BAB 50

118K 6.7K 2K
                                    

"Ayna??"

Terus Ayna menoleh. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia terkejut. Alief mengangkat kening. "Kau kenapa?? Okay tak?" soal Alief sambil mengemas bukunya.

Ayna menelan air liur seketika sebelum mengangguk. Entah kenapa jantungnya berdetak kuat saat ini. Dahinya juga berpeluh. Dah kenapa Ayna?

"Ayna??"

Ayna menoleh ke arah Alief. Dia tersenyum lalu berdiri. "weh, sabtu ni balik rumah mama dan papa kan?" soal Ayna terus berdiri di sebelah Alief dan mengikut mengemas bukunya untuk sekolah besok.

Alief mengangguk. "Mama dah excited gila. Siap kata nak masak macam2 sabtu ni" ujarnya sebok bercerita. Ayna hanya mendengar. Dia bercadang tidak mahu beritahu Alief tentang apa yang jadi petang tadi.

Tidak mahu perbesarkan benda.

Selepas mereka berdua selesai mengemas buku, mereka bersiap sedia untuk masuk tidur.

"wey tiangg" panggil Ayna sambil menarik comforter memutupi badannya. Alief menoleh seketika untuk memberitahu yang dia sedang mendengar. "If something bad happened to us, janji dengan aku yang kau akan tetap percayakan aku." tukas Ayna membuatkan Alief hairan.

Kening diangkat. "Aik? Lain macam kau ni malam ni? Ade apa-apa ke ni??" ujar Alief bersandar pada bantal di belakang sambil mata memandang Ayna. Ayna menggigit bibirnya lalu dia melentokkan kepalanya ke bahu Alief.

"Mane ade pape la. Janji jela" Ayna mengangkat jari kelingkingnya. Alief tersenyum lalu jari kelingkingnya melingkari jari Ayna. Ayna tersenyum puas.

Alief mengusap lembut rambut Ayna.

"Dah. Kau tidur la." Alief terus berdiri dan turun dari katil. Ayna mengangguk. "Night baby girl" Terus Alief menutup lampu dan keluar sambil menutup pintu.

Mereka mungkin kongsi bilik, tapi fikir mereka tidur bersama ke?? Memang tak laa. Masing-masing belum bersedia lagi

Walaupun sudah banyak kali mereka tidur sebilik.

●●●●●

"Okay kelas! Exam is coming soon. Ujian Prestasi 2 nak dekat. I want you guys to focus" Cikgu Nurul menulis sesuatu di papan putih sebelum berpusing kembali menghadap pelajar-pelajarnya.

Mereka semua mengangguk faham.

Selepas tamat waktu Cikgu Nurul, waktu rehat pun bermula. Semua pelajar berpusu-pusu ingin ke kantin dan koperasi untuk mengisi perut.

"woi woi semua ketepi!"

Semua pelajar yang berada di kantin terus menoleh. Siapa pulak yang duk jerit-jerit ni? Kelihatan Alief dan gengnya berdiri betul2 di tengah-tengah barisan untuk membeli makanan.

"Aku nak lalu. Korang semua boleh blah" ujar Alief selamba sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Dengan baju tak tight in dia. Rambut selekeh. Mata ditajamkan merenung semua pelajar yang beratur di hadapannya.

"Dengar tak?! Apa lagi? Blah!" sergah Faris terus membuatkan semua pelajar yang beratur memberi laluan kepada Alief, Faris dan Ameer.

Ayna, Hasya dan Iqa memandang dari jauh. "Heol, tengoklah pakwe kau tu Ayna. Perangai langsung tak berubah" ujar Hasya menggeleng kepalanya. Sempat dia menyuap karipap ke dalam mulutnya.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now