Part 53 : Pindah Keluar

1K 81 2
                                    

Kilat saling sambar menyambar lalu diikuti  guruh berdentum atas langit gelap yang sedang mencurah air ke muka bumi.

Dia yang tengok keluar ibarat seperti diejek dengan cuaca alam semula jadi pulak rasanya.

Yalah, dia sendiri tengah bersedih.

Cuaca pulak gelap dan hujan lagi tu, sama seperti apa yang berlaku pada emosinya sekarang.

"Apa?" Savannah hampir je nak terlepas pegang mug yang ada di tangan dia lepas dengar. "Kau nak pindah keluar?"

Sera angguk kepala. Dia pandang termenung ke rintik hujan yang menimpa permukaan kaca slidding door di depannya."Ha'ah...kau tahu..semuanya dah settle sekarang. So aku tak rasa aku perlu ada dekat sini lagi."katanya semasa berdiri di situ dengan tangan bersilang di dada.

Savannah letakkan mug ke meja kopi lalu bangun dari sofa untuk berdiri di sebelah Sera. "Dylan tahu tak pasal ni?"tanya dia setelah itu.

Tepi muka itu di pandang Savannah dengan kening berkerut. Tanpa menunggu Sera beri jawapan dia sudahpun tahu apakah ia!

"Kau nak larikan diri dari dia pulak ke?"duga Savannah dengan nada perlahan.

Masa itu la Sera palingkan kepala untuk pandang Savannah. Dia ketap gigi tahan diri dari menangis lagi. Dia cuba jadi kuat. Tapi memikirkan kenyataan yang Dylan akan bersama dengan orang lain benar-benar menyakitkan dia.

"Aku tak boleh ada dekat sini lagi Savannah... atau dekat dengan kau sebab semua tu buatkan aku lagi sedih...semua ni buatkan aku teringat dekat Dylan."luahnya dengan sebak. Air mata dah mula berkumpul nak mengalir.

Savannah pegang bahu Sera dengan muka serba salah simpatinya. "Aku harap aku dapat lakukan sesuatu untuk kau orang berdua.. Tapi masalahnya aku sendiri mati akal..."

Tangan Savannah di pegang Sera. "Tak apa. Kau dah buat lebih dari cukup. Tak payah susahkan diri kau lagi."ujarnya.

Savannah turunkan tangan dia dari bahu Sera. "Habis tu kau nak tinggal mana lepas ni?"

"Rumah parents aku...rasanya aku akan jalankan hidup aku seperti biasa macam dulu-dulu masa Dylan tak ada.."jawab Sera dengan nada mengalahnya sewaktu pandang termenung ke lantai.

Savannah lentokkan sedikit kepalanya sewaktu menilik wajah muram Sera. Tertanya-tanya. Bila la Sera dapat senyum dengan ikhlas dan rasa gembira yang sesungguhnya? Sekali...sekali pun dia tak pernah nampak Sera tersenyum sama seperti Seira. Apa dia nampak pada mata Sera hanya kesuraman dan kesedihan yang menyelubungi Sera selama ni.

"Kau sure kau akan okay kalau kau buat macam ni?Pergi macam tu je?"tanya Savannah.

Sera pandang je Savannah dengan bibir tercebik mahu menangis. "Siapa la yang okay bila tengok orang yang dia sayang bersama dengan orang lain..."dia tunduk menekup sebelah tangan ke muka. "Tapi nak buat macam mana...Dylan ada keluarga yang dia perlu jaga maruah dan nama baiknya. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri semata nak puaskan hati aku sendiri..."nangis dia kerana tak dapat nak bendung rasa sedih.

"Haih....apa la nak jadi dengan kau ni Sera...sampai tak kesudahnya kau cuba lindungi orang lain balik-balik kau jugak yang terluka." keluh Savannah semasa tarik Sera ke dalam pelukannya.

Habis tu nak buat macam mana lagi.

"Aku tak tahu nak buat apa lagi Savy."adu Sera dengan esak tanggisnya.

Savannah tepuk belakang badan Sera sambil pandang ke skrin gelap televisyen plasmanya dengan renungan dalam. "It okay...kalau ini pilihan kau. Aku respect. Lepas ni aku takkan laporkan apa saja mengenai kau pada Dylan. Kalau dia nak tahu pasal kau, dia kena cari kau sendiri lepas ni."

Sera cengkam kuat kain baju Savannah semasa sembamkan muka dia ke bahu itu. Tak larat lagi nak cakap apa-apa.

"Aku doakan semuanya baik-baik dan kau akan rasa happy lepas ni."ucap Savannah lagi dengan ikhlas. Ya..dia harapkan kawannya ini bahagia dan gembira suatu hari nanti.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now