Part 55 : Lari

1.1K 92 2
                                    

Pemandangan malam dari atas ferris wheel itu seakan sedang melihat selimut berlampu yang menghampari permukaan bumi.

Bangunan-bangunan tinggi dan seluruh tempat itu dihiasi dengan cahaya lampu terang. Sesiapa yang tengok pasti akan tergamam dan kagum akan keindahan malam itu.

Namun tak pasangan yang duduk berduaan dalam coach satu dari pada gerabak yang ada di ferris wheel tersebut.

Dua-dua saling berpegang tangan, tapi seorang topang dagu pandang ke kanan, seorang lagi topang dagu pandang ke kiri.

Masing-masing tenggelam dengan perasaan sendiri.

Dylan pandang kosong ke langit malam tidak berbintang dengan renungan kosong. Kosong dan suram. Macam apa yang berlaku dalam kepala dia sekarang ni.

Sementara Sera tunduk memandang pemandangan bawah ferris wheel itu. Memerhati para pengunjung fun fair yang lalu lalang di sekitar tempat itu dari tempat tinggi ibarat macam tengok koloni semut bergerak je.

"Jom kita lari."ajak Dylan semasa turunkan tangan dia lalu palingkan kepala ke Sera.

Sera tidak membalas. Dia hanya diam termenung.

"Aku tak nak bersama dengan Anna tak kira apa sekalipun keadaannya...jadi jom kita lari dari sini.."ajak Dylan lagi. "Hah..Sera. Jom." dia goyangkan tangan yang dipegangnya.

Cakap macam senang je kan Dylan ni. Sera palingkan kepala ke sisinya lalu ketuk kepala tu dengan kepalan penumbuknya. Bertuah betul si tenuk ni.

"Auw!"tunduk Dylan sambil pegang bekas pukulan Sera. "What the hell?"jegilnya semasa pandang geram ke Sera. "Boleh tak berhenti sakitkan aku?"lalu digosok kepalanya itu.

Sera pandang bosan ke Dylan lalu berkata. "Habis kau tu cakap tak guna otak. Kau fikir la sikit sebelum cakap tu...apa kau cakap?Lari?Nak lari ke mana?Mana parents kau nak letak muka nanti?Tak fikir ke pasal perasaan orang lain kalau kita lari macam tu je?"bebel dia.

Dylan buat muka tak suka dia sebelum pegang kedua-dua belah bahu Sera lalu dipaksa menghadap dia. "Beritahu aku, kau suka dekat aku atau tak?"

"Suka la.."jawab Sera dengan nada gerutu tak puas hati dia.

"Kau cintakan aku?"

"Ya...aku cintakan kau.."Sera menjuling mata kejengkelan.

"Kalau macam tu tunggu apa lagi. Aku pun sama, aku suka kau dan cinta mati pada kau. Kita kahwin lari je kalau macam tu."cadang Dylan dengan terdesak. Ya dia sangat terdesak! Beberapa hari saja lagi dia akan bertunang. Selepas musim panas ni berakhir dia bakal berkahwin!

Sera lepaskan keluhan panjang sambil gerakkan bahu yang dipegang itu supaya tangan Dylan turun dari situ.

"Jangan selfish boleh tak?"tanya dia sambil pandang Dylan. "Jangan hanya disebabkan perasaan kita, habis rosak semua hubungan yang berada di tengah-tengahnya Dylan. Just imagine. Apa akan berlaku pada ibu ayah aku yang jadi mentua family kau? Apa pulak perasaan kakak kau dan abang aku nanti? Keluarga Annatalia yang dah banyak berjasa pada family kau?Macam mana pulak maruah semua ahli keluarga kita berdua nanti kalau kita pergi macam tu seakan dia orang tak penting buat kita?"jelas Sera dengan kening mencerlung bengang.

Bukan Dylan saja yang terdesak, dia pun. Kalau boleh dia nak buat perkara yang sama. Nak sangat!

"Habis tu kau nak give up?"tanya Dylan dengan muka kecewanya.

"Aku tak tahu. Sumpah. Kali ni aku tak tahu nak buat apa. Aku takut hanya gara-gara kita nak puaskan hati kita sendiri, hati orang lain yang terluka..."Sera pandang mengalah ke Dylan. Kalau ini pengakhiran hubungan mereka, maka dia terima dengan hati yang terbuka. Sakit tu sakit, tapi asalkan tiada yang terluka apa salahnya.

"No!"geleng Dylan. "Sera...please. Aku merayu Sera..."Dylan capai kedua-dua tangan Sera lalu tunduk di bawa ke dahinya. "I need you...please Sera..."

Sambil berkerut kening, Sera pandang kepala Dylan dengan perasaan pilunya. Dia pun merayu pada Dylan supaya berhenti macam ni. Semua ni takkan membantu mereka berdua malah akan buatkan hati mereka semakin di sakiti.

Dylan angkat kepala dia dengan mata kemerahan, telinga kemerahan, leher kemerahan dan wajah devastated. "Aku tak nak berpisah dengan kau lagi...ikut la aku pergi dari sini.."rayunya lagi. Hanya ini saja caranya boleh buatkan mereka berdua bersama.

Berasa sebak melihat wajah terdesak Dylan, Sera tarik Dylan ke dalam pelukkannya. "Maafkan aku Dylan...aku tak boleh buat semua tu...dan kau kena lepaskan aku jugak."

Dylan cuba tolak Sera jauh dari dia, tapi Sera eratkan pelukan tu. "Tak...aku tak nak. Sera.  Lepaskan aku...dengar apa aku cakapkan ni...please Sera..."

Tanpa meleraikan pelukan itu, Sera rehatkan dagunya di bahu Dylan lalu pegang belakang kepala tu dengan mata terpejam rapat. "Kita kena berpisah Dylan..."

"Tak...Sera..aku tak nak..."minta Dylan yang kalut memeluk Sera seeratnya. "Aku tak nak...please..."dia kucup tepi kepala itu dalam-dalam. Dia tak nak! Tolong la!

Sera melepaskan hela nafas pendek sebelum terhambur menangis kerana sebak saat pandang cincin yang ada di jari manisnya. "Aku doakan kebahagiaan kau Dylan..."perlahan-lahan dia tarik cincin tu keluar dari jarinya.

Dylan tunduk sembamkan kepalanya di ceruk leher Sera tidak terkata. Dia tak nak berpisah dengan Sera. Dia tak nak putuskan hubungan mereka ni.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now