BAB 30

133K 7K 779
                                    

"Dah decide drama korang?" soal Cikgu Nurul memandang setiap seorang wajah murid-murid yng dia sayang lah sangat.

Semua mengangguk.

Masing tersenyum-senyum kecuali Dania. Cikgu Nurul mengangguk. "Bagus. Cikgu nak tengok kerjasama kamu semua." ujar guru itu.

Mereka mengangguk lagi. Selepas cikgu Nur berlalu pergi, terus Iqa berdiri. "Okay semalam, aku dengan Hasya dah buat half script" Iqa menunjukkan kertas-kertas di tangannya.

"Korang cuba baca dulu. Lepastu kita cuba berlakon" ujar Iqa lagi sambil memberikan seorang satu skrip untuk dibaca. "Woo, nice ah korang" Ayna berbalas tepukan dengan Iqa dan Hasya.

Iqa dan Hasya tersengih.

"What? Ape ni? Kenapa aku jadi stepmother pulak? I am the cinderella." protes Dania. Wajahnya jelas menunjukkan dia bengang.

"Kan dah tukar semalam. Alief nak Ayna jadi cinderella" jawab Hasya selamba memandang Dania dengan muka tidak bersalah. Dania mengetap bibir. Terus dia menoleh memandang Alief

"Are you serious?" soalnya tidak puas hati.

Perlahan-lahan Alief mengangguk. "Well, I think Ayna lagi sesuai kut jadi cinderella" balas Alief selamba. Faris dan Ameer berpandangan kemudian mereka berdua menolak bahu Alief. "wooo Alief"

Ayna menggigit bibirnya seketika. Terasa pipinya membahang.

Iqa dan Hasya tersengih

"Ha sudah. Baik kita rehearsal sekarang. Lagi berapa minggu je tinggal" terus Ayna berdiri. Baik dia potong. Kalau tak, memang kena kerat dengan Dania. Punya merah muka dia tahan marah tu.

"Tapi apa salah I? Kenapa you tiba-tiba nak tukar ni?" Dania juga ikut berdiri. Dia mahukan lebih penjelasan daripada Alief. Sejak semalam, Alief asyik bersikap dingin sahaja dengannya.

"Dania, kan I dah cakap tadi? Ayna suits the cinderella character more. Lagipun, kalau you jadi cinderella hancur kut drama ni jadinya. Rasa tak kena" jawab Alief tanpa rasa bersalah. Terdiam Dania yang mendengarnya.

Terus Dania menoleh ke arah Ayna pula. Pantas kolar baju Ayna dicengkam. "Kau hasut Alief eh?!" soal Dania tiba-tiba. Ayna tersentak. "Apa kau ni Dania?!"

"Jawab lah! Kau cakap ape dekat Alief hah?" Dania menguatkan cengkamannya. Ayna mengetap bibir. Tak faham bahasa betul lah minah sotong ni.

"Dania, stop it!" Alief pantas menarik tangan Dania kasar. Dia menolak Dania jauh dari Ayna. Dania tersentak "You tolak I Alief? You tolak I?" Dania menguatkan suaranya.

Tidak sangka dengan tindakan Alief.

Alief tidak menghiraukan Dania. Terus dia menoleh ke arah Ayna. "Kau okay tak?" soalnya. Ayna tersentak. Alief tanya dia ke?

Perlahan-lahan Ayna mengangguk.

"O-okay."

Agak hairan. Dia tertukar aku dengan awek dia ke apa? Iqa dan Hasya juga terkejut dengan soalan Alief.

"Alief!" Panggil Dania lebih kuat.

"Dania!" jerit Alief pula. Semua di situ terdiam. "Boleh tak you jangan cari pasal? I penat lah. I datang sekolah petang ni nak siapkan drama kita ni tau. Bukan nak tengok you mengamuk." jerkah Alief.

Dania terus mengunci mulutnya. Dia berpeluk tubuh.

"Control your temper. Ni lah sebab you tak layak jadi cinderella. So can you just please bagi kerjasama. I nak siapkan benda ni cepat." tukas Alief memandang Dania. Susah betul nak mintak kerjasama seekor sotong.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now