Part 24 : Annatalia

1.1K 88 0
                                    

Nak tahu apa paling dia benci?

First bila orang cakap tapi tak faham bahasa.

Second, bila dah diberitahu sesuatu still buat benda yang sama.

Third, ceroboh masuk ke ruang privasi tanpa kebenaran dia!

Terakhir, dia benci pada perempuan bernama Annatalia Annestasia.

"You? Kenapa tak makan?I masak tak sedap ke?"tanya Annatalia kepada lelaki yang duduk menghadapnya.

Suara ni!

Suara ni!

Asyik suara ni je yang dia dengar sejak beberapa hari ni!

Kenapa la balik ke sini! Tahu tak dia stress sekarang ni!

Sudah la masalah yang ada tak settle lagi. Bila dah nak settle datang pulak penyibuk ni!

Tak pasal-pasal rosak semuanya!

"You..dengar tak ni?"tanya Annatalia lagi.

Bersama keluhan berat, dahinya yang panas di picit perlahan. Berdenyut-denyut sakit rasanya ibarat mahu pecah! "Kenapa awak ada dekat sini Anna?"tanya Dylan sebelum sandar di kerusi. Saat ini dia rasa sangat berat di seluruh badan. Kepalanya pening, tekaknya sakit. Datang pula anak kepada rakan shareholder syarikat papanya pula ke apartment dia.

Susah payah dia nak larikan diri dari Annatalia sampai sanggup pindah jauh dari tempat kerja. Kebetulan Sera ada tinggal di sini jugak. Tapi...tahu je mana dia berada Annatalia ni.

Haih!

"La...kenapa pulak. Apa salahnya I lawat bakal suami I sendiri." ujar Annatalia sambil tuang air kopi ke dalam cawan lalu di tolak ke depan Dylan. Dia baru je balik dari US beberapa hari lepas sebaik selesai fashion runawaynya. Sampai-sampai je terus dia ke sini untuk bertemu dengan Dylan.

Bakal suami!Bakal suami!

Siapa yang nak jadi suami Annatalia?

Dylan sendiri tak mahu berisiterikan Annatalia.

Siapa je la tak kenal model terhangat di pasaran ni!

Semua orang kenal!

Sampai ahli busineesman dan kongres boleh tahu bila sebut je nama!

Bersama keluhan berat, Dylan bangun dari situ. "Berapa kali saya beritahu awak, kita bukan bakal pasangan suami isteri yang awak selalu katakan tu. Boleh tak awak berhenti cakap macam tu pada parents kita?"rasa macam makin parah je sakit dia bila dengar semua ni!

Mana tidaknya, sudah seminggu Dylan tidak temui Sera sejak kejadian hari tu. Sumpah dia rasa serba salah sangat terhadap Sera.

Dan sejak itu la Dylan makan tak lalu, kerja tak fokus, tidur pun tak lena sampaikan effect kesihatan sekarang ni hingga demam dibuatnya.

Kalau bukan disebabkan Annatalia, dia pasti tidak akan tinggalkan Sera sampai terlupa mengenai wanita itu di restoran tempoh hari. Mengenangkan Annatalia adalah anak kepada pemegang saham syarikat yang papa dia amat hargai, mahu tak mahu dia terpaksa jawab panggilan hari tu dan dipaksa untuk ikut. Sekiranya tidak, ada pula yang bising.

Tapi tak pasal-pasal pulak, gara-gara nak jaga hati Annatalia, Sera pula yang terasa.

"Apa yang salahnya, dah memang betul kan. Parents kita berdua sendiri setuju dengan idea kita berdua di satukan."senyum Annatalia dengar lebar. Siapa tak sukakan lelaki seperti Dylan ni. Sudah la kacak, anak orang berada, terpelajar, bijak lagi tu. Belum lagi sikap gentleman dan sweet lelaki ni. Mana mungkin la dia nak lepaskan Dylan macam tu je.

Dylan kawal dirinya dari menjuling mata kejengkelan. Urgh!Cakap dengan Annatalia ni kan buat dia tertekan tau! Mana parents dia tak setuju kalau Annatalia asyik ungkit pasal kahwin dan tunang tanpa henti!

Dylan bangun dari situ. Dia tak kuasa nak melayan Annatalia lagi. "Sorry...boleh tak awak pergi. Buat masa sekarang ni saya mahu bersendirian."

"Hah?Alah..I baru je datang ni. Siap buat sarapan untuk you lagi tu...takkan suruh I balik?"rengek Annatalia dengan muka tak percayanya.

Dylan buat tak dengar. Dia malahan terus capai beg tangan dan kot labuh Annatalia lalu gerak dapatkan Annatalia pula.

"Lain kali. Okay. Now you go."ujar Dylan dengan nada tegas.

Annatalia yang dia di tarik Dylan untuk bangun dari situ terpaksa akur. Sambil tarik muncung dia jalan menyeret sehingga la keluar dari apartment tersebut.

Tak nak bersikap kurang ajar, Dylan hantar Annatalia sehingga masuk ke dalam lif dan hantar Annatalia ke dalam kereta setelah itu perhatikan wanita itu pergi jauh dari situ.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now