BAB 58

105K 6.2K 478
                                    

Alief menggigit-gigit kukunya dari tadi. Macam nk terkeluar dah isi. Cikgu Nurul pula mengetuk-ngetuk kerusi yng didudukinya dengan jari telunjuknya. Datin Marziah dari tadi mundar mandir di koridor hospital itu. Datuk Ahmad pula menghela nafas. Pening melihat isterinya yng dari tadi tak duduk diam.

Sebaik sahaja doktor keluar dari wad Ayna, semua disitu menyerbu doktor itu.. "Doktor? Macam mana dengan Ayna?" soal Datin Marziah tidak sabar..

Senyuman Doktor itu sedikit sebanyak membuatkan rasa resah di hati Alief hilang sedikit.

"Alhamdulillah, dia tak apa-apa. Cuma otak dia bertindak balas kerana penyakit yang dihadapinya. Tidak ada benda yng serius. Tetapi, saya nasihatkan untuk lebih berhati-hati. Jangan bagi dia berfikir banyak sangat." Terang doktor itu tenang.

Semua menarik nafas lega. Alief terduduk lalu tersenyum nipis. Mereka terus melangkah masuk ke dalam wad Ayna.

Alief duduk di kerusi yng tersedia di tepi katil sambil memandang Ayna yang tampak tenang tidur di atas katil.

Alief tersenyum. Rambut Ayna diusap perlahan. "haila budak sengal ni. Selalu buat aku risau tau tak. Boleh tak jangan buat aku risau? Jantung aku macam nak pecah tahu tak" Alief bermain dengan rambut depan Ayna.

"Aku tak suruh kau risau pun" Ayna bersuara tiba-tiba. Alief tersentak. Terus tangannya terhenti mengusap rambut Ayna. Ayna membuka matanya lalu memandang Alief.

"I'm sorry." ucap Ayna tiba-tiba. Dahi Alief berkerut. "Sebab?" soal Alief semula. "sebab aku tak boleh ingat apa-apa. I've tried. But i just can't" ujar Ayna. Alief terdiam seketika.

Ayna dipandang dengan penuh rasa kasih sayang lalu dia tersenyum nipis. "Kau ada dekat dengan aku pun dah cukup. As long as i see your smile, your laugh, that is enough"

Ayna pula yang terdiam.

"erhm" Cikgu Nurul melangkah masuk dengan senyuman. "How's your condition Ayna?" soalnya lalu duduk di salah satu sofa di dalam wad itu. Ayna tersenyum nipis. "Good. Pening sikit je" balas Ayna.

"Ha? Pening? Sakit ke?? Kepala kau okay tak?" Alief memegang kepala Ayna. Dahi Ayna berkerut. Dia menarik tangan Alief. "Aku okay.." jawabnya perlahan.

Alief kembali duduk. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Sungguh! Dia tidak suka akan suasana janggal begini dengan Ayna. Dia rindu akan Ayna yang dulu.

Melihat wajah janggal si adik, cikgu Nurul terus bersuara. "Dany, ambik kan botol mineral tu" Cikgu Nurul menunjukkan ke arah sebotol minuman yang terletak di atas rak bersebelahan katil Ayna.

Alief memandang botol itu. Dahinya berkerut. "Amik lah" balas Alief semula. "Alah dany ambik kan laa" jawab Cikgu Nurul. Alief memandang botol mineral yang nun jauh di sana. Rak itu terletak di sebelah kiri katil. Dia pula di sebelah kanan.

"Ayna ambik kan eh?" soal Ayna ingin berura-ura ingin mengambilnya tetapi pantas ditahan cikgu Nurul. "ehh Ayna takpe-takpe. Biar Alief ambilkan. Dia kan tinggi. Tangan panjang. Boleh ambik gitu je" cikgu Nurul tersengih memandang Alief.

"Cepat la" gesanya lagi.

Alief menghela nafas seketika dia berdiri lalu merenggangkan badannya untuk sampai ke sebelah sana. Ayna tersentak apabila tubuh Alief seolah-olah menghempapnya. Dia bersandar ke belakang.

Alief pula selamba mencapai botol itu dengan mudah. Ayna ternganga seketika. "Tinggi jugak kau rupanya. Macam tiang" komen Ayna selamba.

Perbuatan Alief terhenti. Dia menoleh memandang Ayna. "Kau cakap ape tadi?" soalnya terus mencampak botol itu kepada kakaknya lalu memfokus pada Ayna.

Gengster Tu Aku Punya!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora