Part 18 : Orang Upahan

1.2K 109 1
                                    

Knock!

Knock!

"Sera?Kamu ada dalam bilik?"

Knock!

Knock!

Terjaga lena tu bila suara dan ketukan pintu kedengaran berselang seli. Elok kepala tu baring di atas dada, terus tersentak.

Dalam keadaan mamai, Sera buka mata dengan susah payah.

Knock!

Knock!

"Sera?"

Bila matanya terbuka sepenuhnya, perkara pertama yang disapanya ialah muka tu. Ingatkan poster mana yang sesat, sekali tu orang rupanya.

"What the-"sebut Sera sebelum tangan dia dibawa ke depan mulut kerana terkejut.

"Sera...nenek ni?Kamu ada di dalam kan?"

Kepala Sera berpaling ke arah pintu dalam keadaan cuak. Sh*t! Pintu kunci tak tu? Macam mana Dylan boleh ada sekali dekat sini? Dah macam creepy pulak Dylan ni sebab pandang dia semacam?!

"Ya nek..Sera ada dekat sini.."laung Sera semasa mahu bangun dari perbaringannya. Namun bahu dia di tolak semula baring ke bantal.

"Oh...bagus ka kalau macam tu...semua orang dah bangun. Kamu nanti turun la sekali sarapan?"

Dia tolak dada Dylan dengan kening berkerut supaya lelaki tu bangun dari situ, tapi lelaki itu langsung tidak mahu bergerak dari kedudukan baring mengiring menghadapnya.

"Okay!"sahut Sera sambil menjegil mata geram ke Dylan.

Sikit pun tak takut, Dylan hanya senyum menyakat ke Sera. Dia tunduk membenamkan kepala ke ceruk leher Sera.

Terasa je nafas hangat Dylan di kulit lehernya, Sera terus berhenti bergerak. Membatu dia dekat situ cuba untuk proses apa yang sedang berlaku. Sedaya upaya dia ingat kembali apa yang dah berlaku malam tadi.

"Kau kena bertanggungjawab dekat aku Sera." bisik Dylan dekat leher tu.

What?

"Bertanggungjawab?"soal Sera dengan muka tak percaya di balik pelukan Dylan. Tangannya hanya berada di atas bantal tu, tak sentuh Dylan pun."Untuk apa?"

Dengan laju, Dylan angkat kepala dari leher Sera lalu tatap wajah Sera dengan kening berkerut.

"Kau lupa apa yang terjadi malam tadi?"

Kening Sera mencerlung tajam. "Apa yang berlaku malam tadi?"Serius?Apa berlaku malam tadi?!

Dylan buat-buat muka terkejut. "Kau betul-betul tak ingat apa yang berlaku malam tadi?" dia rancang nak kenakan Sera.

Mata Sera gerak memandang pakaian Dylan. Yes. Lelaki ni masih berbaju. Lalu dia jeling ke dirinya sendiri. Good. Dia jugak masih berpakaian. So? "Apa maksud kau? Dah la..bangun dari aku sekarang..berat tahu tak kau ni!"kaki Sera naik menendang udara sewaktu cuba alihkan Dylan darinya.

"Oh my god.."Dylan buat muka dramatik dia kemudiannya. "Sampai hati kau lupa?Kau sendiri semalam cakap dengan aku...kau lupa?" tanya Dylan yang sikit pun tak berganjak dari Sera. Dia belum mahu lepaskan Sera. Kalau boleh dia nak berkepit dengan Sera satu hari ni.

"Kau apahal?Gila ke?Jangan nak buat hal! Apa kata orang kalau dia orang tahu kita sebilik.."desis Sera dengan bengang. "Bangun sekarang.."tepi lengan tu di pukulnya.

"Aku gila? Kau sendiri yang cakap dengan aku malam tadi, kau sukakan aku la...kau rindukan aku la...merayu dekat akunjangan tinggalkan kau la..."reka Dylan dengan meyakinkan sekali. "Malah kau siap setuju lagi untuk kahwin dengan aku lagi tu.." Dylan pegang tangan kanan Sera yang bercincin lalu di bawa ke depan muka Sera. "See...ini buktinya.."

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now