Part 45 :Ready!And Action!

1K 86 7
                                    

Kedegam!

Pintu bilik wad terbuka dengan kasar sebelum Sera dengan muka penuh drama dia pandang lelaki yang sedang terbaring di atas katil dengan bengkak-bengkak di seluruh wajah dan tangan.

Ibarat seakan baru di sengat lebah pun ada.

Mata tu tertutup sedikit, pipi kembung kemerahan seperti pau baru keluar dari pengukus.

"Awak!"panggil Sera. "Apa dah berlaku?"tanya dia semasa dekati Aiden. Ikutkan hati mahunya dia berguling ketawa sekarang jugak lepas tengok muka tu.

Buahaahahahah

Kelakar betul!

Apa Savannah dah bagi makan dekat Aiden ni?

"Hei...apa kecoh-kecoh ni, tak reti ke nak senyap ini kan hospital!?"tegur Savannah yang berdiri di tepi katil tu.

Aiden yang sudah bengkak mulut itu tidak dapat berkata apa-apa pandang silih ganti ke sisi katilnya dimana Sera ada di sebelah kanan sementara Savannah di sebelah kiri.

Sera buat muka tak puas hati. "Yang kau dekat sini kenapa pulak!Apa kau dah buat dekat Aiden hah!"

Savannah silangkan tangan ke dada lalu berdecit menyampah. "Acah...hei kalau kau tu teman wanita dia patutnya kau buat perangai macam teman wanita dia..ini tak sibuk memanjang sampai teman lelaki pun tak di pedulikan..."cebiknya.

Aiden pandang silih ganti ke Sera dan Savannah. Dah kenapa dua orang ni bertekak gara-gara dia. Dekat sini lagi tu. Tak nampak ke dia tengah sakit macam ni!?

"Yang kau nak kecoh kenapa!Kau fikir aku tak ada kerja lain macam kau ni menggatal dengan lelaki orang!Dasar perempuan miang!"dengking Sera sambil mencekak pinggang.

Mulut Savannah tergantung, dia pandang tak percaya ke Sera lalu palingkan kepala ke Aiden. "Awak dengar tadi apa perempuan ni panggil saya..."dia tunding jari ke Sera. "Aiden..you have to do something. Pecat perempuan ni atau apa saja atau saya yang keluar dari sini?"ugutnya sambil pegang lengan tu.

Aiden berkerut kening, dia buka mulutnya nak berkata tapi Sera terlebih dahulu menyampuk.

"Kau jangan nak mengada...kau tu patut keluar dari sini!"Sera jalan keliling katil tu lalu dekati Savannah sebelum tarik Savannah.

"Hei apa ni!"Savannah melawan.

"Keluar aku kata!"Sera tarik Savannah dengan paksa.

Sekali tu Savannah rentap tangan dia dengan kuat sehingga buatkan Sera tercampak ke belakang lalu jatuh terduduk di lantai kemudiannya.

"Ah!"jerit Sera kerana tergamam.

"Kau yang mulakan dulu!"

Bersama muka bengis, Sera bangun lalu terkam Savannah. Dia pegang rambut tu lalu diacah-acah tarik. Tak kuat pun, hanya cukup kuat untuk buatkan drama mereka marvelous!

Savannah apa lagi, dia pun overeaction la. "Arghhhh!Perempuan gila!Aiden...awak tak halang dia!Saya sumpah!Saya akan tarik diri saya dari syarikat awak!"teriaknya sambil tolak Sera jauh darinya.

Aiden berbelah bahagi, dia tak tahu nak pilihan. Dengan bingung dia pandang dua orang wanita yang sedang bercakaran itu. Serius! Dia tak sangka hal akan jadi rumit macam ni

"Stop!"gumam Aiden dengan mulut tertutup sebab nak bukak tak boleh kerana bengkak.

Sera dan Savannah tak berhenti mereka terus menerus saling bergelut di situ sehingga la pintu bilik itu terbuka dan seorang jururawat berjalan masuk ke dalam.

"You b*tch!"maki Sera.

"Arghh!Rambut aku perempuan gila!!"

"Hei...apa semua ni!Hentikannya!"marah jururawat itu sewaktu mendapatkan dua orang tersebut.

"Lepaskan aku la!Aiden...tolong saya!"rengek Savannah semasa cuba tolak Sera yang sedang mencekau kolar dressnya itu.

Tak sabar dengan apa yang di lihat Aiden pun bangun dari situ. Kalau dia di beri pilhan sama ada business atau relationship?Dia akan pilih business!Jadi no matter la dia sukakan Sera, client dia ada segalanya buat dia.

Aiden pun turun dari katil tu, lalu tarik Savannah dan tolak Sera dengan tunjahan kuat hingga menyebabkan Sera jatuh bersimpuh ke lantai setelah itu.

Savannah menyorok belakang Aiden setelah itu. Buat macam dia takut sedangkan tak pun.

Sementara Sera dia jeling bengang ke Aiden sebelum berdiri tegak di depan jururawat yang agak dumbfounded dengan keadaan di situ.

"Sampai hati awak Aiden! Saya kelam kabut datang ke sini demi awak, ini yang awak balas?"sebut Sera dengan muka ala-ala kecewanya.

Aiden berkerut kening kerana serba salah. Dia cuba pegang Sera, sekali tu Sera terus berpaling dari situ dan keluar.

Savannah dekat belakang Aiden tarik sengih meleret jahatnya lalu kembalikan postur sedihnya lalu mula tersedu-sedu seperti mahu menangis.

"Saya tak sangka teman wanita awak sanggup buat saya macam ni Aiden...saya cuma nak buat baik pada awak je..."tunduk dia sambil seka air mata dia yang tak ada. "Tak apa la...nampaknya saya tak diperlukan dekat sini." rajuknya.

Aiden lepaskan keluhan panjangnya. Pening kepala dia macam ni! Dia palingkan badan menghadap Savannah lantas di usap kepala tu.

"Maafkan saya.. Saya janji hal ni takkan terjadi lagi. Jadi jangan la bersedih lagi ya." pujuknya.

Savannah yang acah-acah menangis itu terus sembamkan muka dia ke dada Aiden.

Jururawat yang sejak tadi berdiri di situ hanya assume sebarang kemungkinan yang berlaku dekat situ ialah, cik cantik yang keluar tadi adalah teman wanita pesakit alergiknya dan cik seksi yang sedang di peluk adalah orang ketiga.

"Boleh saya berikan rawatan sekarang?"tanya jururawat tu pada Aiden.

Savannah yang dengar jarakkan dirinya lalu angguk kepala. "Ya...nurse teruskan la. Saya minta diri dahulu kalau macam tu."

Aiden cuba cari wajah Savannah, tapi tersembunyi dengan rambut panjang itu. "Awak tak apa-apa?"tanya dia sambil tu.

Savannah angguk kepala."Yes. I am. No worry. Jumpa lagi nanti."pamit Savannah sewaktu jalan melewati Aiden dan keluar dari bilik tersebut.

Di luar pintu keluar hospital, Sera yang baru saja keluar berdiri dekat situ sambil betulkan penampilannya melalui cermin bedak compactnya. Dia berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Siap pekatkan lagi gincu di bibir lagi tu. Setelah berpuas hati, dia simpan alat soleknya dalam beg sebelum kenakan cermin mata hitam di wajah.

Dan pada masa itu jugaklah, Savannah muncul di sebelah. Dia buat muka tiada apa-apa berlaku jugak lalu angkat tangan ke sisi pada Sera.

Tanpa berkata apa-apa Sera pun berikan high five pada tangan itu dan selak rambut ke belakang bahunya dengan yakin.

"Done. Now..shopping?"cadang Savannah dengan sengih savagenya.

"Sure..why not. Aku sendiri malas nak ke pejabat."ujar Sera.

"Let's go then.."senyum Savannah yang ikut turut mengenakan cermin mata hitam mahalnya ke wajah lalu peluk lengan Sera dan jalan seiringan untuk ke kereta Savannah.





16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now