BAB 21

123K 6.8K 405
                                    

Pejam celik, pejam celik, akhirnya hari yng dinanti-nanti kan telah tiba.

Keluarga, saudara-mara sedang sibuk menyiapkan majlis kecil-kecilan untuk pasangan pengantin muda iaitu Ayna dan Alief.

Beberapa orang jiran telah datang untuk menjadi saksi pernikahan mereka.

Ayna memandang dirinya di hadapan cermin panjang itu. Wah, hari ni lah harinya. Benda yang tidak dia sangka langsung akan terjadi bakal terjadi dalam beberapa jam lagi.

Ayna meramas jarinya. Ada terfikir jugak nak lari seperti yng disuruh Alief. Tapi, dia tidak begitu bodoh. Nak lari kemana pun?

"Ayna?" Puan Suraya menjenguk ke dalam. Dia tersenyum. Cantiknya lah anak buahnya yang seorang itu. Sangat cantik.

"Ayna dah bersedia?" soal Puan Suraya. Jantung Ayna mula berdetak. Dia mengemam bibir. Dari tadi jari tidak henti diramas.

Puan Suraya menarik tangan Ayna lalu digenggam. "Its okay Ayna. Everything will be fine" pujuknya lembut. Rambut Ayna yang disanggul tinggi dibetulkan.

"Jom,bpengantin lelaki dah sampai." tukas Puan Suraya menarik tangan Ayna. Mata Ayna terbeliak. Dah sampai? Waduh, cepatnya!

Ayna menelan air liur. Saat dia melangkah turun ke tingkat bawah, semua mata memandangnya. Termasuk Alief Danyel. Lelaki itu nampak segak dengan baju melayunya. Fuh.

"Cantik menantu mama ni" puji Datin Marziah tersenyum memandang Ayna. Ayna tersenyum juga membalas senyuman itu. Mama? Mampuih..

Ayna kemudiannya duduk di tempat yng disediakan untuk pengantin. Dapat dilihat Alief yang berada tidak jauh darinya. Tok kadi juga sedang bersedia.

Tapak tangan Ayna terasa berpeluh.

"Baiklah, pengantin lelaki dah bersedia?" Tok kadi mencuba mikrofon. Beberapa jurugambar membuat kerja mereka dengan mengambil gambar sana sini.

Rimas Ayna dibuatnya. Ada juga yang masuk berita pasal kena terajang dengan pengantin kang. Tak pasal-pasal.

"Erm, Auzubillahiminnasyaitonirajim. Bismillahirahmanirahim." tok kadi memulakan dengan bacaan Al-fatihah.

Selesai membaca beberapa bacaan doa, tok kadi menghulurkan tangannya. Alief menelan air liur seketika. Nafas ditarik lalu huluran tangan itu disambut.

"Alief Danyel Bin Ahmad Kasri"

"Ye saye" sambut Alief dengan debaran di dada.

"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayna Maisarah binti Ku Hisyam dengan mas kahwinnya RM2000 tunai"

Debaran di dada Alief semakin gila..

"Aku terima nikahnya Tengku Ayna Maisarah binti Ku Hisyam dengan mas kahwinya RM2000 tunai"

Tok kadi memandang beberapa saksi di situ lalu semua mengangguk.

"Sah"

Ayna memandang Alief. Dan akhirnya, dia telah menjadi isteri yang sah kepada Alief Danyel. Budak gengster sekolah. Gila.

Puan Suraya menggengam erat tangan Ayna dengan senyuman. Ayna tersenyum kelat. Mummy daddy, Ayna dah kahwin.

Alief kemudiannya berdiri lalu dia berjalan ke arah dimana Ayna sedang duduk.

Setiap langkah Alief membuatkan jantung Ayna berdegup kencang. Alahai, dia dengan baju melayu putih dia tu. Kasi cair lah semua peminat dia yang tengok.

Alief melutut di hadapan Ayna. Mata mereka bertentangan. Alief merenung Ayna lama. Baru sedar yng sebenarnya Ayna ni lawa juga.

Ayna terus menghulurkan tangannya. Tidak mahu tangannya disentuh Alief. Mengada. Terus Alief menyarung cincin di jari Ayna.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now