Part 37 : Senjata Makan Tuan

1.1K 72 4
                                    

Matanya melilau sekeliling bas tu, cuba cari orang yang telah rosakkan keretanya itu. Dan lihat, siapa yang dia nampak! Tersengih sinis Dyla lepas ternampak Sera, dia turunkan tangan yang memegang telefon dari telinga lalu gerak ke belakang bas.

Tahu muka rusa dekat tengah jalan lepas kena pantul dengan lampu highbeam kereta?Nah begitu la wajah Sera di mata Dylan semasa dia jalan mendekat.

Sh*t!

Asal dah sampai sini pulak! Sera pandang tak berkedip ke Dylan masa lelaki tu sekelip mata saja sudahpun duduk di sebelahnya. Dia jatuhkan tangannya ke bawah lalu anjak ke tepi dinding bas itu dengan rapat hendak jauhkan diri. Alahhh...macam mana boleh tertangkap pulak ni!

"So?Ini pelan kau untuk sakitkan hati aku Sera?"Dylan letakkan tangan dekat belakang kerusi Sera duduk semasa hadapkan dirinya ke Sera. Ekspresi bengang jelas terpancar di wajahnya.

Tanpa sedar Sera telan air liur kantoinya dengan cuak. Matila dia! Dah la duit sewa rumah dia belum sempat bayar, janji dia nak bawak Seira pergi funfair pun belum settle lagi. Si Aiden tak guna tu dia belum kenakan lagi.

Dylan tarik sengih meleretnya bila mata bulat Sera pandang dia tak berkedip seakan takut melihatnya. "Kenapa?Berani buat berani tanggung la...sekarang kau dah tertangkap. Jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu je!"lengan Sera di cengkam Dylan.

"Hei...apa ni..jangan macam-macam eh. Ini tempat awam tahu. Kau boleh kena hukum!Ramai saksi dekat sini..."gelut Sera. "Aku jerit penjara kau jawabnya.."bisik Sera dengan mata dijegil geram ke Dylan.

Berasa lucu dengan kata-kata itu, Dylan dekatkan muka dia ke muka Sera. Ingat dia takut. Sera bukan tandingan dia la. Malah Sera tak tahu dengan siapa Sera tengah cari pasal dengan sekarang. Yes...dia taken aback kadang-kadang dengan tindakan Sera. Tapi bukan semua. Ada masa tu dia boleh baca! "Oh really?Jerit kalau macam tu aku nak tengok"cabarnya.

Mata Sera naik turun dari pandang mata ke bibir Dylan. Ish! Cabar dia eh! Ingat dia tak berani! Tanpa berlengah, dia Tarik nafas dalam-dalam lalu buka mulut bersedia hendak menjerit. "Argh...tolong ada peraba dekat sini.."jeritnya tanpa rasa malu.

Dylan yang sedang duduk sandar dekat kerusi dan bersilang tangan ke dada itu hanya buat muka tak kisah.

"Encik..tolong...lelaki ni...dia-"mulut Sera tertutup semula lepas dia pandang sekeliling basnya waktu itu. Eh?What the heck? Terkebil-kebil macam orang bodoh Sera ternampak pemandu bas yang sedang tertidur depan tempat pemandu. Dia lupa yang dalam bas ni cuma dia seorang je sebab terlalu awal sampai sini. Jadi-

"Buahahaha"ketawa Dylan dekat sebelah lepas tengok Sera macam orang gila jerit sensorang dekat situ. Memangnya Sera sedar ke tak sejak awal tadi tak ada orang dalam bas ni? "Ahahah...seriously?"

Terus Sera jeling tajam tak puas hati ke Dylan. Grr! Lelaki ni kan! Suka betul la menjengkelkan dia. "Kau memangkan!"Sera angkat tangan nak pukul peha Dylan, sekali tu sempat di pegang Dylan.

"Dah tak payah kau nak tunjuk tantrum kau tu...sekarang ikut aku..ada hutang kau kena bayar dekat aku.."Dylan bangun dari situ sambil pegang pergelangan tangan Sera.

"No!"gelut Sera sambil Tarik tangan dia dan pegang tempat duduk di depannya untuk sokong badan dia supaya tidak berganjak dari situ.

Dylan guna kedua-dua tangan dia lalu Tarik Sera dengan mudah lalu di bawa keluar dari bas itu. Turun sahaja dari bas itu, Dylan di sambut dengan pemandunya yang datang bersama kereta ganti di depan bas itu jugak.

"Lepas la!"ronta Sera sambil cuba brek kaki dia dekat situ supaya tidak ikut Dylan, tapi usahanya gagal. Nak je dia sepak, tapi dia pakai skirt pencil kerjanya, jadi disebabkan ia ketat dan tak dapat di kakang luas, dia tak boleh berbuat begitu.

Dylan Tarik Sera dengan muka ais tanpa ekspresinya. Sikit pun tak peduli akan Sera.

"Saya drive sendiri, kamu uruskan kereta saya.."kata Dylan sambil baling kunci keretanya ke pemandunya tanpa berhenti berjalan dan gerak ke kereta pada masa yang sama.

Pemandu itu dengan cekap sambut kunci itu lalu beri tunduk patuh akan arahan itu sebelum beredar dari situ.

"Kau patut syukur aku cat kereta kau bukan kau tahu tak! Dasar si tenuk tak guna menyakit hati tak cukup vitamin suka cakap besar!"bebel Sera semasa dirinya di bawa ke tempat sebelah pemandu dan di sumbat dengan Dylan ke dalam kereta.

Setelah itu Dylan gerak ke tempat sebelah pemandu dengan lekas. Langsung tak beri peluang untuk Sera larikan diri, dia lock child pintu kereta tu serta merta.

Dalam keadaan cemas dan kalut, Sera cuba Tarik pemegang pintu itu untuk di buka. Dia kena keluar! Matila dia kalua dia tak keluar sekarang! Dia tahu! Kali ni Dylan takkan lepaskan dia macam tu! Bukan sebab dia rosakkan kereta Dylan. Tapi sebab Dylan dah tahu apa yang dia nak buat! Ugrh!!!Asal tak boleh bukak pintu tu.

Tidak menunggu Sera kenakan seatbelt, Dylan terus pandu kereta tu pergi dari situ.

"Arghh!"jerit Sera bila kereta tu dipandu macam nak langar orang sampai mati. Tersandar dia dekat kerusi tu akibat kelajuan kereta tu. "Dylan!....aku tak nak mati awal!!"teriak Sera sekuat hati dalam kereta tu.

Sebelah tangan pegang stereng sebelah lagi pegang gear, Dylan dengan muka bersahaja dia tekan minyak kereta tu sedikit demi sedikit menjadi laju sambil mencelah kenderaan di jalan itu dengan berbahaya.

Tersedak air liur sendiri, Sera pegang apa saja yang boleh di pegang dengan kuat sampai kaki dia ikut naik.

"Sekarang beritahu apa tujuan kau bekerja dekat syarikat Aiden..dan kenapa kau buat semua ni?"tanya Dylan sambil focus memandang ke depan. SIkit pun tak rasa takut dengan kelajuan kereta yang dibawanya. Ini baru sikit!

Sera geleng kepala sambil buat muka takut nak menangis dia. Gayat habis masa ni!

"Kau tak nak selagi tu aku takkan berhenti Sera. Pilihan kau..."ugut Dylan.

Kalau dia beritahu jadi tak best la! Tapi masalahnya sekarang nyawa dia di hujung tanduk!

"I'm waiting Sera..."

Macam mana ni!!!

Seira tolong la dia!

Arghhh!!!!

Lantak la situ apa nak jadi!

"Aku beritahu kau...aku beritahu..tolong stop kan kereta ni"jerit Sera dengan mata terpejam rapat. Rosak semua pelan dia!!!!!!

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now