu dengan penuh geram. Digentel-gentel cermin tingkap itu melepaskan geram. Memang geram betul!

"Tak bawak buku pun kena denda. Jaih" Hariz mengeluh. Dia menyapu habuk-habuk di lantai makmal itu dengan penuh tidak ikhlasnya.

"Aku yang bawa buku ni pun kena denda!" Sengaja Ayna menekankan perkataan bawa buku itu. Smpat dia menjeling ke arah Alief yang cuma duduk bersantai di atas meja.

Faris dan Ameer pula bermaim dengan barang makmal. Orang suruh susun, dia main atomen pulak kat situ.

Dania yng sepatutnya menyusun kerusi hanya buat tidak tahu. Dia mengilap kukunya sambil mengunyah gula-gula getah.

Ayna mengetap bibir. Bertambahlah geram dia melihat suasana di dalam makmal ini. Kenapa dia dan Hariz saja yng membersih ni? Tak adil betul!

Ayna terus mengambil kain di dalam besin lalu dihulurkan pada Alief. "Woi tiang, nah!"

Alief memandang kain di tangan Ayna. "Kau nak aku buat apa dengan benda ni?" soalnya seolah-olah ingin makan penampar. Ayna membuat muka.

"Kau kunyah benda ni pastu gantung kat tiang" sindir Ayna.

"Untuk lap tingkap lah. Pergi lap tingkap tu" arah Ayna. Dari tadi dia saja yng mengelap tingkap, kalau macam tu sampai tahun baru cina tak akan selesai.

Dania yng mendengarnya membuat muka menyampah. Suka-suka dia je arah pakwe aku macam tu.

Alief tersenyum sinis. Dia melompat turun dari meja. Ayna dipandang dengan pandangan mengejek.

"Why should i?" soalnya mengamgkat kening. Ayna membalas renungan Alief tanpa rasa gerun. "because this is your job. Cikgu dah amanahkan dekat kau. So, kau kena buat" jawab Ayna.

Jawapan Ayna mengundang tawa Alief. bukan Alief saja, malah Faris, Ameer dan Dania juga ikut ketawa.

"Amanah? pft! skema jugak kau ni kan?" Alief menunjal kepala Ayna. Tetapi kali ini hanya perlahan. Ayna mengeluh. Perangai Alief langsung tidak berubah!

"Skema tak skema. Aku nak kau pergi lap jugak tingkap tu!" ujar Ayna tegas.

"Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa?" cabar Alief.

"Apa?"

"Kalau" Alief melangkah setapak mendekati Ayna.

"Aku" selangkah lagi. Ayna mula mengundur ke belakang.

"Tak. Nak?" Alief melangkah lagi ke hadapan. Ayna pula tidak sedar akan baldi di belakangnya lalu melangkah ke belakang dan melanggar baldi itu.

"Argh!" Hampir saja Ayna jatuh tetapi sempat di tangkap Alief. Alief merangkul erat pinggang Ayna.bdia tidak dapat bertahan lalu baldi itu di sepak jauh dan mereka berdua jatuh terjelupok di atas lantai.

Posisi mereka sekarang adalah Alief terbaring di atas lantai manakala tubuh Ayna pula menahan tubuh Alief.

Ayna tersentak. Dia membalas renungan Alief. Alief tidak lepas memandang Ayna. Dua detakan jantung bersatu.

"One, you get off me first" kata Alief. Ayna masih diam. Dia tidak tahu mahu kata apa.

"Two, i'll get off  first"

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now