Part 38 : The Reveal

1K 89 0
                                    

Kini kereta itu berada di atas jalan highway. Dengan itu Dylan tanpa ragu-ragu drive selajunya yang dia boleh.

"Aku nak kau beritahu sekarang."arah Dylan.

Masa itu la Sera menangis. Sumpah dia bencikan Dylan sekarang ni!

"Sebab aku nak kenakan kau balik lepas apa kau buat dekat aku. Itu je. Aku tak ada niat apa-apapun. Aku dah tahu semuanya. Pasal kenapa kau pergi macam tu je, bila kau balik, Savannah kerja dengan kau, semuanya. Aku dah rancang...aku nak kerja dekat Aiden sebab nak kenakan dia balik lepas apa dia buat dekat kau. itu je...tolong la...aku takut!"kata Sera laju-laju macam machine gun.

Masa itu la Dylan mula perlahankan kelajuan keretanya dari 190km/j kepada 80 km/j perlahan-lahan. Setelah itu dia berhenti dekat tepi laluan kecemasan. Sebaik dia Tarik brek tangan Dylan diam termenung memandang ke depan. Jadi Sera dah tahu?Semuanya?

Dalam keadaan menangis tu Sera pandang ke Dylan. Kan! Tak pasal-pasal dia punya plan kacau. Huhuhu...Si tenuk tak guna ni kan kalau boleh sampai hujung nafas nak jengkelkan dia.

"Jadi selama ni kau tak pernah bencikan aku, tapi kau buat perangai macam ni sebab nak bagi aku rasa apa kau rasa?"Dylan pandang tak percaya ke Sera dengan kening mencerlung.

Ya...dia tak pernah pun bencikan Dylan. Malah dia sukakan Dylan lagi sejak Dylan kiss dia kali pertama dekat akademi hari tu. Dia cuma tak sempat nak beritahu macam mana. Dan bila dia ada keberanian nak beritahu Dylan tiba-tiba pergi macam tu je! Itu yang dia marah. tapi tak adalah sampai ke tahap dia tak sukakan Dylan lagi. Dia suka..malah dia sayangkan si tenuk perangai menyakitkan hati nI! Dia cuma nak bagi Dylan rasa apa dia rasa je. Baru la adil!

"Ya..."angguk Sera dengan sisa air mata dekat pipi. "Aku cuma nak bagi kau rasa apa aku rasa je. Tengok la apa kau dah buat...habis rosak semua pelan aku..kenapa kau suka sangat kacau aku!"marahnya sambil pukul geram ke tempat duduknya.

Terus Dylan tersenyum lega. Dia bukan seatbeltnya sebelum gerak ke Sera yang sedang menangis itu dan tarik Sera ke dalam pelukannya. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa leganya dia saat ini. "Aku dah serik Sera. Aku dah rasa apa kau rasa. Jadi tolong la berhenti...aku tak nak gaduh dengan kau lagi."katanya.

Sera tumbuk tepi lengan tu dengan perlahan. "Aku bencikan kau tahu tak! benci"raung Sera yang masih terketar-ketar takut akibat pemanduan Dylan tadi. Sumpah laju sangat!

"Benci la banyak-banyak"kata Dylan sambil eratkan pelukan tu. Lepas ni dia tak nak lepaskan Sera lagi.

Dia tolak Dylan jauh darinya lalu ditempeleng muka tu. "Hish...menjengkelkan...dah sekarang hantar aku ke pejabat atau rosak semua rancangan aku nanti!"

"Rancangan apa?"tanya Dylan selepas jarakkan diri, tapi tangannya masih memeluk Sera.

Bersama kening berkerut tak puas hati, Sera muncungkan bibir sewaktu memandang Dylan yang sedang buat muka comel mintak penampar dengan dia. Tahu la handsome, tapi tak payah la pandang dia dengan mata bersinar dengan semangat macam tu. Dia belum settle lagi ni! "Kalau aku tak beritahu kau, kau drive macam orang gila lagi ke?"

Dylan ketawa lepas dia. Sambil bercakap dia kucup pipi kemerahan dan basah dengan air mata itu dengan kasih. "Kalau itu boleh buatkan kau bercakap apa salahnya."

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now