BAB 36

125K 7.1K 1.3K
                                    

Suasana di kelas sunyi sepi kerana terlalu asyik menonton drama yang sedang berlangsung di hadapan mereka.

"But remember cinderella, all the spell will be gone by midnight and before that, you need to be home before everything disappear" Wani sebagai Fairy Godmother berkata dengan tongkat saktinya.

Ayna atau lebih tepat lagi Cinderella mengangguk. Selepas itu, babak itu berakhir dan babak seterusnya bermula.

"Scene 8, at the castle."

"Oh my lord. It is a pleasure meeting with you here today" tukas Dania dengan wataknya Stepmother. Hasya sebagai Anastasia dan Iqa sebagai Drizella tetap melekat dengan emak mereka.

Alief pula sebagai Prince dan Ameer sebagai King menunduk sedikit kepada tetamu mereka. "Girls.. down" arah Stepmother lalu dua orang anak perempuannya itu menunduk kepada raja dan puteranya.

"These are my daughters, Anastasia and Drizella" ujar Stepmother memperkenalkan anak-anak perempuannya. Anastasia dan Drizella pula terus berebut untuk memperkenalkan diri mereka kepada putera raja.

Boleh pulak Hasya dan Iqa buat babak pergaduhan kecil di situ. Semua pelajar di dalam kelas ketawa kecil. Ameer sempat tersengih memandang Iqa di hadapannya yang dirasakan comel itu. Dah dah!

"Pleasure to meet you guys too" balas Putera itu pendek. Kepalanya seolah-olah tertoleh-toleh mencari seseorang di dewan besar itu. Kononnya ada ramai orang la.

"Are you looking for someone?" soal Raja iaitu Ameer. Putera itu menoleh seketika sebelum kembali tertoleh-toleh. "No" jawabnya pendek.

"Oh my lord! You look stunning tonight! Don't you want to ask me to dance my lord?" Drizella terus meluru ke arah putera pujaannya itu dengan senyuman manis.

Ameer sempat mencebik.

"How can you be so handsome like this? Wanna dance with me my lord?" Anastasia pula terus memainkan peranan merebut putera dengan adiknya.

Tiba-tiba pintu istana terbuka luas. Atau pintu kelas pun boleh. Semua menoleh ke arah pintu yang dibuka oleh Faris. Kelihatan Ayna dengan gaun cinderella nya tersenyum cantik ke arah Alief

Alief terpegun seketika. ewah macam majlis kahwin pula

Seisi kelas mula berbisik. Ada yang menepuk tangan dan mengusik Ayna.

Ayna perlahan-lahan melangkah masuk dengan kasut sneakers nya. Kasut kaca takde. Takde bajet. HAHAH

Terus Alief menolak Anastasia dan Drizella ke tepi dan fokus pada Cinderella iaitu Ayna. Dania membuat muka menyampah melihat Alief yang memandang Ayna dengan mata yang bersinar-sinar.

"I knew you would come tonight" tukas Putera mendekati Cinderella. Ayna nampak sangat cantik di dalam gaun biru laut itu. She look stunning!

Anastasia dan Drizella berpandangan.

Ayna tersenyum. Entah kenapa dia rasa berdebar. Ini cumalah lakonan tetapi rasa seperti semua ini adalah benar. Alief dan Ayna berdiri berhadapan dengan satu sama lain.

Muzik perlahan mula dimainkan dari pembesar suara besar yang dibawa. Alief menarik nafas seketika sebelum menarik pinggang Ayna lebih rapat dengannya.

Ayna mengemam bibir lalu memeluk leher Alief. Mata dipejam seketika apabila mula mendengar usikan-usikan seisi kelas. Memang kecoh habis.

Mata mereke bertembung. Dengan bacaan bismillah, mereka mulakan tarian mengikut rentak muzik yang dimainkan.

Suasana kelas mulai sunyi semula. Lampu kelas dan tingkat ditutup membuatkan kelas menjadi gelap.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now