Part 34 : Kena Pelangkung Dengan Roti!

1K 85 1
                                    

DING!

Pintu lif terbuka, dua orang penumpang yang berdiri depan pintu itu tersentak bila Nampak orang dalam lif. Mereka bukan terkejut sebab apa, tapi sebab orang tu pegang roti Panjang dekat tangan dan buat muka samseng. Rasa semacam dengan aura persekitaran orang itu, mereka tekan semula lif itu sehingga ia tertutup.

Apabila dia Nampak pintu lif tertutup semula, Sera berdengus mengejek lepas nampak akan reaksi yang diberikan oleh penghuni apartment yang lain. Memangnya dia Nampak macam samseng sangat apa sampai pandang dia macam tu sekali tadi?!

Kelakar!

DING!

Sekali lagi pintu lif terbuka dan Sera pun keluar dari situ. Dia belok ke kanan dan mula berjalan merentasi koridor tu dengan derap langkah yakinnya. Sesampai saja dia depan pintu apartmentnya, Sera berdiri dekat tengah-tengah koridor itu buat seketika lalu berdengus sinis bila pandang pintu apartment Dylan.

Lelaki ni bakal menerima karma kerana berani-berani cari pasal dengan dia!

Baru saja Sera gerak hendak menekan butang loceng, pintu rumah itu dengan tiba-tiba terbuka. Hal itu buatkan Sera melompat sedikit kerana terkejut. Aik! Dia baru je nak tekan loceng, dah terbukak dulu?Hebat! Macam tahu-tahu dia nak datang!?

Maka berdiri la Dylan di situ dengan muka serius dia menghadap Sera yang sedang terkejut itu.

"Apa?"tanya Sera dengan muka blur dia bila Dylan hanya berdiri di situ memandang dia seperti patung manusia yang creepy!

Tanpa berkata-kata apa-apa lagi, Dylan terus Tarik Sera melalui pintu dan ke dalam apartmentnya dengan mengejut. Niat dia nak jumpa Sera dalam apartment wanita itu sendiri, tup-tup berdiri pulak Sera dekat situ. Memang rezeki dia la!

"Hei!"marah Sera semasa ditarik.

Dylan tutup pintu lalu kemudiannya heret Sera masuk lebih dalam ke ruang apartmentnya secara paksa.

Sera apa lagi, tersandung-sandung la masa nak tanggalkan kasut dan berjalan menyaingi langkah paksa Dylan tu. Dia siap pegang lagi tu tangan yang mencengkam kuat lengan atasnya. "Apa kena dengan kau ni! Sakit la!"marahnya.

Tanpa belas Dylan campak Sera ke atas sofa hingga mengakibatkan Sera terduduk di situ dalam keadaan mengiring dengan nafas tertahan terkejutnya. Terkesima dengan tindakan itu juga, Sera dengan laju palingkan kepala ke Dylan. Lelaki itu sedang berdiri melangit depan sofa sambil mencekak pinggang di kedua-dua belah.

Nafas Sera naik turun keberangan. Niat dia nak marah. Dylan pulak yang nak tunjuk baran! Roti perancis yang masih di tangannya di gengam kuat. Memang cari pasal betul! "Kau nak apa ni!"marahnya sambil selak rambut dia yang menutupi muka dia lepas di campak tadi.

"Aku nak apa?Aku nak kau! Itu pun tak faham ke! Ini tak...kau malah pergi ke Aiden sedangkan aku dah offer kau kerja! Kena dia jugak ke yang kau nak sangat?!"marah Dylan tak semena. Terus tegang urat leher tu masa dia bercakap. Ya...ini la tujuan dia nak jumpa Sera tadi! Dia dapat tahu dari Kaito yang Sera sudahpun mula bekerja dengan keparat tak guna tu.

Sera bangun dari situ. Ohh! Pasal ini ke Dylan nak naik angin?Ingat lelaki ni je yang nak angin. Dia pun nak jugak la! "Ohh...aku dengan lelaki lain kau nak bising. Yang kau tu boleh pulak.dua tahun kau buat aku sakit, kau dua tahun tu jugak happy dekat samping perempuan lain...ingat aku tak tahu ke!"bentak Sera pula sambil dongak mendabik dada yakin.

Kening Dylan berkerut tak faham. "Perempuan lain?"

"Yalah...kau beria cakap kau suka aku la, bagi aku cincin la bagi kau peluang la sekali tu apa?Kau tinggalkan aku demi perempuan bernama Anna entah apa-apa tu...kau ingat aku ni apa?Patung?Batu?Tak ada hati tak ada perasaan!?Macam tu?"Sera pukul lengan Dylan dengan roti yang dipegang secara reflex. Dia marah sangat. "Kau tahu tak apa aku rasa sekarang ni! Aku marah! Bengang! Kecewa!Semua sebab siapa! Sebab kau! Kau!!"luahnya sambil pukul-pukul badan tu.

Dylan yang dipukul terkebil-kebil nak elak dari di pukul. Dia cuba capai roti perancis yang keras tu dari tangan Sera, tapi tak dapat-dapat sebab Sera tak berhenti dari memukul dia dengan benda alah tu.

"Mana ada.aku tak ada orang lain la...kau dengar dari mana ni! Sera!"Dylan cuba tepis pukulan tu dengan tangan dia, tapi sakit bhai!

Sera berhenti, dia pandang ke Dylan dengan nafas naik turun. Dia dah tak peduli kalua imej dia dah macam perempuan gila atau isteri kena curang! Apa dia tahu dia nak Dylan tahu apa dia rasa sekarang ni! "Tak ada?Habis Anna tu siapa?Hah?Anak shareholder syarikat ayah kau tu...siapa dia! Kalau kau dah ada calon lain kenapa kau beria cakap nak kan aku balik lelaki tak guna!"teriak Sera dengan air mata bergenangan di kelopak. Setelah itu dia campak roti yang sudah lunyai dan patah dua itu sebelum dia ikut terduduk dekat lantai, Sampai hati Dylan buat dia macam ni!

Dengan muka serba salah dan terpinga-pinga, Dylan yang niat nak marah jadi terkedu sendiri dekat situ. Macam mana la boleh jadi macam ni pulak?

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now