Part 35 : Get Back?

1K 79 0
                                    

"Sera...aku boleh jelaskan"Dylan melutut depan Sera yang sudah bersimpuh tak berdaya dekat lantainya.

Sambil menangis berlagu. Sera angkat mata dia untuk pandang Dylan dengan kedua-dua tangan longlai di sisi. Dia betul-betul letih dan penat! Penat sangat! Sumpah! "Jelaskan apa lagi?Kau nak nak jelaskan apa lagi...lepas kau jelaskan...aku maafkan aku...bila aku maafkan kau, kau buat aku balik...kau ingat aku ni apa!"air mata berlinangan di pipi tidak di pedulikan untuk di sekanya.

Kening Dylan berkerut risau lalu dia tekup kedua-dua pipi Sera. "Aku tak ada apa-apa dengan Annatalia tu...dia cuma kawan anak papa aku je Sera..sumpah. Aku tak pernah sukakan dia atau kita orang mempunyai hubungan"

Dengan nafas naik turun hendak cari nafas, Sera sedut hingusnya dengan susah payah lalu tolak tangan Dylan dari pipi dia. "Sekarang kau kata tak ada apa-apa...nanti kau tengok la apa yang jadi...Aiden dah beritahu aku semuanya.."marah dia lagi.

Ekspresi risau Dylan yang risau terus berubah menjadi keruh dan bengis. Dia pandang tak percaya ke Sera. "Apa kau kata Aiden?"soalnya. Lelaki tu lagi! Lelaki tu lagi! Tak habis-habis nak susahkan hidup dia kenapa!

Sera angguk kepala dengan lemah, dia pandang penat ke Dylan lalu cekau kolar bahu tiada tenaga. Perlahan-lahan dia goyangkan badan Dylan depan dan belakang. "Ya...Aiden..dia beritahu aku yang kau dah ada calon tunang sendiri...kalau macam tu aku ni apa?Hah?Aku ni apa untuk kau Dylan?Dua tahun kau buat aku macam ni...dan sekarang kau bagi harapan dekat aku hanya untuk di musnahkan semula...salah apa aku dah buat dekat kau...?"nangisnya sebelum gerak sandarkan dahi ke dada tu kerana tak larat lagi.

Dylan terduduk dekat situ dalam keadaan bersila sebelah kaki, sebelah lagi melunjur macam tu. Dia termenung pandang ke lantai bila berasa sakit hati yang amat bila mengenangkan semua ini terjadi kerana mulut Aiden yang tak reti nak tutup! "Sebab ini ke dia terima kau kerja dengan dia?Untuk beritahu kau semua ni dah hasut kau supaya bencikan aku?"duga dia yang sekarang faham kenapa Aiden ambil Sera kerja sedangkan Sera dan Aiden sendiri ada dark history mereka sewaktu di akademi dulu.

Sera hanya menangis di balik dada Dylan. Tiada kata-kata yang dapat dia tuturkan lagi. Dia bencikan Dylan. Terlalu benci sampaikan dia sendiri dah penat untuk bencikan Dylan!

Perlahan-lahan, Dylan pun tundukkan kepalanya lalu rehatkan dagunya di atas mahkota kepala Sera. Tangan kanannya melingkar sekeliling badan Sera. "Aku sumpah atas nyawa aku sendiri Sera, selain kau tiada orang lain. Sekalipun ada, aku takkan pernah terima atau setuju untuk Bersama dengan sesiapa. Tolong la percayakan aku.."

Sera bawa naik tangan dia lalu pegang belakang badan Dylan lalu cengkam kuat kain baju tu. Dia buka matanya yang terpejam lalu pandang ke tepi. Percaya?Ya dia percayakan Dylan. Tapi tak cukup untuk buatkan hati dia maafkan Dylan macam tu je.

"NO!"terus dia tolak Dylan dan bangun dari situ secepat mungkin.

Hal itu buatkan Dylan tersentak lalu ikut bangun dari situ perlahan-lahan. "Sera please...jangan macam ni."dia cuba sentuh Sera semula. Dia baru fikir dapat berbaik semula dengan Sera.

Sera tampar tangan Dylan. Tak mungkin dia akan terima semua ni macam, tu je!"Kau cakap macam senang je kan semuanya?"renungan benci terarah pada wajah tu.

"Aku dah mintak maaf kan...lagipun apa yang Aiden cakap tu semuanya tak betul. Dia cuma nak buat kau makin bencikan aku Sera..."jelas Dylan dengan muka terdesaknya. Cukup la apa dia rasa selama ni, jangan la Sera jugak berbuat perkara yang sama. Kalau Sera buat jugak, dia takut dia tak kuat lagi!

Sera geleng kepala. "Tak...tanpa dia aku memang dah bencikan kau Dylan."lafaz Sera dengan nekad.

"Sera.."Dylan cuba dekati Sera, tapi Sera malah mengundur jauhkan diri.

Dia pandang benci ke ke Dylan dengan mata dikecilkan"Kau buat aku macam ni kan...sekarang giliran aku pulak buat kau rasa apa aku rasa selama ni! Kau sukakan aku kan?Lepas semua ni.kau akan bencikan aku Dylan. Ingat tu..."terus dia berpaling dari situ lantas keluar dari apartment tersebut dengan langkah marahnya.

"SERAFINA!"panggil Dylan dengan bengang dekat situ tapi tak menghalang. Sebabnya kalau di halang pun, Sera bukannya akan beri kerjasama pada dia, Malah memberontak lagi ada la!

Oleh kerana terlalu bengang, Dylan capai benda pertama yang dia Nampak iaitu lampu kecil sebelah sofanya lalu di campak ke dinding sekuat hati hingga berderai menjadi serpihan.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now