Part 56 : Pulau Santorini

1.1K 87 0
                                    

Seminggu kemudian....

Dia pandang dumbfounded ke kembarnya yang sedang beria ke sana sini bilik hotel mereka lakukan sesuatu.

"Serius?"soal Sera.

"Yalah..serius. Aku promise kau."

Sera menjuling mata menyampah. Dia buat muka.

Promise!Promise!

Promise my butt!

"Aku tanya kau...yang kau gatal-gatal terima offer Calvin kemudian libatkan aku sekali. Kau sedar tak kau ajak aku ke majlis pertunangan Dylan sekarang ni?"soal Sera yang sedang bersila atas katil bilik penginapan mereka di Santorini.

Iaitu sebuah pulau yang sangat cantik dan indah di Aegen Sea. Lokasi dimana majlis pertunangan Annatalia bersama Dylan bakal diadakan.

"Of course la aku tahu...listen okay"Seira yang sudah mengenakan short pant pangkal peha dengan tank top paras dada dan kardigen putih dekat badan tu mencekak pinggang menghadapnya. "Aku tahu isu kau dengan Dylan. Still aku nak kau tunjuk dekat Dylan kau still boleh move on dan saksikan pertunangan dia. Plus mana tahu silap.masa bukan Annatalia yang bakal bertunangan dengan Dylan..."

Kecik besar je Sera pandang kembarnya. Cakap tu macam senang je! "Kau nak ke mana ni?"

"Duhh...kita dekat the most gorgeous island..what else. Of course cuci mata. Jom la. Sambil tu kita boleh tengok apa yang menarik dekat sini. Calvin tolong guide kita nanti." ajak Seira sewaktu gerak ke cermin solek lalu betulkan rambut sebelum kenakan topi pantai di atas kepala.

Sera yang baru terjaga dari lena jet lagnya hanya pandang lesu ke Seira. Dia orang baru ie sampai subuh tadi, sekarang masuk jam 12 tengah hari, Seira dah pun bertenaga. Dia yang sihat tak ada masalah pulak rasa tak larat.

"Kau pergi la sendiri sana."

Seira berpaling laju ke Sera. "No...aku tak terima jawapan kau. Now get you ass up from there and lets go!"ajaknya semasa gerak mendekati katil.

"Aku penat laa."rungut Sera.

"Jom la...bukan selalu kita boleh travel jauh macam ni.."ajak Seira lagi sambil pegamg lengan Sera dan tarik adik kembarnya bangun dari situ.

Sera gerak hendak tumbangkan badannya semula ke katil. "Malaaassss....."rengek dia.

"Urghhh...kau kena bangun..kalau tak Annatalia tu akan rampas Dylan dari kau. Kita kena buatkan Dylan nekad untuk terima kau Sera bukan minah selenge mengedik macam agar-agar lembik tu!"ngeramg Seira semasa tarik Sera.

"Kau tak payah mengada la! Aku tak nak!"gelut Sera.

DREETTTT!!

Tak semena bunyi loceng bilik itu kedengaran.

Buatkan Seira yang sedang tarik Sera terus lepaskan cengkamannya hingga buatkan Sera tercampak baring atas katil.

"Coming!"sambut Seira yang bergegas ke ara pintu.

Sementara Sera yang terbaring di atas katil hanya diam termenung di situ. Tiada niat nak.bangun atau bergerak sama sekali.

"Hai...dah ready?"tanya Calvin dekat depan pintu.

"Dah...tapi makcik seorang tu tak nak bangun." jawab Sera sambil tunjuk belakang bahunya.

Calvin yang tidak bercermin mata seperti biasa itu senyum dengan handsome sekali pada Seira. "Tak apa la kalau macam tu...kita berdua je yang keluar. Sera mesti penat."

Seira pandang ke dalam bilik, dia tenung Sera buat seketika sebelum geleng kepala kesal. Sera ni kan! Dia cuba tolong pun tak nak terima! Dua malam dari sekarang Dylan akan bertunang. Masa ini la Sera patut goda Dylan dan buatkan lelaki tu berubah fikiran! Susah-susah dia aturkan semua ni!

"Okay...jom la."Seira pandang ke Calvin semula lantas keluar dari situ dan tutup pintu bilik tersebut.

Sera dengar pintu bilik hotel tu tertutup sebelum suasana bilik itu menjadi senyap semula.

Dengan malas, dia angkat tangan kanannya lalu tenung jari manisnya.

Kosong.

Biasanya terhias dengan cincin kini tidak lagi.

Seperti tenaga keluar dari badan, Sera jatuhkan tangannya ke tepi kepala lalu termenung memandang siling di atasnya dengan mata terpejam letih.

Mana tidak penat.

Seminggu ni dia cuma berendam air mata je. Duduk terperuk dalam bilik tak buat apa-apa. Kerja dekat akademi pun tak nak. Dia tak ada hati nak buat apa-apa. Situasi yang sama berlaku masa dua tahun lepas terjadi semula.

What a loser she is!

"Haih..."keluhnya dengan perlahan. Bila la semua ni nak habis.

Be strong!

Keep fight!

Stay tough!

Itulah kata-kata yang selalu digunakan Sera untuk naikkan semangat dia.

Knock!

Knock!

Bunyi ketukan yang perlahan kedengaran tak lama kemudian.

Sera dengar, tapi dia tak peduli untuk susahkan diri bangun dari situ. Malas!

Knock!

Knock!

Terus dia palingkan kepala ke kanannya dan lelapkan mata sepenuhnya. Tidak mahu pedulikan siapa yang ketuk pintu biliknya itu.



16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now