BAB 7

130K 7K 729
                                    

Ayna menyeka air matanya yang tidak berhenti mengalir dari tadi. Benci. Dia benci lelaki itu!

"Ayna, dah lah tu." Hasya mengusap belakang Ayna lembut. Memang banjir lah jugak biliknya dek air mata Ayna yng turun bagaikan air terjun. "Setan punya lelaki! Memang sial bodoh punya tiang!" dimaki-makinya Alief dengan sekuat hati.

Hasya pantas menekup mulut Ayna.

"Woi setann, mak aku dekat bilik sebelah je lah" Hasya memberi amaran. Sebiji bantal dibaling ke muka Ayna. Ayna menepis bantal yang dibaling Hasya dengan sempurna.

Tisu kotak yang dipegang Iqa dari tadi diambil lalu sehelai tisu ditarik. "Aku sumpah mamat tu. Aku sumpah dia jadi kodok yang hodoh!" Ayna memicit-micit bantal kecil milik Hasya. Kalau boleh mahu saja dia ambil gunting dan hancurkan bantal ini untuk melepaskan geram.

"Lepaskan Ayna. Lepaskan geram kau." Iqa memberi semangat. Simpati dia dengan nasib Ayna. Memang sudah serik dengan perangai Alief dan gengnya.

"Aku doakan dia kahwin dengan Dato' Seri Vida! Makan ayam mee sepanjang hidup. Biar padan muka dia!" sambung Ayna lagi. Air matanya dilap kasar dengan tisu.

Terlepas tawa Hasya dan Iqa apabila mendengar kata2 Ayna tadi.

"HAHAH. Kau jodohkan dia dengan DSV?? Cantekk. Aku aminkan saja." Hasya berbalas tepukan dengan Ayna. Ayna mula tersengih. Minta2 doanya tadi dimakbulkan. Amin!

"Amboi, kau jangan main2 Ayna. Silap-silap, engkau yang jadi jodoh dia. Haa sudah." usik Iqa membuatkan wajah Ayna kembali muram. Baru nak elok mood dia tadi. Kali ini Hasya ketawa lebih kuat. Sampai tepuk tangan. Gaya macam ikan dugong pun ada. HAHAH.

"Itu pun, bolehlah. Amin!!" ujar Hasya lagi dengan sisa tawanya. Ayna terus menolak kasar bahu Hasya. Kurengg punya kawan! Dia aminkan aku dengan tiang tu? puih!!

"Ya Allah, kau jodohkanlah rakan ku Tengku Ayna Maisarah dengan Alief Danyel Dato' Ahmad. Amin!" Iqa juga sempat mengusik Ayna. Mata Ayna terbeliak. "Hei!!" Bahu Iqa dipukul berkali-kali. Sumpah tak boleh blah! Dibuatnya doa itu betul-betul termakbul kang.

"Daripada korang doakan aku dengan gengster celup tu, baik korang doakan aku kahwin dengan Manu Rios ke, Park Hyunsik ke, kan?"

"Eiii.. puih! Jangan mimpi lah weh!" Hasya membaling bantal pada Ayna. Ayna ketawa besar. Nak mimpi pun boleh kan? Ayna membalas dengan membaling bantal tepat mengena wajah Hasya.

Iqa tersengih geli hati.

"Ohh kau balas balik ehh! Nak gaduh ke haa?" Hasya sudah membuka langkah. Ayna tersenyum sinis. "Haa mai lah kalau berani" cabarnya lalu sebelah keningnya diangkat-angkat.

Maka bermulalah perang bantal di dalam bilik Hasya pada petang itu.

.

.

Ayna yang baru sampai ke sekolah pagi itu, terus melangkah ke dewan. Selalunya begitu. Pelajar-pelajar akan berkumpul di dewan sebelum mereka dibenarkan bergerak ke dalam kelas.

Ayna meletakkan begnya di barisan kelas Emerld. Tiba-tiba Hasya dan Iqa berlari ke arahnya dengan terkocoh-kocoh. "Wei wei, korang kenapa ni?" Ayna mengusap belakang Hasya yang sudah semput akibat berlari. Lumba lari ke dorang ni? Dah kenapa lumba lari pakai baju kurung?

"Tu, Vrude Boys dan Trio Kru. Mereka bergaduh!" Kata Iqa. serentak itu Hasya dan Iqa menarik tangan Ayna. Ayna megerutkan dahi. Ha sudah! Siapa pulak Trio Kru? Geng bas sekolah jugak ke?

Kelihatan murid-murid sudah berkumpul untuk melihat live show itu. Ayna, Hasya dan Iqa menyelit masuk kedalam kelompok itu. Boleh nampak jelas Alief dan gengnya bersama tiga lagi orang murid.

"Kau carik pasal dengan aku pahal?!" Jerit Alief lantang. Dia memberi penumbuk maha hebat di muka lelaki didepannya itu. Lelaki itu terhuyung hayang. Dia memegang pipinya yang ditumbuk tadi.

Kawan kepada lelaki yang ditumbuk tadi seperti tidak berpuas hati. Dia merenung Alief tajam sebelum dia memulangkan punumbuk ke muka Alief.

Ayna menutup mata seketika. Ah, habis muka handsome Alief. Fuh! Faris menjadi berang lalu menendang lelaki yang satu lagi itu. Keenam-enam mereka tidak mahu mengalah. Mereka berbalas tumbukan dan tendangan bagaikan satu pertandingan.

Dania pula disitu cuba untuk meleraikan pergaduhan itu. Ayna memerhatikan Alief. Muka Alief merah padam. Wajahnya jelas sedang marah yang teramat. Semua disitu juga tidak tahu ingin buat apa. Tahu nak hancurkan lagi keadaan adalah.

"Murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya!! Saya nak semua kembali ke barisan masing-masing. Se. ka. rang!!" Cikgu Siti datang melangkah mendekati dengan rotan ditangannya.

Beberapa pengawas sudah bertindak menahan keenam-enam murid lelaki tadi. Alief dan gengnya bersama tiga lagi lelaki itu terus diheret untuk pergi ke bilik disiplin.

Ayna hanya melihat mereka dibawa pergi. Dasyat. Ini kali pertama dia melihat pelajar sekolah bergaduh betul-betul di hadapan matanya. Tiba-tiba Alief memandang ke arahnya. Mata mereka berpaut seketika. Alief merenung Ayna lama. Entah kenapa panahan mata Alief terasa lain macam. Cepat-cepat Ayna melarikan pandangan ke arah lain.

Tingkatan 3, 4 dan 5 dimasukkan ke dalam kelas selepas semuanya kembali normal.

.

.

"What did i just see?" soal Ayna sambil melangkah dengan Hasya dan Iqa untuk ke kelas. Hasya menggeleng perlahan. "Dah selalu sangat dah berlaku. Setiap kali kes displin je, mesti muka mereka berenam" jelas Hasya. Iqa mengangguk setuju.

"Kenapa dorang bergaduh?" soal Ayna lagi. Seram weh tengok muka serius dorang tadi. Hasya mengangkat bahunya. "Entah. Mereka memang musuh sejak dua tahun lepas lagi. Masing-masing rebutkan populariti" Iqa mencebik menaympah.

Ayna mengangguk faham. Populariti? Popular taik ayam kau laa.

"Trio Kru? Ape kejadanya pulak tu?" soal Ayna lagi. Hasya tersengih. "Itu nama geng yang dorang lawan tadi tulah" terang Hasya pula. "Tak habis2 buat masalah dorang tu. Selalu tunjuk gengster dekat sekolah. Benci aku" sambung Hasya lagi.

Wajahnya jelas menunjukkan dia tersangatlah menyampah!

"Well, aku memang dah benci si Alief tu. So lantak lah dia." ujar Ayna selamba. Hasya tersengih meleret. "Kau jngn benci lebih-lebih beb. Nanti tersuka!" usik Hasya. Iqa ketawa melihat muka cemberut Ayna. "Ew! Memang tak ah wei!" Ayna menolak bahu Hasya.

Suka Alief? Walaupun tinggal Alief seorang sahaja lelaki dalam dunia ni, memang dia tetap tidak akan suka dengan mamat poyo itu. Mengapa dia mahu suka dengan orang yang telah menolaknya jatuh tergolek dari kerusi dan memalukannya di hadapan kelas?

Menyampah! Ayna mencebik sebelum ketiga-tiga gadis itu melangkah masuk ke dalam kelas. Seperti biasa, semua orang sedang membawang tentang pergaduhan tadi. Kecoh.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now