Part 21 : Helper

1.1K 94 0
                                    

Sambil betulkan tali leher dekat kemeja, dia tolak pintu apartment keluar lalu melangkah dari situ mahu ke tempat kerja.

Pada masa yang sama, pintu depan apartmentnya ikut terbuka. Tepat pada perkiraannya, pasti jirannya ini akan keluar.

Namun kali ni bukan keluar seorang diri, tapi bersama anak kecil dalam beg gendongan di depan perut itu.

"Kamu jadi baik ya...aunty nak keluar beli barang kejap. Jangan menangis.."agah wanita berkardigen kelabu labuh dan berseluar palazo sama warna dipadankan dengan singlet putih tu.

"Apa Kyle buat dengan kau?"soalnya tiba-tiba lepas sedar siapakah anak kecil dalam beg gendongan itu.

Tersentak orang tu mendengar suara dia. Mata yang sedia bulat itu makin membulat sewaktu memandangnya.

"Terkejut aku...kau ni kan..haih.."geleng Sera dengan kening berkerut.

Dylan tersenyum lalu jalan dekati Sera sebelum berdiri rapat di belakang wanita itu untuk melihat si kecil itu. "Kau kena babysit dia ke?"

Sera perhatikan tangan Dylan yang muncul dari sisi kanan sementara kepala lelaki tu ada di tepi bahu kirinya. "ha'ah.."

"Mana parents dia?"Dylan usap rambut hitam lebat tu sambil buat muka mengagah pada Kyle.

"Melancong.."terus mendung air muka Sera bila teringatkan familynya bercuti tanpa dia. Dia pun nak ikut jugak cuti pada musim panas macam ni.

"Berapa lama kau kena jaga?Sejak bila?"

"Seminggu lebih, mulai hari ni.."jawab Sera sambil termenung memandang wajah comel Kyle.

Dylan pandang tepi muka Sera lepas tu. "Kenapa kau bunyi macam tak happy je."

Mana la dia nak happy kalau orang lain tak happy bersama-sama dengan dia. "Hish..kau ni. Banyak sangat soal la..dah la. Pergi kerja sana. Sibuk je nak tahu pasal orang." getus Sera sebelum gerak ke depan sambil tunduk memakaikan topi ke kepala Kyle.

Dylan ekori langkah Sera dengan renungan minat. Comel je bila dia tengok Sera, dengan baby dekat depan, beg baby tergalas dekat belakangnya. Sera yang biasa bergaya dan nampak brutal kelihatan cantik dengan pakaian simple dan rambut di sanggul malas tinggi dekat kepala. Agaknya macam ni rupa Sera kalau betul-betul jadi ibu nanti.

"Nak ke mana kau ni?"tanya Dylan lepas mereka berdua sama-sama berhenti dekat depan pintu lif. Dia tolong tekan butang turun sambil tu.

"Tengok uniform baru akademi yang aku order." jawab Sera sambil pandang ke depan. Dia segan nak pandang Dylan lama-lama dengan rupa dan keadaan dia macam ni. Mesti pelik imej dia dari sudut pandangan Dylan.

"Sendiri?Dekat mana tu?"tanya Dylan lagi yang cuba cari mata Sera yang sepertinya mahu mengelak dari pandang dia sejak tadi.

Kyle yang dalam gendongan itu gapai tangan lalu berjaya mengambil anak rambut Sera yang terjuntai panjang ke bawah lalu di bawa masuk ke dalam mulut.

"Adalah..."jawab Sera yang tak perasan akan hal tu.

Dylan yang perasan gerak alihkan rambut Sera lalu di selak ke belakang telinga Sera dengan bersahaja macam semua tu biasa buat dia.

Sementara Sera dia menahan nafas terkejut lalu pandang ke Dylan dengan muka terpempan. "Apa kau ni.."tanya dia yang berasa sedikit terganggu bila Dylan ada dekat dengannya.

Tak tahu kenapa, tapi semuanya rasa tak kena bila Dylan ada dengan dia. Rasa panas la. Rasa tak keruan la. Rasa cemas la. Rasa segan. Semuanya la! Sebab itu dia asyik naik jengkel je dengan Dylan.

"Kyle makan rambut kau tadi...entah bersih entah tidak..sakit pulak anak buah kau ni nanti." balas Dylan.

Sera jeling geram ke Dylan. "Aku baru syampu rambut aku okay...tak kotor mana pun." cebiknya.

Dylan tersenyum mendengar jawapan tu. Nak aje dia kiss pipi tu. Jeling-jeling tahu la comel. "Yalah..."balasnya sambil seluk tangan dalam poket kot yang dipakai lalu keluarkan telefon darinya.

Pada masa yang sama, pintu lif turut terbuka. Sera berjalan masuk terlebih dahulu. Masa dia nak tekan butang tutup, Sera nampak Dylan sedang berdiri di situ sambil tunduk memandang skrin telefon.

"Dylan?"panggilnya dengan nada hairan.

Kepala Dylan tersentak. Dia pandang Sera lalu kembali pandang ke skrin "Coming."sahutnya sebelum gerak masuk ke dalam lif.

Sera tunggu sehingga Dylan masuk baru la dia tekan butang tutup dan tingkat lobi. Setelah itu keadaan senyap buat seketika.

"Hello?"sapa Dylan tak lama kemudian.

Sera dongak ke tepi memandang Dylan bila lelaki tu bercakap. Sekali tu dia nampak Dylan pegang telefon dekat telinga. Ingatkan lelaki tu cakap sendiri ke apa.

"Iya..ni saya. Boleh kamu cancelkan temu janji saya satu hari ni.."minta Dylan dengan nada serius formalnya. "Ya..satu hari ni."ukang Dylan lagi leas dengar apa yang disampaikan oleh sipenjawab panggillan.

Lantas pintu lif pun terbuka. Tanpa hiraukan Dylan, Sera keluar dari situ untuk ke pintu keluar. Namun, baru saja kaki dia hendak melangkah, satu cengkaman lembut terasa di bahagian atas lengannya.

"Mari aku hantarkan kau ke sana."pelawa Dylan tiba-tiba.

"Hah?"Sera pandang terkejut ke Dylan.

"Aku hantar kau ke sana..."ulang Dylan lagi.

Sera pandang tak berkedip ke Dylan. Takkan la Dylan call tadi semata nak cancel kan urusan kerja demi dia?

"Tak apa ke?"tanya Sera.

"It okay...dari aku biarkan kau ke sana sini bawak budak macam sendiri.."Dylan pegang belakang badan Sera lalu dorong Sera maju ke depan.

Tanpa berkata apa-apa, Sera ikutkan saja. Entah kenapa dia tak nak menolak pelawaan ni.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now