Part 54 : Double Date.

1K 87 0
                                    

Sebulan kemudian....

Musim panas.

Yes!

Musim paling ramai sukakannya.

Bukan kerana cuacanya.

Tapi kerana aktiviti yang boleh dijalankan pada waktu ini!

Suara riuh rendah fun fair itu dengan suara jeritan orang yang naik rollercoaster, suara para pekedai melaung barang jualan mereka, ada juga suara orang sibuk berbual itu dan ini di sana sini.

Ramai-ramai pengunjung di situ, dua orang itu paling ketara sebab masing-masing kenakan t-shirt couple funfair warna merah jambu dan bercekak rambut telinga kucing dekat kepala.

Sambil jalan bergandingan dan memegang gula-gula kapas, dua orang saling berborak riang sambil tunjuk itu dan ini berkongsi cerita.

Seira ketawa besar dekat sebelah Sera yang hanya tersenyum lebar lepas Sera mengatakan sesuatu yang kelakar.

Sedang dua orang itu sedang ketawa, dua orang itu di datangi dua lelaki dari arah depan mereka.

"Aku tak boleh bayangkan macam mana muka Diana masa tu.."cerita Seira dengan sisa ketawanya.

Sera yang suka melihat kembarnya ceria ikut tersenyum lebar. Akhirnya, dapat jugak dia luangkan masa untuk ke funfair bersama kembarnya ini setelah sekian lama menunggu.

Dah sebulan berlalu sejak dia pindah keluar dari apartment Savannah ke rah keluarganya. Dan selama sebulan ini jugak dia tidak bertemu dengan Dylan selepas lelaki itu dikatakan bakal bertunang dengan Annatalia beberapa hari dari sekarang.

Oleh kerana tidak mahu menjadi home wrecked hubungan orang lain, Sera ambil keputusan untuk tidak berhubungan dengan Dylan tak kira la dia rindu separuh mati ke Dylan cuba hubungi dirinya ke...dia tak peduli.

Sera bukannya nak putuskan hubungan begitu saja tanpa kata akhir. Dia cuma tak mampu nak berbuat begitu. Berpisah itu bukan perkara yang mudah. Oleh itu, dia senyap begitu saja selama sebulan ini.

"Kau nak cuba naik viking tak!"ajak Sera dengan muka bersemangat. Mereka baru je main game dekat booth arked dan makan, belum sempat naik permainan di sini.

"Sure...jom la. Aku dah lama nak rasa macam mana perasaan naik benda alah tu.."angguk Seira dengan bersemangat jugak.

Pandang saja ke depan, mereka hampir saja hendak berlanggar dengan dua orang pengunjung lelaki di depan mereka itu.

Secara mendadak Sera dan Seira brek dan undur ke belakang hendak elakkan diri.

"Oops. Sorry..."senyum lelaki pertama yang mempunyai feature yang okay tapi tak se handsome mana.

"Berdua je?"tanya lelaki kedua yang hampir seakan seperti Caleb. Muda dan jambu.

Sera yang pandang buat muka tak berminat. Sementara Seira geleng kepala sambil tersenyum mesra.

"Tak ada la.."jawab Seira.

"Oh ya?Awak berdua datang dengan teman lelaki ke?"tanya lelaki pertama yang sejak tadi pandang Sera.

Baru saja Seira hendak buka mulut berkata, dua tangan muncul dari belakang mereka lalu melingkar sepanjang bahu mereka dengan tiba-tiba.

Serentak Sera dan Seira pandang kanan dan kiri bahu masing-masing bila dua lelaki berdiri di sisi mereka.

"Ha'ah...tak nampak?"sampuk Calvin dengan muka dinginnya pada lelaki pertama.

"Now would you f*ck off?"ujar Dylan pula.

Sera pandang tak berkedip ke tepi muka Dylan bersama nafas tertahan-tahannya.

Sementara Seira dengan girang memeluk sekeliling tulang rusuk Calvin. "Yeah...awak datang jugak akhirnya..."senyum dia dengan lebar.

Dua lelaki itu angkat tangan surrender tanda mengalah sebelum beredar dari situ.

Dylan palingkan muka dia ke Sera setelah itu. Dengan kening berkerut tak puas hatinya, dia pandang Sera.

Calvin yang berada di sisi Seira lirik ke sepupunya sebelum tunduk memandang Seira. "Lama tunggu?"tanya dia.

Seira dongak memandang Calvin lantas menggeleng kepala. "Tak ada la...kami baru je sampai sini..."rindunya dia dekat encik doktor seorang ni!

Calvin yang lihat wajah ceria Seira ikut tersenyum. Comel je!

Sera tersentak dari angaunya lalu cuba tolak dirinya jauh dari Dylan. Namun rangkulan di bahunya malah dieratkan lagi. What the hell!?

"Apa semua ni Seira?"pandang Sera ke Seira dengan muka tak percaya. Apa lagi pelan yang kembar dia telah rancangkan tanpa kebenaran dia ni!

Seira tarik sengih gooffynya. Dia pandang ke Sera dengan wajah ceria.

"Okay la Sera...memandangkan partner aku dah sampai, kau orang berdua dating la."kenyit Seira pada kembarnya. Biar la dua orang bersama untuk lepaskan rindu masing-masing. Siang malam Dylan call dia tanya pasal Sera. Serabut dia, sebab itu dia rancang akan double date ni. Alang-alang Calvib boleh cuti hari ni.

"Kau-"Sera cuba dapatkan Seira tapi Calvin tarik Seira pergi dari situ sementara Dylan kekang pergerakkannya.

"Daahhh!!"lambai Seira semasa dibawa pergi menjauh dari pasangan itu.

Sera pandang mencerun ke belakang Seira dan Calvin dengan tak puas hati lalu bergelut semula hendak lepaskan diri.

Hish!

Apa semua ni!

"Lepaskan aku."arahnya dengan tegas sambil pandang ke depan.

Dylan sandarkan Sera rapat ke sisi badannya lebih lagi."Kalau aku tak nak...kau nak buat apa?"protesnya.

Sera palingkan kepala ke sisinya dengan pantas hendak berkata, sekali tu Dylan kiss bibirnya sekilas. Serta merta buatkan dia terkedu dekat situ.

What the hell!

"Kau-Chup-"sekali lagi bibirnya di kucup.

Dylan hanya pandang Sera menunggu Sera buka mulut untuk bercakap supaya dia dapat kiss lagi.

"Stop-Chup-" terus mencerun kening Sera lepas tu.

Sementara Dylan tersenyum lebar. "Cakap la lagi."cabarnya.

Lepas Sera sedar apa yang Dylan cuba lakukan dia terus gerak menyiku rusuk lelaki tu lalu pijak kaki lelaki tersebut kemudiannya.

Tertunduk Dylan sejurus itu. Pergh!
"Auw!"aduh Dylan sejurus itu sambil pegang kesan back hand Sera dan terbongkok sikit kerana sakit di pijak.

Tak guna!

Dia baru try nak move on!Si tenuk ni menyibuk lagi!

Sera kepal penumbuk kerana geram. Dia pandang tak puas hati ke Dylan. Lelaki tak faham bahasa seperti Dylan ni berkrmbut jangan. Eloknya dengan cara macam ni kalau nak di handle. "Kau yang mintak."

Sambil gosok kesan sakit pada tulang rusuknya, Dylan pandang Sera. "What...aku rindukan kau okay. Kau tak rindukan aku ke?"

Sera cebik muncung merajuknya semasa pandang muka yang sedang berkerut kening tu. Gila tak rindu! Dia kemaruk sangat nak jumpa Dylan tau tak, tapi selfcontrol dia halang dirinya dari berbuat begitu.

"Apa gunanya..kau akan bersama dengan orang lain jugak kan."rajuk Sera semasa bergerak pergi dari situ.

"Sera!"panggil Dylan dekat belakang semasa mengejar langkah Sera. "Jalan la sama-sama." kata dia setelah berdiri di sebelah Sera.

Sera tolak Dylan jauh dari dia. "Pergi jalan dengan Annatalia kau la sana."

Dylan kembali rapat ke Sera lalu capai tangan itu lantas di gengam erat di celah jari jemarinya. "Tak nak. Aku nak dengan kau.."

"Hish!Lepas la!"Sera goncang tangannya supaya di lepaskan tapi Dylan enggan lepaskan.

Lalu berjalan berdua la mereka itu saling bergandingan tangan di celah orang ramai di fun fair tersebut.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now