BAB 52

113K 7.4K 2.4K
                                    

"Kem Motivasi Diri. Pelbagai aktiviti lasak, bertempat di dalam hutan. 3 hari 2 malam."

"Aku tak nak pergi" Dania terus menggeleng

"Wajib" Cikgu Nurul tersenyum manis.

Beberapa pelajar mengeluh. Ada juga yang bersorak gembira. Dania menggeletis tidak suka. Apa kem2 ni?? Memang bukan style dia lah.

Ayna hanya memandang kosong kertas ditangannya.

"Seperti yang saya kata, tingkatan 5 wajib menyertai kem ini. Tiada yng terkecuali. Kem ini selepas habis exam. 2 bulan dari sekarang. Korang balik, suruh parents sign lpstu beri balik kepada saya. Faham??"

Semua pelajar mengangguk.

Cikgu Nurul kembali ke mejanya dan mengemas barangnya.

Arfan tiba-tiba berdiri lalu dia melangkah ke tempat Ayna. "hai Ayna. Awak okay??" soal Arfan dengan senyuman manisnya. Ayna menghela nafas berat. Lepas semua benda yang telah terjadi, dia boleh pulak datang sini dengan sengihan kambingnya.

"Kau rasa?? Kau nak apa datang sini??" soal Ayna malas mahu melayan lelaki ini. Dasar penipu. Pentingkan diri! Dia fikir Ayna akan kembali padanya dengan cara kotor begini?

"Saya nak mintak maaf" ucap Arfan ikhlas.
Menyesal kerana menyeksa Ayna begitu. Baru tahu menyesal. Dania mencebik menyampah. Ayna mengemas barangnya. Tidak mengendahkan Arfan. Nak tengok muka lelaki itu pun dia tidak mahu.

"Ayna. Saya betul-betul nak mintak maaf" ujar Arfan lagi merenung wajah bersih gadis itu. Ayna memejamkan matanya lagi. Rimas betul dia dengan hanat ni.

"Ayna pleasee"

Baru sahaja Ayna ingin membalas, tiba-tiba Cikgu Nurul berdiri sambil mengangkat segala barangnya. "Alief Danyel, Ayna Maisarah. Jumpa saya di bilik kaunseling sekarang." ujarnya tegas sebelum melangkah keluar dari kelas itu.

Semua pelajar memandang Alief dan Ayna silih berganti. Masing-masing berbisik. Ayna tersentak seketika. Kenapa cikgu Nurul memanggilnya?

Alief terus berdiri. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket. Arfan dipandang tajam. Sempat dia melanggar bahu Arfan dengan sengaja sebelum melangkah keluar dari kelas.

Ayna menarik nafas seketika. Dia juga ikut berdiri dan melangkah keluar dari kelas.

Terus kelas menjadi kecoh.

"Aku rasa cikgu dah tahu lah pasal Alief dan Ayna... uhm.. tinggal bersama??" Farisya dan mulut kecohnya sudah bising. "Mesti lah doh. Dorang sendiri yang ter-mengaku dekat depan cikgu." Laila menyokong.

"Kantoi dah lah. Aku ingat dorang tu budak baik. Rupanya.." Rizki tersenyum sinis sambil menggeleng. Arfan merengus perlahan. Rambut diusap ke belakang.

Ayna melangkah perlahan. Dia berhenti seketika. Alief di hadapannya dipandang. Sebaik sahaja Alief melangkah masuk ke bilik kaunseling, Ayna terus membuka kasutnya dan masuk.

Kelihatan Cikgu Nurul sudah menunggu di situ. Wajahnya kelihatan serius.

"Ada ape cikgu?" soal Ayna perlahan apabila suasana menjadi sunyi. Cikgu Nurul menarik nafas seketika. Dia memandang Alief dan Ayna silih berganti.

"Ape masalah korang berdua?" soal guru itu. Ayna menunduk memandang lantai. Alief mengangkat bahu sambil tangannya masih di dalam poket. "Alief, Ayna?? Kakak tanya ni. Apa masalah sebenar korang berdua??" soal guru itu lagi. Suaranya naik satu oktaf.

"Kakak dengar satu sekolah cerita pasal korang. Ayna ada skandal? Ayna game Alief? Alief dengan Ayna tinggal sebumbung? Ape benda ni??" Cikgu Nurul tidak lepas memandang pasangan itu.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now