Part 9 : Perfect Illusion

1.2K 104 0
                                    

"Mana Sera?"tanya Seira pada Savannah yang sedang letakkan mug dekat meja kopi depannya.

"Jogging agaknya. Biasanya dia keluar ke taman tasik depan ni awal pagi untuk ambik angin."jawab Savannah seusai ambil tempat di sofa.

Seira angguk kepala.

"Oh ya...aku datang sini sebab nak beritahu Sera soal majlis ulang tahun kelahiran datuk kita orang. Aku try call dia tadi tapi tak dapat-dapat. Itu yang aku ke sini terus..." ujarnya.

Savannah silangkan kakinya. "Iya ke...dia tak perasan la agaknya tu. Kejap lagi balik la dia tu. Kau boleh tunggu tak ni?"

Dan masa itu la Caleb keluar dari bilik dalam keadaan kusut masai dan menguap seluas pintu gua. "Huargh...Kak Savy...buat sarapan ap-" tanya dia yang terus terkatup bila nampak orang cantik bermata bulat memandang dia. Shoot!Dia lupa la! "Hai Senior Seira..." senyumnya.

Seira kemudiannya ketawa riang. "Kamu ingat lagi nak bezakan kami berdua?"

Caleb tarik sengih kambing dia sambil garu belakang telinga. "Mesti la...kalau Senior Seira nampak ceria, kalau Senior Sera nampak serius..senang je."

Savannah yang dengar berdengus menyampah. "Dah la..pergi mandi ke apa...malu je tunjuk muka air liur basi dekat depan orang."

Caleb yang dengar tersentak lalu tekup mulutnya. "Air liur basi?"tanya dia sambil pandang terkejut ke Savannah.

Seira ketawa sambil geleng kepala tak terkata dengan sikap bubbly Caleb yang comel itu. "Ha'ah.."

Tanpa menunggu lama di situ, Caleb berlari masuk semula ke dalam bilik tidurnya lantas meninggalkan dua orang wanita itu di ruang tamu tersebut.

"So?Apa cerita kau dengan Calvin?Kau orang berdua serius ke?"tanya Savannah sambil pandang Seira yang sedang capai mug yang dia sediakan tadi.

Sambil tersenyum, dia pandang Savannah. "Tak ada la...kita orang tak serius pun. Infact aku tak jumpa pun dengan Calvin."ceritanya yang sebenar. "Last aku jumpa pun dua bulan lepas. Lepas tu dia sibuk dengan urusan dia dekat hospital."

Kening Savannah terangkat tinggi. "Huh?Serius?Yang cerita kau keluar dating dengan Calvin tu apa pulak?"

Mug berisi air suam kosong itu di sisipnya sedikit lalu kembali di letakkan semula ke meja. "Oh..itu. Tipu je."

"Tipu?"Savannah pandang terkejut ke Seira.

Seira angguk kepala. "Ya...aku cipta alasan tu supaya nampak meyakinkan. Dan Sera percayakan aku untuk hadir ke interview tu..."

Savannah berdengus pendek lalu ketap garis nipis di bibir. Tak terkata dia di buatnya. Tak Sera, Seira, dua-dua ni sama je. Licik dan penuh dengan strategi. "Untuk apa kau buat macam tu?"

"Sera tak beritahu kau ke Dylan dah balik sini?"Seira jungkit kening terkejutnya.

Savannah angguk kepala. "Ada...masa dia pergi interview, baliknya dia beritahu aku."

"Well..lebih dari tu, dia pindah sini jugak. Apartment depan kau ni..."maklum Seira lagi dengan bersahaja. "Situ la Dylan pindah."

Terus turun kaki bersilang Savannah ke bawah masa dia dengar. "Apa?Macam mana kau tahu semua ni?"

Seira ketawa kecil lalu jungkit bahu tak tahu.

Savannah kecilkan mata memandang curiga ke Seira. "Jangan cakap...kau yang rancang semua ni?"

"Mana ada...bukan aku la. Tapi Dylan sendiri. Dia call aku dan rancang semua ni sebelum dia balik ke sini. Aku on je memandangkan aku nak tengok Sera happy...."jawab Seira sambil buat muka tak bersalahnya.

Keluhan pendek lepas dari Savannah. "Kau tahu apa kau dah buat Seira?"mengenangkan apa yang Sera telah lalui, semua ini bukan mudah buat Sera sekiranya dia temui Dylan semula.

Seira angguk kepala dengan kening berkerut."Aku tahu...tapi ini je aku mampu lakukan. Sera berhak rasa happy lepas apa dia dah buat selama ni. Kau nak ke dia terus menerus macam ni?"

"Aku tahu kau nak dia happy, tapi biar la dia happy dengan cara dia. Bukan dengan paksaan. Aku tak rasa dengan buat Sera berjumpa dengan Dylan semula adalah idea yang baik.."ujar Savannah.

"Kenapa pulak?Bukan ke kau kata hari tu Sera rindukan Dylan sampai menangis setiap malam?"Seira pandang Savannah dengan kening terangkat hairan.

Savannah mengangguk kepala. "Iya itu dulu...tapi sekarang tak lagi...dia dah shut down diri dia dari beri harapan dekat sesiapa sekarang ni. Kalau kau push dia, aku takut dia mungkin akan terus shut down diri dia dari semua orang."

Seira terpempan di situ. "Huh?Apa maksud kau?"

Savannah pandang ke Seira dengan renungan serba salah. "Maafkan aku...bukan tempat aku untuk ceritakannya pada kau. Better kau dengar sendiri dari Sera."Macam mana ni, dia dah terlepas cakap, mesti Seira akan susah hati lepas ni.

"Sera mesti tak nak beritahu aku, kau kenalkan dia macam mana?"

"Sorry.."geleng Savannah dengan kesal. "Kau study la elok-elok, kejar apa kau nak jadi. Soal Dylan dan Sera ni biar la dia orang yang settlekan sendiri. Kita orang luar baik duduk jauh-jauh. Kalau tak hal jadi lebih complicated."pesannya sambil tu.

Seira tarik muncung susah hatinya lalu mengangguk kepala faham."Okay...aku faham."

Bip!Bip!Bip!

Masa itu la bunyi nada ton pad keselamatan pintu di tekan lalu diikuti bunyi klik pintu terbuka.

Dengan serentak dua orang itu berpaling ke arah pintu, lalu bertentang mata dengan Sera yang berjalan masuk ke dalam.

"Hai Sera.."sapa Seira dengan ceria selepas itu.

Mata Sera gerak dari memandang Seira ke Savannah. Cuba fahamkan situasi yang baru berlaku di depannya itu. "Apa kau buat dekat sini?"tanya dia sambil tanggalkan kasut dari kaki.

"Cari kau la...aku try call kau tapi kau tak jawab..."jawab Seira.

Sera yang pegang telefonnya waktu itu kuatkan cengkaman pada objek tersebut taktala teringat apa yang berlaku di taman tadi. Baiknya dia tak perlu ceritakan pada sesiapa mengenai hal ni. "Oh...sorry."

"Tak apa...benda kecik je pun. Aku just nak beritahu kau, ulang tahu kelahiran atuk dah dekat. Jadi ibu dengan ayah mintak kita sama-sama pergi ke sana nanti.."sambung Seira lagi.

Sera angguk kepala. "Okay...nanti aku prepare hadiah untuk atuk..kau borak la dengan Savy, aku nak mandi dulu."katanya sambil berjalan pergi ke kanan ruangan untuk ke biliknya.

Pada masa itu pintu Caleb ikut terbukak dan lelaki yang kelihatan segar baru mandi berdiri dekat situ dengan mata terbutang luas sebab terkejut bila Sera tiba-tiba muncul depannya.

"Hai senior...dah balik?"sapa Caleb.

Sera hanya angguk kepala begitu saja tanpa memandang Caleb dan gerak ke pintu biliknya.

Melihat reaksi dingin Sera yang lain dari yang biasa buatkan Caleb pandang pelik ke belakang badan itu. Sesuatu beritahu dia ada yang telah terjadi. Tapi dia tepis perasaan itu lantas bergerak menyertai Savannah dan Seira di ruang tamu.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now