Part 33 : Pelan

1K 82 0
                                    

Bersama langkah yang riang, dia atur langkah keluar dari rumah tiga tingkat itu lalu ke laman rumah. Waktu itu sudahpun senja, dia pula baru saja pulang dari university selepas hadiri kelasnya tadi. Dan bila dia terima panggilan, terus dia gegas keluar tanpa berfikir panjang.

"Sera!"bisik Seira dengan keras semasa berlari dalam keadaan jinjit sewaktu dekati kembarnya yang sedang berdiri di luar pagar rumah itu.

Sera yang sedang bersandar dekat tiang pagar tu palingkan kepala Bersama airkrim popsikel dalam mulut. Tanpa berkata apa-apa dia lambai panggil Seira supaya keluar dari situ.

Bersama senyuman di bibir, Seira perlaha-lahan buka pintu pagar lalu gerak keluar dari situ dan dapatkan Sera dengan teruja. Rindunya dia! Lama sungguh dia tidak bertemu dengan Sera. Memandangkan dia sendiri sibuk dengan kelas dan assignment dan Sera sibuk dengan urusan sendiri, mereka berdua susah sangat untuk bertemu.

Sera rangkul lengan Seira lalu di bawa kakak kembarnya pergi dari kawasan rumah itu untuk ke taman permainan yang berada tidak jauh dari sini.

"Ayah ada dekat rumah?"tanya Sera sambal sedut aiskrim dari dalam popsikel perisi mangga dan vanilla itu.

"Ha'ah...dalam bilik bacaan."jawab Seira sambil memerhati rentak kaki dia dan juga Sera dekat lantai pavement di bawahnya. Seragam dan serentak! "Oh ya..sampai bila kau nak macam ni. Masuk je la rumah. Ayah dah tak marah dekat kau la..."

Sera ketap garis nipis di bibir lepas dengar. Dia buat uka sedihnya. Macam mana tak sedih kalua dia teringat akan kes dimana ayahnya marah bila dia buat keputusan untuk tidak sambung belajar dan keluar rumah. Mengamuk teruk ayah Sera masa tu. Sampaikan lelaki itu beri amaran pada Sera untuk tidak lagi jejak kaki ke dalam rumah sekiranya Sera keluar dari situ.

Dan sejak itu la Sera tak pernah pulang ke rumah dan berani masuk ke dalam rumah itu. Khuatir kena tibai dengan ayahnya nanti. Tak pasal-pasal!

"Ya la kau...kau tak payah cakap semata nak sedapkan hati aku la...memang la ayah okay, tak bermakna dia benarkan aku masuk ke rumah lagi.."seloroh Sera dengan nada perlahan.

Seira hanya diam selepas itu.

Beberapa minit berlalu tanpa sebarang perbualan di antara mereka, Dan selepas itu Sera berbunyi semula.

Sera Tarik popsikel dari mulutnya lalu melepaskan hela nafas panjang. "Macam mana dengan study kau?Okay tak?"tanya dia sambil termenung memandang ke depan.

Seira pun angkat kepala dia sebelum pandang ke tepinya. Wajah suram yang susah untuk dihiasi dengan senyuman itu kemudiannya di tatap dengan minat. "Kenapa?Kau nak tolong gantikan tempat aku belajar ke supaya aku boleh tolong kau jalankan misi kau untuk susahkan Dylan dengan Aiden?"

Mana ada. Dia tanya sebab dia nak tahu khabar Seira je. Bukan nak mintak tolong. Cukup la apa Seira dah buat. Lagipun ini masalah dia. Jadi biar la dia yang uruskannya. "Tak ada lah. Saja tanya. Aku cuma nak tahu bila kau free. Boleh la kita berdua pergi ke funfair hujung minggu nanti."

"Serius?Kita berdua je?"

Sera baru la palingkan kepala memandang Seira. "Ya..."

"Aku okay je. Bila-bila masa aku boleh pergi."jawab Seira sambil lirik ke tangan Sera yang sedang memegang plastic berisi roti perancis yang panjang. Apa pulak Sera nak buat dengan roti ni? "Kau nak makan roti perancis ke?Setahu aku kau bukan la penggemar roti ni?Kan keras?"tanya dia.

Ahh?Roti ni? Sera tunduk pandang ke roti yang dia beli semasa perjalanan pulang dari syarikat Aiden tadi sebelum ke sini tadi. "Roti ni..aku nak guna untuk something nanti lepas balik."jawabnya. Terus terbayang wajah si Dylan tak guna tu. Berani betul ya lelaki tu permainkan dia! Tunggu je la nanti.

"Kau nak buat apa?"tanya Seira.

Sera terus rangkul bahu Seira lalu di bawa ke kanan selekoh jalan. "Ada la...ni aku datang nak beritahu kau apa yang berlaku pada hari pertama aku kerja dekat company Aiden..."

Maka berbual la dua orang itu sehingga tiba di kawasan taman permainan. Dari awal sehingga la akhir Sera menceritakan kepada Seira mengenai apa yang Aiden beritahu kepadanya. Sera juga beritahu Seira akan pelan yang bakal dia lakukan terhadap dua lelaki ini dan bagaimana dia akan akhirinya.

Yang mana Seira sendiri setuju selepas itu dan menyokong Sera sekiranya kembarnya perlukan bantuan dia nanti.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now