Part 40 : Oops! Sorry.

1K 77 1
                                    

Nak balas kejahatan orang tak semestinya kena berkasar.

Adakalanya balas dengan cara baik pun boleh buatkan orang jahat yang dah buat kita boleh jatuh melutut tak bangun-bangun.

Memang la tak setimpal, tapi kalua orang buat jahat kita buah jahat dekat orang tu, apa bezanya kita dengan dia orang?

Sakiti orang bukan boleh selesaikan masalah. Malah buatkan masalah tu semakin berpanjangan.

"Hai Ketua Sera...beli minuman ke?"sapa seorang staf yang muncul dari sebelah kiri Sera semasa dia sedang berdiri depan kaunter.

Sera dengan senyuman plastic di bibir pun pandang mereka lalu angguk kepala. "Ya saya"

"Untuk tuan CEO sekali?"tanya staf wanita seorang lagi.

Kening Sera terangkat sebelah. "Ya...dia yang minta saya belikan untuk dia..."lelaki tu kan. Ingat dia ni kuli apa suruh itu ini. Tapi nasib baik la...kalau bukan kerana pelan dia untuk ambil hati Aiden, tak mungkin la dia susahkan dirinya untuk turun ke kafe ni.

"Bertuahnya ketua...Tuan CEO kita yang seorang ni bukan senang tahu hendak dekati mana-mana staf wanita di sini. Nampaknya ketua Sera pasti istimewa buat beliau kan??"seloroh mereka yang seakan berbaur sinis.

Sera yang dengar Tarik senyuman bangga yang di buat-buat. Memangnya kenapa?Jelous sebab dia di beri perhatian lebih?Heh! "Itu la...nak buat macam mana kan...dah memang saya istimewa untuk dia. Kalau tak mananya dia sanggup jadi guide saya dan pilih saya sebagai ketua strategi peracangan bukan mana-mana staf yang dah lama kerja di sini?"balasnya dengan nada cerianya.

Terus hilang senyuman mesra di bibir staf wanita sebelah kiri Sera lepas dengar. Mereka buat muka seakan menyampah dan mahu memaki Sera dekat situ.

"Apa rahsianya ya?"tanya staf wanita pertama yang tegur Sera tadi lagi.

Masa itu la barista kafe muncul dengan pesanan Sera di tangan. Dia letakkan dua cawan kertas berpenutup atas kaunter itu lalu gerak pergi dari situ untuk sambung kerjanya yang lain.

Sera yang nampak capai cawan tu dengan kedua-dua tangan sambal pandang dua orang staf wanita dengan senyuman jahat di bibir. "Awak berdua rasa macam mana saya dapatkan perhatian dari Aiden?"tanya dia. Hah! Dia tak peduli apa orang peduli pasal dia. Lagipun bukannya effect dia pun. Alang-alang khabar angin mengenai dia dan Aiden telah tersebar di satu syarikat, apa salahnya kalau dia spice up sedikit rumor tu?

Terus ternganga terkejut dua orang staf itu bila dengar komen Sera. Tak mungkin la!!!

Dengan langkah yakin dan sassy Sera pergi dari situ Bersama senyuman penuh kemenangan di bibir. Lepas ni pasti akan timbulnya khabar-khabar angin yang tidak menyenangkan bakal tersebar. Orang zaman sekarangkan jenis tak reti nak tutup mulut kan. Mesti ada je cerita yang di tokok tambah nanti. Bersama nama dia, reputasi Aiden sebagai CEO pasti akan ikut terpalit dengan celanya.

Hanya tunggu masa saja semua ni akan berderai jadi serpihan.

Sesampai di pejabat Aiden, Sera main masuk saja tanpa ketuk tanpa apa sampaikan orang yang sedang berbual dalam pejabat itu tersentak dari perbincangan.

"Kopi..."maklum Sera dengan ceria pada Aiden yang sememangnya tidak pernah tidak handsome bila di pandang.

Beberapa orang staf yang duduk di sofa menghadap Aiden lirik ke Sera dengan minat bila nampak wanita cantik itu dekati bos besar mereka itu.

Aiden yang lihat Sera Tarik senyum senang bila ternampak cawan berisi air kopi di tangan Sera. "Kan saya kata tak perlu susah-susah.."ujarnya sambil hulur tangan mahu mengambil cawan itu.

Sekali tu baru Sera nak buka mulut, kaki berkasut tingginya itu terpelecok lalu bergerak terjunam ke depan, iaitu ke Aiden. Akibat hilang keseimbangan, Sera gerak hendak tersembam ke tempat Aiden duduk.

SPLASH!

Dan pada masa Aiden hendak bangun dari situ la minuman kopi hangat itu tumpah mengenai kot dan kemejanya. Melompat terkejut Aiden sejurus itu.

Sementara Sera sudahpun bersimpuh dekat atas lantai dengan muka dumbfounded. Opps! Sorry!

"Tuan!"tergesa-gesa la mereka yang ada di situ hulurkan tisu dan hendak bantu tuan mereka yang mungkin melecur sebab kena air panas tu.

Terkibas-kibas Aiden hendak tepis minuman panas tu dari badannya. Lalu dia pandang risau ke Sera. "Awak tak apa-apa Sera?"tanya dia.

Sera buat muka serba salah dia lalu cuba bangun dari situ tapi terduduk semula sambil berdesis sakit. "Auw.."aduhnya sambil pegang buku lali kakinya.

Tidak peduli akan dirinya, Aiden tolak staf yang kelilingi dia itu lalu berlutut di depan Sera. "Kenapa?Apa yang sakit?"soalnya sambil tunduk memandang kaki Sera.

"Saya tak apa-apa...tuan tak apa-apa. Maafkan saya sebab saya tak sengaja. Mesti panas.."dalih Sera yang cuba periksa pakaian yang sudah berbau kopi itu.

Aiden angguk kepala. "It okay...sikit je..boleh bangun tak ni?"

Sera angkat kepala dia memandang Aiden yang kelihatan risau akan dirinya. Siapa sangka, pelan dia mungkin berakhir dalam masa terdekat melihatkan betapa kisahnya Aiden pada dia. "Saya tak tahu.."cebiknya dengan mengada.

"Haih...nasib baik la bukan awak yang kena air panas tu. Sini mari saya tolong bangunkan awak.."Aiden pegang tangan Sera dan cuba bangunkan Sera dari situ dengan perlahan-lahan.

Sera pun bangun dari situ. Sambil dia bangun tu, Sera dengan sengaja buat-buat hendak terjatuh lalu tersandar pada Aiden. Geli betul la semua ni! Urgh!"Sorry..."ucapnya semasa tolak dirinya jauh dari sandarnya. Demi misinya! Telan jela semua ni.

Tanpa alihkan tangan dari Sera, Aiden malah eratkan pelukannya pada belakang badan Sera. "It okay...mari duduk. Biar saya tengok.."aju Aiden.

"Okay..."angguk Sera sambil ketap gigi tahan diri dari tersenyum dekat situ.

Heh!

Easy like peanut!

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now