Part 10 : Jiran.

1.2K 102 0
                                    

Lewat Sera bangun pagi ni. Dia mengeliat di katil saiz bujangnya dengan senyuman di bibir, Mana tidaknya, mimpi indah la katakan. Hairan betul, baru semalam dia di timpa musibah, malamnya boleh pula dia bermimpi menjadi kaya raya dan duduh di singgahsana.

Psst!

Dasar mimpi, mainan tidur.

Tidak semena Sera menggeliat, dia terbabas dari sempadan katilnya lalu dengan tidak sengaja dia jatuh bergolek ke lantai setelah itu dengan impak yang kuat.

Kedebuk!

Seperti karung berisi kentang di campak, Sera baring meniarap di atas lantai itu dengan badan berbelit dengan selimutnya sendiri hingga tidak sedar kejadian itu di saksikan oleh orang yang sedang berdiri di depan pintu dengan dulang berisi sarapan, Iaitu segelas jus oren dan roti bakar.

"Auw."aduh Sera sambil tegakkan siku dia untuk sokong badannya bangun dari situ. Apa la nasib!

"Ahahaha...senior okay tak?"suara ketawa Caleb kedengaran setelah itu.

Kepala Sera tersentak ke arah pintu dengan muka bercemberutnya. "Apa?"tanya dia.

Bersama sisa senyuman di bibir, Caleb tanpa membuang masa, gerak meletakkan dulang di atas almari sebelah katil lalu dapatkan Sera dari terbaring terus di atas lantai itu. Dengan cekap, dia pegang bawah ketiak Sera dari belakang lalu berdirikan wanita itu.

Mata Sera terbutang. Terperanjat dia. Kuat jugak Budak ni angkat dia!

"Mimpi indah ke sampai tergolek jatuh
katil ni.." tanya Caleb sambil tunduk mengutip selimut di lantai lalu di letakkan atas katil.

Sera gosok tepi muka dia tempat dimana dia mendarat tadi dengan kening berkerut. "Awalnya kau bangun. Pukul berapa ni?"tanya dia semasa duduk dekat katil lalu silakan satu kaki di atas tilam, satu lagi dibiarkan tergantung injak lantai.

"Pukul 8 pagi...Senior tak pergi ke akademi hari ni?"Caleb beritahu sambil capai dulang berisi sarapan tadi lalu duduk di depan Sera sebelum letakkan dulang tu atas silaan Sera tadi.

Kepala Sera serta merta tunduk memandang hidangan itu. "Kau buat sarapan ni?"

"Ha'ah.Kak Savannah cakap tadi, Senior susah sikit makan sarapan, dia pesan suruh tengok-tengokkan Senior.."angguk Caleb. Alah sarapan simple je. Apa susahnya. Masukkan itu ini tuang itu ini. BAAM! Siap.

Sera capai gelas terlebih dahulu lalu di sisip jus oren tu hingga suku sebelum di letakkan gelas tu semula ke dalam dulang. Lantas dia pandang Caleb yang sejak tadi asyik menatap wajah dia. Kemaruk betul Budak ni dengan dia. Muka bangun tidur dia ni bukan menarik untuk di pandang. Macam kak Limah balik kampung agaknya pun ada ni.

"Apa pandang-pandang?"getus Sera dengan muka bangun tidur dia.

Caleb tersengih, dengan bersahaja dia selak anak rambut Sera yang tak terurus di ke belakang telinga. "Suka...sebab itu saya pandang. Senior ada plan hari ni?Saya nak ajak senior keluar dating sama?Ke Senior kena ke akademi hari ni?Saya ikut sekali boleh?"

Sera buat muka tak suka. Dia rasa kalau dia bawah Caleb sekali dah macam babysitter pulak. Kena jaga anak orang dekat sana. dan juga Budak depannya ini. "Kau tahu..perangai kau ni boleh buat orang rimas dengan meluat? Tak takut ke kalau orang tak sukakan kau?" soal dia.

Caleb jungkit bahu tak kisah. "It okay. as long as, Senior ada dekat depan saya."senyum Caleb lagi.

Berasa jengkel dan letih melayan sikap optimis Caleb, Sera letakkan dulang tu ke Caleb lalu berdirikan lelaki tu secara paksa lantas tolak Budak itu keluar dari biliknya.

"Eh...senior...senior belum jawab saya lagi" toleh Caleb sewaktu dirinya di dorong ke depan pintu.

Berdiri je Caleb dekat luar, Sera pegang daun pintu tu sambil pandang tak berminat ke Caleb.

"Dating?"soal Caleb.

"No!"tegas Sera. "Aku ada interview yang perlu di hadiri. So if you don't mind-BAM!" pintu bilik terus di hempas tutup dengan Sera depan muka Caleb.

Caleb tarik muncung tak puas hatinya lalu berpaling dari situ terus ke dapur.

Tak lama kemudian, Sera keluar dari bilik lengkap mengenakan pakaian formal dan menyisir rambut dengan kemas.

Caleb yang waktu itu berada di ruang tamu sedang menonton televisyen ikut tersentak apabila hidungnya menghidup bau haruman minyak wangi datang dari tepinya palingkan kepala.

"Senior dah nak keluar?"tanya dia sejurus itu.

"Hm."jeda Sera sewaktu tunduk mengeluarkan kasut dari rak lalu di campak jatuh ke lantai dengan selamba.

"Nak ikut.."

Sera pandang ke Caleb lantas berkata. "Kau tak ada kawan ke nak berhibur?Sibuk nak ikut aku sejak tadi kenapa?Jadi la dewasa sikit...nak berkepit je 24 jam. Siapa suka?"

Caleb bangun dari situ lalu gerak mendekati Sera. Saat Sera hendak tunduk sarungkan kasut, masa itu la Caleb muncul yang kemudiannya bercakung depan kaki Sera. "Kawan semua sibuk dengan pelan dia orang...." ujar Caleb sambil pegang kaki Sera dan sarungkan kasut tumit tinggi itu ke kaki tersebut.

Sera lepaskan hela nafas kesal. "Habis tu kau tak ada pelan ke?"

"Ada..."jawab Caleb. Dia sarungkan kasut kedua dalam sekelip mata lalu berdiri melangit depan Sera yang hanya berjarak tiga jengkal dari dia itu. Dia pandang Sera dengan senyuman boyish di bibir. "Senior adalah pelan saya sepanjang cuti musim panas ni."

Sera menjulingkan mata menyampahnya.

Ni lagi.

Ni lagi.

"Haish kau ni...tak habis-habis."keluh Sera yang kemudiannya gerak ke arah pintu hendak keluar dari situ.

Tak sempat Sera nak pegang tombol pintu, Caleb terlebih dahulu capai ia dan buka pintu itu untuk Sera.

Sera pandang ke Caleb buat seketika lalu gerak keluar dari situ. "Jangan kau buat parti liar sudah dalam rumah ni."pesannya semasa melangkah keluar.

Caleb pandang Sera dengan renungan minatnya lalu bersandar pada bingkai pintu dengan tangan bersilang di dada. "Tahu la...kalau saya nak buat sekalipun saya buat dengan senior je. Orang lain tak payah."selorohnya.

Baru saja Sera hendak berkata, pada masa itu pintu apartment bertentangannya turut terbuka. Buatkan fokus Sera lari ke pintu itu untuk pandang siapa yang keluar.

Bila tuan apartment depan itu keluar dan berdiri sama-sama menghadap Sera dan Caleb, suasana di koridor tiba-tiba menjadi senyap sunyi dan tegang sekali.

Sera dengan mata terbutang kaku dia,

Caleb pula sudah tolak dirinya dari sandar di bingkai pintu tersebut.

Sementara orang yang keluar dari apartment tadi hanya pandang dingin ke Sera lalu ke Caleb silih ganti buat beberapa saat.

Sera pandang orang di depannya sehingga la orang itu berpaling dari situ tanpa berkata apa-apa. Dia sendiri yang bungkam tak terkata pandang ke Caleb.

"Kau tahu tentang hal ni?"tanya Sera pada Caleb.

Caleb yang ikut terkejut itu pandang tak percaya ke Sera. "Senior yang duduk sini, kenapa saya pula yang di tanya?"jawab dia.

Sera kembali palingkan kepala ke hujung koridor dimana orang tadi pergi. Mulutnya terbuka sedikit kerana tidak terkata. Mana tidaknya, dia baru saja pasang niat tidak mahu menemui Dylan. Kini lelaki itu tinggal berjiran dengan dia.

Now what!

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now