BAB 4

145K 7.2K 842
                                    

"Hai Tengku Ayna Maisarah, saya Ilham." kata Ilham sebaik sahaja dia duduk di sebelah Ayna. Siap memperkenalkan diri lagi.Ayna menoleh. Amboi, nama penuh aku disebutnya tu.

Hasya yang sedang berbual dengan Ayna itu menjulingkan matanya. Macamlah dia tidakk kenal si Ilham tu. Ilham ini terkenal dengan sikap buaya darat terlebihnya. Pantang nampak yang cute sikit, dah dikebasnya.

Masalahnya, dia sendiri tu pun tak ada lah laku sangat. Muka biasa-biasa je. Ada hati nak awek yang cun meletop. heh.

Ayna membalas senyuman lelaki itu.

"Eh ilham, kau jangan nak kebas Ayna ni pulak eh. Aku siku kau kang!" kata Hasya yang sudah acah acah ingin menyiku ilham. Berani sangat lah tu nak nyiku kepala orang.

"Eleh kau! Jangan seboklah! Makan je mee kau tu. Mentang-mentang lah takde siapa nak kat dia. Action pulak." balas ilham terasa pedas di pendengaran Hasya.

Hasya sudah mengangkat garpu nya mahu dicucuk-cucuk mulut puaka ilham tu. Ilham hanya tersengih tidak bersalah. Seronok juga layan amarah si Hasya ni. Ayna ketawa geli hati. Macam-macam lah.

"Dah lah Ayna, jom. Rehat dah nak dekat habis ni." Hasya menarik Ayna bangun dan pergi meninggalkan Ilham seorang diri.l. Ilham yng tersengih itu sempat dijeling. 

Semasa perjalanan ke kelas, mereka berbual-bual kecohnya seperti pasar borong. Lama tak jumpa! Semua benda nk diceritanya. Tiba-tiba Hasya menarik tangan Ayna ke tepi koridor sekolah. Ayna terkejut dengan tindakan Hasya yang tiba-tiba itu.

"Woi, kenapa ni?" Tanya Ayna cemas. Semua yang lalu-lalang di situ juga sudah berkumpul ditepi koridor seolah olah mahu memberi ruang kepada Perdana Menteri lalu. Apa kes?

Bukan berkumpul lah, maksudnya beratur untuk me.beri laluan kepada seseorang. Haduh!

"Tu, tengok tu." Kata Hasya menunjukkan ke arah tiga orang lelaki berjalan dengan penuh gayanya. Seolah-olah mereka berada di atas pentas model yang dibentangi karpet merah. Kelihatan Alief Danyel di tengah tengah bersama dua orang lelaki yng turut berada di kelas yng sama dengan Ayna.

"Siapa tu?" Tanya Ayna hairan. Apa kes kena bagi laluan ni? "Itulah geng budak-budak nakal sekolah ni atau lebih dikenali sebagai Vrude Boys " Kata Hasya berbisik.

Dahi Ayna berkerut seketika apabila mendengar nama yang disebut oleh Hasya tadi. Vrude ape benda?? Mak aih, Kau ingat ni geng bas sekolah ke?

"Okay, tapi apa motif kita kena bagi laluan dekat dorang?" soal Ayna dengan suara kuat. Sengaja dia menguatkan suaranya nak bagi orang dengar. Volume suara dah tak boleh kawal. Semua yang berada di situ merenung Ayna tajam.

Ayna menelan air liur perlahan. Erk, Aku dah tersalah cakap ke?

"Kau nak tau sangat ke?" Tiba-tiba Alief dan lagi dua orng sahabatnya berhenti dan berdiri dihadapan Ayna. Tersentak dua orng gadis itu dibuatnya.

Hasya menelan air liur. Aduh, mereka dengar ke apa yang si Ayna ni cakap tadi?

"Wei Alief, kau tinggalkan jelah si Dania tu. Aku rasa si Ayna Maisarah ni lagi cute." kata lelaki yang memakai tag nama Faris. Renungannya pada Ayna tu semacam.

Semacam dia macam mahu ditampar muka dia tu.

"Haah lah, lagi comel lotey." kata lelaki yang bernama Ameer itu pula. Mereka tersengih kambing memandang Ayna yang menjeling mereka tajam.

"Huh! Takde taste!" Ujar Alief lalu tersenyum sinis. Ayna membulatkan matanya. Heh! Kau ingat kau tu hot sangat?

Tapi fakta tetap fakta. Alief Danyel ni boleh tahan hensem dia. Muka baby face gila heh. Main tipu betul!

"Eh tiang! Kau ingat aku hadap sangat ke dekat kau?? Perasan hensem!" Jawab Ayna sinis. Hasya membuntangkan mata. berani betul kawan aku ni!

Alief mengetap gigi geram. Memang tak makan saman betul rupanya minah ni!

"Wow, Garang! I like!" ujar Faris menggigit bibirnya dengan sengaja. Ayna sedikit gerun. Seram. Dari tadi aku tengok Faris tu semacam je! Memang betul kena penampar satgi.

Faris dan Ameer apa kurangnya, good looking jugak sebenarnya. Ceh Ayna, Sempat lagi kau eh!

"Ish! Blah lah! Aku nak balik kelas ni!" Ayna cuba menolak mereka. Tetapi tidak berubah. Still the same. Alief masih lagi tersengih sinis sambil merenung gadis itu.

"Kita belum selesai lagilah sayang." ujar Ameer lembut. Ayna mencebik. "euw, siapa sayang kau hah? Dah shuh!" Ayna menyelit keluar lalu menarik tangan Hasya. Mereka terus berlalu pergi dan masuk ke kelas.

So-called-Vrude Boys hanya memandang mereka sehingga hilang dari pandangan.

"Nampaknya kita dah jumpa new target." ujar Alief sinis. Kata-katanya itu mendapat sengihan lebar daripada Faris dan Ameer.

Game time?

.

.

"Ish, semak betul mamat-mamat tu. Siapa mereka sebenarnya hah? Kenapa semua macam takut je dengan mereka?" Ayna memandang Hasya yang kelam kabut. Dahinya masih dibasahi peluh akibat berdepan dengan tiga orang budak nakal tadi.

"Vrude Boys ni terkenal dengan sikap membuli dorang. Dorang ni tak takut denda! Tak pernah seorang pun yang berani lawan dorang and you're the first Ayna Maisarah!" Hasya megetap bibir geram. Geram dengan sikap Ayna yang tak berubah-ubah sejak dahulu lagi. Keras kepala.

"Nama Vrude Boys tu dorang dapat dari budak-budak sekolah ni. Budak-budak sekolah ni yang panggil dorang Vrude tu dari mula. Vrude tu maksudnya Very Rude Boys. Dorang tu kurang ajar gila namati kau tau tak" sambung Hasya lagi. Penuh dramatiknya.

Ayna ketawa sinis. "Acah lebih! Ingat aku takut ke? Setakat gengster celup macam tu ape lah sangat" Ayna berpeluk tubuh. Langsung tidak terkesan dengan cerita yang baru sahaja disampaikan oleh Hasya tadi.

Hasya membuntangkan mata.

"Tengku Ayna Maisarah? Kau sedar tak kau baru je cari masalah dengan Vrude Boys tu?" Hasya seolah olah mahu mencekik Ayna.

Tiba tiba pintu kelas ditendang kuat. Memang pintu itu direka untuk ditendang pun.

Datang sudah, Vrude Boys melanglah masuk ke dalam kelas dengan catwalk tak jadi mereka. Alief duduk di tempatnya. manakala Faris dan Ameer sudah berlalu ke tempat masing-masing.

Ayna hanya buat tak tau. Hasya sudah lama beredar ke tempatnya. Resah dia apabila Ayna terpaksa berhadapan dengan si Alief Danyel tu. Dia hanya berharap yang Alief tidak lakukan apa-apa perkara yang teruk kepada rakannya itu.

"Hey minah, cikgu Nurul panggil kau." kata Alief tanpa memandang ke arah Ayna. Ayna mengangkat kening. "Buat apa?" soalnya hairan. Reti pulak cakap elok-elok si tiang ni.

Alief menjulingkan matabya. "Manalah aku tau. Pergilah tanya dia sendiri. Dekat bilik guru." balas Alief lalu bersandar pada kerusinya dan berpeluk tubuh.

Ayna menjadi sedikit ragu-ragu. Nak percaya ke tak ni? Wajah poyo lelaki itu membuatkannya sukar untuk membaca apa yang berada dalam fikiran dia. Ah, pergi jelah. Ayna berdiri dan melangkah keluar dari kelas lalu kakinya terus menuju ke bilik guru.

Alief tersenyum sinis. Stupid.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now