Part 15 : Protes

1.2K 103 1
                                    

Sera melambai tangan ke arah kereta Kaito yang baru meninggalkannya. Setelah ia hilang dari pandangan, baru la Sera melangkah masuk ke dalam bangunan apartment.

Sebaik saja dia hendak tekan butang lif, tangan lain muncul terlebih dahulu, lalu tekan butang tersebut.

Sera pandang ke tepi lalu bertentang mata dengan lelaki lampai di sebelahnya buat seketika.

Kedip sekali.

Kedip kali kedua.

Kedip kali ketiga.

Sera kemudiannya terus palingkan kepala menghadap pintu lif di depan tu.

"Dari mana?"tanya Dylan.

Sera ketap gigi mendiamkan diri.

"Beli hadiah untuk hari lahir atuk kau ke?" tanya Dylan lagi.

Sera palingkan kepala kali ni. Dia pandang ke tepi dimana Dylan sedang memandang dia sejak tadi. Lalu dia pandang dengan kening berkerut. Tak terkejut kalau Dylan pun akan ada sekali di majlis hari lahir datuknya nanti. Yalah, kan keluarga Dylan dah jadi besan keluarga dia. Lalu Sera kembali palingkan kepala ke depan. Tak jawab soalan tu.

Yalah, hari tu kan Dylan cakap dia ni keras kepala. So dia nak tunjuk dekat Dylan erti keras kepala yang sebenar-benarnya. Dia takkan cakap dengan Dylan. No matter what!
Padan situ!

DING!

Pintu lif terbuka.

Tanpa membuang masa, Sera berjalan masuk terlebih dahulu ke dalam lif tersebut. Lantas cepat-cepat dia tekan butang tutup. Biar tertinggal Dylan dekat situ.

Ingatkan Dylan nak masuk, sekali tu, lelaki tu cuma berdiri tegak tak bergerak depan lif.

Dylan pandang Sera dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkan.

Tak kisah akan hal tu, Sera hanya pandang lelaki berkemeja putih, bertali leher biru gelap petak kecil dan bervest depannya dengan renungan kosong.

Perlahan-lahan pintu lif itu gerak hendak tertutup.

Dua inci sebelum ia tertutup sepenuhnya, secara tiba-tiba jari jemari muncul dari celah kuakan itu dan menghalang pintu lif tersebut dari tertutup.

Sera menahan nafas terkejut dia melihat situasi itu. Dengan mata terbutang Sera pandang pintu lif yang kemudiannya terbuka sepenuhnya dan Dylan berjalan masuk ke dalam lif mendekatinya.

Secara instinct, Sera undur ke belakang hendak jauhkan diri. Matanya naik turun memandang takut. Dah apahal pulak Dylan berani-berani bahayakan diri dengan berbuat begitu. Tak takut ke kalau jari tu tersepit. Senak dia dibuatnya.

Dylan berkerut kening tak puas hati.
Entah kenapa dia dapat rasakan yang Sera seakan mahu memberontak. Sera tidak habis-habis tunjuk perangai dengannya. Sampai bila nak macam ni!

Bam!

Butang lif di tumbuk Dylan secara ke belakang tanpa pandang pun. Sebab fokusnya terarah pada Sera.

Pintu lif pun tertutup dan ia pun mula bergerak naik.

Hal itu buatkan Sera mengedipkan mata kerana tersentak. Dah buang tebiat apa Dylan ni!

"Apa yang kau cuba buat Sera? Did you just ignore me just now?"Dylan dekati Sera perlahan-lahan seperti pemangsa.

Sera pandang tak berkedip masa lawan renungan berang Dylan. Patutnya dia tanya Dylan soalan tu. Dah kenapa dengan Dylan sebenarnya!

"See...kau diam tak melawan macam biasa. Kenapa?Kau nak tunjuk perangai protes kau dengan aku?"Dylan penjurukan Sera sehingga Sera tersandar ke dinding lif tu.

Sera ketap gigi dia sekuat hati apabila belakangnya tersandar pada dinding lif tu. Tidak mahu bersuara atau mengatakan apapun pada Dylan. Dia tak nak terus menerus sakit hati dan berbalah dengan Dylan. Stress tahu tak!

"Fine...kita tengok sampai bila kau akan berdiam macam ni. Dan jangan salahkan aku bila hal tu terjadi." Dylan terus himpit Sera dan pegang kedua-dua belah kepala Sera sebelah dia berikan kucupan di bibir Sera dengan kasar.

Terpempan dengan keadaan itu, Sera cuba tolak dada Dylan sekuat hatinya dengan mata terpejam. Namun Dylan sikit pun tak berganjak. Sebagai langkah akhir, Sera buka sedikit mulutnya lalu digigit bibir itu dengan kuat.

"Argh!"jerit Dylan sewaktu jauhkan diri sambil pegang bibirnya.

Sera pandang bengang ke Dylan dengan nafas naik turun. Tak guna betul! Berani-berani kiss dia? Ingat dirinya ni apa!.

Sekali bila Dylan alihkan tangan dari bibir, terpalitnya darah pada jarinya sedikit.

"You bit me."lafaznya dengan muka tergamam. Dah lebih ni! Tak pernah-pernah Sera sakiti dia, kali ni Sera dah buat dia berdarah?!

Sera berdengus kasar. Rasakan!

DING!

Masa tu jugak, pintu lif terbuka dan berhenti di tingkat mereka.

Sera apa lagi, dia rempuh Dylan dan berlari keluar dari situ secepat mungkin.

"Sera!Tunggu kau!"marah Dylan yang ikut berpaling mendapatkan Sera.

Waktu itu Sera sudahpun tiba di depan pintu apartmentnya. Dia sedang kalut tekan nombor passcode di pad keselamatan pintu tu.

Tepat sebelum Dylan sempat menggapai lengan Sera, Sera terlebih dahulu buka pintu dan loloskan diri melaluinya dan selamat menutupnya sesaat sebelum Dylan tiba di depan pintu tersebut.

BANG!

Terhempas kuat pintu rumah tu gara-gara Sera.

Dia yang dalam keadaan mengah, berdiri takut dekat pintu tu. Kedua-dua tangan memegang dada. Sampai boleh dengar degupan jantungnya dalam telinga. Nak beritahu betapa cuaknya dia masa ni.

Fuhh! Nasib baik sempat. Kalau tak entah apa yang Dylan akan lakukan kepada dia nanti.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now