Part 1 :Don't you Dare

2.8K 137 2
                                    

"Please la...kau tak busy kan esok?Akademi kan cuti. Kau tolong la ganti tempat aku. Calvin kata dia maybe takkan ada masa lagi kalau bukan hari ni."rengek Seira sambil goyangkan kaki dia yang melunjur atas katil tengah baring.

Boleh tak sesiapa beritahu dia, kenapa ya. Setiap kali dia nak berehat, nak nikmati suatu moment atau enjoy something by herself. Mesti ada. Conform. Mesti ada yang nak mengacau! Tak faham la!

"Dating la lain kali...kau yang nak kerja kenapa aku pulak yang kena pergi interview. Nak aku jawab apa?Kang aku salah jawab, kau yang tak bekerja nanti."renggusnya dengan mata terpejam.

Seira goyangkan badan dia pulak. "Alah...Sera.. Please la. Aku janji nanti kau mintak tolong aku, tolong kau balik...uh..please.."

Makin menyirap darah dia bila teringatkan balik perbualannya dengan Seira malam tadi. Rasa tertipu pun ada!

Kembar dia tahu tak company ni ada Dylan?

Dari mana Seira dapat company ni? Memangnya cuma ada satu je ke yang minah tu apply!

"Kalau begitu beritahu saya...apa benefit yang kami boleh dapat sekiranya kami hire awak bekerja?"tanya Dylan dengan nada berlagak dia sambil buat muka sinis pada Sera.

Bersama senyuman terpaksanya, Sera ketap gigi dia kuat-kuat. Rasa nak maki hamun tu kan...dah macam rasa pedas yang meluap-luap je rasanya. Pergh! Panas betul dia sekarang ni!

"Dah tu apa benefit yang saya dapat kalau bekerja untuk company ni? Sama la alasannya macam tujuan company hire pekerja. Kenapa hire kami untuk bekerja di company kalau bukan sebab nak dapatkan benefit. Bezanya, company hire pekerja sebab nak benefit dari segi profit sementara saya...saya apply dekat sini sebab nak dapatkan benefit dari segi knowledge dan experience."balas Sera.

Lima orang penemu duga yang duduk di meja itu pandang Sera dengan kening terangkat.

Dylan yang dengar pandang berminat ke Sera. Sememangnya tak berubah langsung Sera ni. Sama je perangainya.

"Selain tu?"tanya Dylan lagi.

"Cik Seira?"tegur penemu duga wanita sanggul  buat kesekian kalinya.

Memangnya nak dia cakap apa?Nak cakap yang dia ke sini sebab Dylan? memang tak la. Tahu pun tidak ini kan lagi nak kerja dekat sini. Nasib baik la Seira yang kerja sini bukan dia. Tak kuasa dia nak hadap Dylan."Itu saja dari saya. Sekian." jawab dia lepas selesai beri penerangan dan jawapan untuk soalan yang diajukan.

"Dylan..awak ada apa-apa penambahan ke?" tanya wanita bersanggul tu dengan mesra pada Dylan di sebelahnya.

Sera yang dengar terus angkat mata ke Dylan. Tidak dinafikan, lelaki itu kelihatan lebih matang dari kali terakhir dia temui lelaki ni. Tapi semua tu takkan bawa sebarang perbezaan terhadap apa dia rasa terhadap Dylan.

Dylan Thomas tetap seorang lelaki menjengkelkan dan menyakitkan hati seperti dulu, malah lebih teruk! Kalau lelaki tu ada depan dia, memang melayang penumbuk sebijik dekat muka tu!

Malas nak tunggu soalan dari Dylan, Sera bangun dari situ. "Sekiranya tak ada apa-apa, saya mintak diri dulu."pamitnya semasa berdiri dari situ dengan renungan terarah di lantai.

Dia kena keluar dari sini sebab seluruh badan dia terasa bahang dan perasaan jengkel dia sudah melepasi takat didihnya! Dada dia dah sebu dengan perasaan bengang dan berang. Takut pulak dia hilang sabar dan lontarkan tantrum di sini. Tak semena rosak reputasi Seira.

Kalau boleh keluar asap, lama dah telinga kepala dia keluar asap macam cerek baru menggelegak!

"Tunggu."panggil Dylan masa dia bangun dari situ dan bergegas hendak dapatkan Sera.

Tanpa hiraukan panggilan tu, Sera terus berjalan keluar dari situ dengan langkah lekas.
Sambil tolak tarik pintu, sambil tu Sera buka butang blazer dari dikancing.

Keluar dari situ, Sera pandang sekilas penemu duga lelaki yang duduk sebelahnya lalu tanggalkan blazer dari badan dia dengan kasar. Dia tengah kepanasan dan rimas!

"Sera tunggu!"panggil Dylan lagi masa lelaki tu keluar kemudiannya dari pintu tu.

Butang kemeja yang mencekak leher dia di buka tiga dari atas sambil pegang blazer. Berani betul kan Dylan, berkelakuan macam tak ada apa-apa berlaku lepas pandang dia. Sikit pun tak tunjuk perasaan serba salah.

"Sera stop!"suara Dylan lantang kedengaran dekat belakang tapi Sera sikit pun tak perlahankan langkah untuk berhenti atau menoleh.

Setiba saja di depan pintu lif, Sera berdiri di situ dia tekan laju-laju butang turun tu. Nak berhambus cepat dari sini! Dada dia dah sesak sangat nak marah ni hah!

Tak lama kemudian, Dylan pun sampai dekat sebelah Sera. Dia pegang pergelangan tangan Sera tapi di tampar semula dengan kuat kemudiannya.

"Jangan sentuh aku!"jerkah Sera hingga melantun suara tu dekat koridor yang lengang tu. Dia pandang ke Dylan dengan kening mencerlung marah.

Dylan berdiri dengan muka bungkam terkedunya buat seketika sebelum tunduk suakan beg ke Sera. "Beg tangan kau."suanya.

Bersama dada naik turun hilang sabar, Sera pandang handbagnya yang tertinggal sebab dia terburu-buru keluar tadi.

DING!

Pintu lif terbuka.

Sera rentap handbag tu dari Dylan lalu berjalan masuk ke dalam lif tanpa berlengah.

Dylan ikut sekali nak gerak masuk ke lif.

Sera yang nampak Dylan nak berjalan ke lif, dia terus menegah dengan renungan tegas.
"Don't you dare!"arahnya di balik ketapan gigi.

Dengan refleks, Dylan berdiri dekat situ menghadap Sera bersama renungan mencerun terdesaknya.

Lantas Sera tekan butang tutup lif dan tingkat lobi tanpa memandang Dylan buat kali terakhir.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now