Part 27 : Sorry Easy To Say

1.1K 92 1
                                    

Ibarat seperti di hempap konkrit sebelum ni, kini seluruh badannya terasa ringan sedikit. Kepalanya pula sudah tidak pening dan sesakit sebelumnya.

Dalam keadaan mamai lepas jaga dari lena yang panjang, Dylan bangun dari baringnya. Dia pegang kepala sambil gerak hendak sandar ke belakang dan silakan kakinya.

Keluhan kecil keluar dari bibirnya.Lain macam je Dylan rasa masa ni. Tekak dia kering, kepala dia rasa macam baru kena motion sickness, badannya rasa kebas-sengal.

Lantas, Dylan gerak hendak sandarkan kepalanya ke belakang, dengan muka tahan sakit tak sedap badan sebelum terpandang depannya.

Bila dah pandang tu, nafas Dylan tertahan-tahan dekat kerongkong kerana terkejut. "Sera?"sebutnya dengan suara baru bangun tidurnya.

Di situ, depan katil, berdirinya Sera dengan tangan bersilang di dada dan muka tak puas hatinya.

"Kenapa?Terkejut?"tanya Sera dengan nada tak suka dia.

Dylan membutang mata tak terkata. "Apa kau buat dekat sini?"tanya dia.

Sera berdengus kecil mengejek. "Memangnya kenapa kalau aku ada dekat bilik aku sendiri?"

"Hah?Bilik kau?"tanya Dylan dengan bingung lalu pandang kanan dan kirinya dengan terkejut. Yalah! Ini bukan bilik dia! "Macam mana aku boleh ada dekat sini?"tanya dia selepas itu.

Sera jalan dekati tepi katil itu lalu berdiri di situ. "Kau beritahu aku la. Macam mana kau boleh ada dekat sini...?"soalnya semasa pandang ke Dylan.

Dylan pegang kepalanya sambil buat muka berfikir. Seingat dia kali terakhir perkara yang dia lakukan ialah hantar Annatalia. Kemudian...itu saja. "Aku tak ingat..."

"Ya la tu tak ingat. Kalau macam tu biar aku ingatkan kau balik..."Sera bongkok mendekatkan mukanya ke Dylan sambil bersilang tangan ke dada lalu berkata. "Kau...pengsan depan rumah aku dalam keadaan sakit. Aku tak nak, tapi si Caleb yang menyusahkan tu desak aku untuk terima kau. Well, aku inhat kau akan okay keesokan harinya, but kau tak sedarkan diri selama dua hari dua malam."bisiknya depan muka Dylan. "Dua hari dua malam aku berjaga gara-gara nak jaga kau. Do you know what have you put me into...?"

Dylan yang menatap mata Sera telan air liur gemuruhnya. Dia tak tahu! Sumpah! Dia sendiri tak ingat apa dah berlaku. "Aku tak tahu.."jawabnya takut-takut.

Sera tarik sengih sinis meleretnya. Heh!"Tak tahu..tak tahu..itu je la jawapannya. Kau apa tahunya. Nak sakitkan hati aku, buat aku jengkel dengan perangai tak guna kau tu. Sekarang rasakan. Suka tak rasa sakit tu?Aku jugak kena jaga kau.."geram betul dia dengan Dylan ni.

Dylan terpandang bibir Sera tanpa sengaja bila muka tu terlalu hampir dengan dia. "Sorry." ucapnya dengan suara kecil semasa hendak tundukkan pandangan kerana malu. Kenapa la dia boleh pengsan depan Sera!

Dan pada masa itu la, Sera cepat-cepat kiss bibir Dylan.

Terkejut dengan tindakan Sera, Dylan pandang Sera dengan mata terkedip-kedip bingung.

Sementara Sera buat muka tak bersalah dan berdiri tegak semula sebelum palingkan badan dari Dylan. Kalau Dylan boleh buat. Dia pun boleh buat. "Kau dah bangun kan, panas pun dah kebah. Sekarang keluar sana. Dan jangan jumpa aku lagi." katanya sambil pandang ke arah lain.

Tercengang Dylan dibuatnya. "What the hell...dah tu kenapa kau kiss aku?"marahnya serta merta. Hilang terus rasa sakitnya.

Dengan muka sassy berlagak tak ada perasaannya, Sera palingkan kepala ke Dylan. "Kau marah?"tanya dia.

Dylan mengerutkan kening tak faham dia. "Of course la...gila tak marah bila kau kiss aku lepas tu cakap jangan jumpa lagi.."gerutunya.

"Nah...itu la yang aku rasa bila kau kiss aku tapi kau buat macam aku ni tak penting untuk kau....padan la sangat dengan muka kau tu.." kata Sera sambil kecilkan mata tak puas hati ke Dylan.

Mulut Dylan terbuka tutup nak katakan sesuatu tapi tak keluar-keluar.

Knock

Knock!

Sera tersentak, tapi dia tahu siapa orang tu jadi buat tak kisah.

Sementara Dylan palingkan kepala ke arah pintu.

Dan masa itu la pintu bilik terbuka. Caleb muncul dengan dulang makanan di tangan. Bila dia masuk dan rasa suasana tegang dalam bilik tu, dia pandang Sera dan Dylan silih ganti.

"Um..ganggu ke?"tanya dia dekat balik kuakan pintu tu.

Sera selak rambut panjangnya ke belakang bahu lalu bukak pintu bilik sepenuhnya. "No..kau bagi dia makan lepas tu halau dia keluar. Dan pesan dekat dia. Jangan tunjuk muka dia lagi dekat aku." kata Sera semasa berdiri depan Caleb.

Caleb yang dengar terkebil-kebil sendiri. "Hah?"nganga dia kemudiannya.

Sera jalan melepasi Caleb dan keluar dari bilik itu tanpa berlengah.

Dylan yang masih terpinga-pinga tak faham, hanya pandang ke arah pintu itu. What the hell!

"Senior Dylan?Sarapan?"aju Caleb dengan kekok sambil ajukan dulang di tangannya.

Terus tertunduk Dylan lepas tu. Dia tekup dahinya dengan tapak tangan bersama perasaan devastated!


16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now