Part 3 : Ada udang di sebalik batu

1.5K 117 1
                                    

"Tadaaa...set breakfast khas lagikan special untuk kau."sua Seira sambil depakan tangan sewaktu berdiri depan meja makan.

Sera yang menengok lagat kembarnya hanya sabarkan diri.

Yalah dimarah kesian

Tak di marah diri dia yang kesian

Haih...

"Ini sebagai tanda terima kasih aku sebab tolong aku interview semalam. And you know what...aku diterima." kata Seira sambil tu.

Kening Sera berkerut. Diterima?Well that unexpected. Memandangkan semalam dia blah macam tu je.

"Kau ni rajin ulang alik ke sini tak ada kelas ke?"soalnya malas nak bahas soal interview tu.

Seira tarik sengih kambing menayang gigi lalu duduk dekat sebelah Sera. "It okay...kelas aku lambat lagi. Drive dari sini ke universiti aku tak adalah jauh sangat..."

Sera perhatikan Seira dengan perasaan curiga. Yalah, orang tua kata, kalau someone tu buat baik dengan kita, lakukan sesuatu atau belanja sesuatu nak ambik hati oita, itu bermakna ada udang di sebalik batu.

Still...kejadian semalam masih segar dalam ingatan dia, dan Sera belum move on lagi.

Namun mengenangkan rasa sayang dan kasihan dia diamkan je semua tu gara-gara nak jaga hati dan perasaan kembarnya ini.

"Kau ada bau something tak?"tanya Sera masa Seira letakkan hidangkan makanan dalam pinggan, sediakan garfu dan pisau dekat tepi pinggan, tuangkan air dalam gelas bagai.

Savannah dah keluar awal-awal lagi hah. Itu yang berdua je dekat dalam apartment tu. Sera pulak awalnya nak gerak keluar ke akademi latihan, sekali tu Seira muncul.

"Bau apa?"Seira cuba hidu sekitar meja tu. Tak ada bau pelik pun. Bau roti bakar dengan air kopi adalah.

"Something fishy..."perli Sera dengan muka curiga dia. Ingat dia tak tahu apa tujuan Seira susahkan diri ke sini awal pagi begini.

Terus Seira sedar lepas faham akan maksud apa yang dikatakan Sera tadi. "Haih...kau ni. Ingat apa tadi.." selorohnya sambil buat muka innocent. "Makan la...jangan diam je. Sejuk nanti tak sedap." dia cuba sua makanan ke mulut Sera, tapi lepas tu Sera tolak tangannya menjauh.

"Apa lagi yang kau nak aku buat sebenarnya ni?"tanya Sera dengan muka letih dia.

Seira beri senyuman goofy dia pada Sera. "Kenapa kau tanya macam tu?Perlu sebab ke aku nak layan kau baik-baik?" Sera ni kan tahu je la.

Sera tolak pinggan makanan dekat depannya itu jauh lalu letakkan lengannya di atas meja menghadap Seira. "Just straight to the point will you?"

"Ahaha...serius la kau ni. Senyum la sikit."
Seira lentokkan sikit kepalanya untuk tatap wajah yang saling tak tumpah sepertinya itu.  "Aku tak nak lebih pun. Aku just nak kau senyum itu je..."jawabnya dengan jujur.

Sera terdiam, wajah seriusnya jatuh kepada terpempan."Kau cakapkan apa ni?"keluh Sera.

"Dari aku sakit, dari aku terperuk dekat hospital...kau selalu ada dengan aku...ada untuk happykan aku..sekarang. aku nak kau rasa apa aku rasa."luah Seira sambil pandang dalam wajah Sera.

Berasa lucu, Sera berdengus tak percaya lantas capai cawan berisi kopi lalu di bawa dekat ke mulutnya."Kau nampak sangat ke aku ni tak happy?Aku okay je la. Kau tak payah risau untuk susahkan diri kau happykan aku." katanya sebelum hirup air itu.

"Kalau aku bak jugak macam mana?"Memang Sera tak tunjuk, tapi dia faham Sera. Sangat. Sera pandai selindungkan emosi dan perasaan dengan baik. Sebagai kembarnya dia tahu. "Kau tak happy Sera."sebut Seira.

Sera berhenti dari hirup kopinya kerana terkejut. Dia kemudiannya perlahan-lahan turunkan cawan itu ke bawah lantas palingkan kepala ke Seira dengan renungan terkejutnya.

"Kau ingat aku tak tahu apa kau cuba lakukan ni?"Seira tarik sengih sinis meleretnya. "Kau pilih untuk duduk dekat luar supaya dapat berikan aku ruang bersama dengan ayah dan ibu. Kau tak nak sambung belajar sebab kau nak bagi aku rasa semua yang aku tertinggal tanpa kau ada dalam tu, kau cari kerja lain sebab kau nak sediakan wang yang secukupnya supaya dapat pergi dari sini memandangkan aku dah sembuh. Kalau aku penting untuk kau, kenapa aku tak boleh buat macam yang kau buat?"

Sera terkedu dekat situ. Sh*t!Macam mana Seira tahu?

"Kalau kau nak aku happy, kau pun kena happy sekali Sera.."lengan Sera di pegangnya dengan perlahan. "Berhenti berkorban untuk aku.." minta Seira dengan perlahan.

Lantas Sera tersenyum lebar. Dia jadi tak senang duduk dekat situ.

"Apa kau merepekkan ni..."ketawanya dibuat-buat. "...aku tak tahu dari mana semua idea tu muncul..apa aku tahu, aku buat semua ni sebab nak berdikari...tu je."dia bangun dari kerusi tu sambil sandang beg tangannya ke bahu.

Kepala Seira ikut dongak memandang ke Sera lepas adik kembarnya berdiri. "Tapi Sera..."

Sera lambai tangan sambil gerak keliling meja tu untuk ke pintu. "Bye...aku kena pergi sekarang. Kau kemas meja makan tu sebelum keluar ya.."ujarnya ketika itu.

Seira dekat belakang hanya pandang belakang Sera dengan kening berkerut. Keluhan panjang lepas di bibirnya. Kenapa la susah sangat nak lenturkan Sera ni.

Keluar saja dari situ, Sera tutup pintu apartment tu lalu tersandar padanya dengan mata terpejam rapat. Jantung dia sekarang sedang berdegup kuat yang amat. Rasa sebu penuh dekat dada sebab nak bendung diri dari menangis dekat situ.

Bersama nafas naik turun nak tenangkan diri, Sera tekap dada dia dengan tangan lalu buka mata dia termenung pandang ke pintu depannya dengan kening berkerut.

"Baik..kalau itu yang kamu mahukan. Ibu setuju. Kamu tak perlu sambung belajar dan kami takkan masuk campur urusan kamu lagi. Dengan syarat, kamu kena pindah keluar dari rumah ni...dengan sikap kamu yang suka timbulkan masalah dan liar ni, ibu tak nak ia beri kesan dan pengaruhi Seira sama...jadi cari kerja selagi boleh. Sementara tu kamu kerja la di akademi ayah kamu situ."

"Macam mana dengan ayah?Dia tahu belum?"tanya dia.

"Ibu akan bercakap dengan ayah kamu mengenai hal ni. Jadi kamu buat la apa kamu nak buat lepas ni..ibu takkan ambil kisah lagi. Lagipun kamu dah dewasa. Masalah kamu, kamu uruskan..jangan libatkan ibu, ayah mahupun Seira sendiri."

Bersama hela nafas panjang di lepaskan, Sera tolak dirinya dari pintu tu dan gerak ke kanan koridor lalu pergi dari situ untuk ke lif.

Pada masa Sera berdiri depan lif, masa itu jugak seseorang muncul dan berdiri sama di sebelah Sera.

Dalam keadaan termenung memandang ke depan Sera sama sekali tidak menyedari kehadiran orang itu.

Sementara orang itu sempat pandang ke Sera untuk beberapa ketika lalu pandang ke pintu lif semula.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now