BAB 25

124K 6.6K 313
                                    

Ayna menapak keluar dari rumah. Dia mencapai kasut sekolahnya di rak kasut. Kelihatan kasut Alief dah takde.

Motor Alief pun dah lesap.

Ayna hairan seketika. Awal pula tiang ni pergi sekolah. Jam tangan dikerling. Baru pukul 6:10 pagi.

Buat ape tiba-tiba datang awal si Alief ni? Ayna mengangkat bahu seketika sebelum dia melangkah ke basikalnya lalu tongkat basikal ditolak.

"Kak mah, Ayna gerak dulu!" laung Ayna sebelum terus mengayuh basikalnya untuk menuju ke sekolah. Suasana pada pagi itu masih gelap dan suram.

Kedai-kedai baru hendak di buka. Sempat Ayna menghadiahkan senyuman kepada pekerja-pekerja itu. Pekerja di tepi jalan juga Ayna bertegur sapa dan berikan senyuman.

Sedang Ayna mengayuh basikalnya dengan tenang, tiba-tiba matanya ternampak susuk tubuh yang sangat dia kenal.

Mana tak kenal kalau hari-hari dia hadap? Itu Dania! Ayna memperlahankan kayuhannya. Kelihatan seperti Dania sedang menunggu seseorang di luar kedai.

"Buat apa sotong tu dekat situ sorang-sorang?" Ayna berteka-teki seketika. Tidak lama kemudian, seorang pelajar lelaki melangkah keluar dari kedai itu.

Mata Ayna terbeliak. It bukan ke,

Ayna cuba mengingat semula wajah lelaki itu. Ingat ingat ingat!

Hafey! Musuh ketat Alief.

Kelihatan Dania sedang merangkul lengan Hafey mesra. Mereka berdua tersenyum gembira. Ayna ternganga seketika. Berapa banyak lelaki dah Dania lekat ni? Eh, sebok pula kau Ayna.

Ayna mengayuh lebih perlahan. Ingin mengikut jejak pasangan itu. Rupa-rupanya ada skandal ye minah ni. Ingatkan sayang sangat dekat Alief.

Ayna berfikir seketika. Dia tertoleh-toleh sebelum mengeluarkan telefon bimbit dari poket begnya. Dengan senyuman, dia mengambil gambar Dania dan Hafey yang sedang bermesra itu.

Kemudian pasangan itu melangkah masuk ke satu lorong dan menghilang. Ayna menghela nafas. Gambar yang baru di ambil itu dipandang lama. Entah kenapa dia mengambil gambar ni pun dia tak tau.

Apa motif kau sebenarnya Ayna?

Ayna menggeleng seketika sebelum meneruskan kayuhannya.

Sampai sahaja di sekolah, Ayna mengunci basikalnya dan terus berlalu ke dewan.

Semasa perjalan berlalu ke dewan, tiba-tiba Ayna terdengar beberapa jeritan dari tandas lelaki. Langkah Ayna terhenti. Dia menoleh ke arah tandas lelaki dengan dahi yang berkerut.

Macam kenal ke suara itu.

"Kau cuci tu betul-betul lah!" jerit Alief bengang. Mop di tangannya dicucuk-cucuk ke kaki Faris. Faris membuat muka. Alief dijeling lalu dipijak-pijaknya pula mop Alief.

Ayna mengangkat kening. Memang tak nampak muka kerana berada di dalam tandas tetapi, dengar suara pun Ayna dah boleh tahu. Siapa lagi yang suka terjerit-jerit di sekolah ni kalau bukan Alief Danyel

"Aku tengah cuci betul-betul lah ni! Kau tu yang tak betul!" balas Faris pula.

Ayna tersengih. Dia berpeluk tubuh. Alief pergi awal tadi sebab ni rupanya. Alahai, kesian kena cuci tandas.

"Bising ah korang ni. Buat jela kerja tu!" tukas Ameer pula bengang mendengar Alief dan Faris bertekak dari tadi. Cermin tandas itu pula digentel-gentel dengan geram.

"Hai, abang-abang gengster cuci tandas ke? Buat malu je. Jatuh standard!" laung Ayna dari luar tandas lalu ketawa. Seronok dapat kenakan tiga orang lelaki itu.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now