Part 30 : The Comeback

1.1K 88 0
                                    

Setahun yang lalu....

Sebelum semuanya bermula.

Sewaktu Sera masih tinggal di rumah keluarganya.

Semuanya berlaku sewaktu di sambutan hari lahir kembar.

Semua orang termasuklah, ahli keluarga berkumpul di kediaman rumah Adachi dan Olivia, sanak saudara sebelah ibu mahupun sebelah ayah kembar.

Rumah tiga tingkat itu sungguh meriah.

Ada saja sesi makan-makan di luar rumah mahupun di dalam, dimana-mana akan kelihatan para tetamu.

Ramai-ramai tetamu di situ, dan semua orang sibuk nikmati hidang dan berborak sesama mereka, kelihatan Seira dan Sera duduk berdampingan dan berhadapan dengan sepupu kesayangan mereka iaitu Diana.

Ketiga-tiga itu duduk jauh dari para tetamu di situ seakan tidak mahu terlibat dengan mereka dan di dalam dunia mereka sendiri.

Seira tepuk peha Sera dengan perlahan sambil.ketawa.

"Ahaha...kelakar la bila ingat balik zaman akademi dulu..tapi sayang aku cuma ada dekat situ setahun je."Kata Seira lepas dengar cerita lama tentang Sera di akademi dulu.

Bahu itu dirangkul Sera.

"It okay...nanti kau ada peluang lagi lepas sambung belajar nanti."balas Sera pula sambil pandang kembarnya.

Seira ikut tersenyum. "Of course. Lagi-lagi kalau kau ada sekali.."

Diana yang perhatikan kembar di depannya tarik senyum senang. Gembira dia dapat lihat dua orang ini dapat berganding semula. Akhirnya dapat juga dia lihat kedua-dua ini tersenyum, terutama sekali Sera.

Diana tahu Sera hanya fake kan senyuman depan mereka semua. Dia juga tahu Sera sedang bersedih lagi mengenai Dylan yang meninggalkan Sera tanpa khabar berita.

Untuk itu, Diana sediakan hadiah istimewa untuk Sera bersempena ulang tahun kelahiran ni.

"Oh ya...sempena birthday kau, Sera. Aku ada hadiah istimewa."ujar Diana semasa sandar malas ke kerusi dan bawa kaki rapat ke dada. Susah payah tau dia sediakan hadiah ni.

Dengan serentak dua kepala itupun berpaling ke Diana.

"Hadiah?Kau bukan ke dah bagi hadiah?" tanya Seira.

Sera hanya mendiamkan diri memandang Diana. Sepupunya ini suka sangat la bagi macam dekat dia. Entah apa-apa lagi la.

"Yup!"angguknya sambil tekan huruf 'p' sewaktu sebut. "Special...one and only untuk Sera."bagitahu Diana lagi sambil pandang ke Sera.

"Apa bendanya?"tanya Sera lagi.

Diana tersenyum. Heheh...Sera mesti terperanjat. "Kau tahu aku dengan Noah bersama?" dia pandang dua orang.

Sera dan Seira angguk kepala tahu dengan serentak. Sejak awal tahun lagi mereka tahu.

Diana tersenyum. Dia selak rambutnya ke belakang bahu dengan bangga.

"Well...kau tahu Noah tu kawan baik Dylan kan?"Diana topang bawah rahang dengan kepalan penumbukan tangan kanan yang disikukan pada arm rest kerusi tu.

Ekspresi Sera menjadi kelam sedikit lepas dengar nama Dylan di sebut.

Diana nampak tapi dia buat tak tahu.

"So?"Seira jungkit kening sebelah kanan sewaktu pandang Diana dengan muka tak kisah.

"So...hadiahnya ialah, aku dapat tahu mengenai punca kenapa Dylan tinggalkan tempat ni secara mengejut dari Noah tak lama sebelum hari lahir kau tiba."jawab Diana. "Selain tu aku jugak dapat tahu yang Dylan akan balik ke sini tahun depan."senyum Diana dengan penuh misteri kepada Sera.

Sera terus duduk tegak. Dia pandang serius ke Diana lantas bertanya. "Kau dah tahu kenapa dia pergi macam tu je?Sesuatu terjadi dekat dia ke?" soalnya dengan cemas. Yalah,
macam dekat cerita-cerita dalam novel tu. Orang pergi larikan diri atau menghilang tiba-tiba tak berkhabar sebab nak mati atau sakit. Tak nak bagi orang lain sedih.

Diana mengangguk."Yes. Something happen...tapi bukan dia, sebaliknya company ayah dia. Rupa-rupanya, Dylan keluar dari akademi bukan nak sambung belajar, tapi sebab company ayah dia kena tipu dengan syarikat induk family Aiden. Dia orang scam company ayah Dylan sampaikan kena bayar saman yang tak sepatutnya di bayar. Sampai sekarang Dylan tengah tolong stabil kan balik company ayah dia tu...that why la dia tinggalkan kau Sera. Demi parents dan company mereka."jelas Diana.

Seira buat muka tak faham. 

"Hah?Aiden?Siapa pulak tu?"tanya Seira yang tak kenal senior Sera dan Diana sebab Siera masuk lepas Aiden tamat belajar.

Terus berkerut marah kening Sera. Grr..lelaki tu kan! Memang tak boleh hidup aman apa kalau tak kacau orang lain! "Aiden Bane, Lelaki tak guna yang suka cari pasal dengan aku dekat akademi."jawabnya dengan nada tak suka.

Seira angguk kepala faham. "Iya ke..bunyi nama pun dah macam memang tak guna je."

Diana kembali bersuara.

"Aku dah pastikan kesahihan maklumat tu..dan ianya memang betul. So Sera...kau prepare la awal-awal sekiranya Dylan pulang ke sini dan temui kau. Jangan la kau berkasar sangat dengan dia tu. Lembut kan sikit hati kau tu...dia bukan saja-saja tinggalkan kau tak berkhabar. Dia ada alasan dia sendiri..." pesannya.

Bersama muka tak puas hatinya, Sera sandar ke belakang dan pandang mencerun ke Diana. Ada alasan ke tak ada alasan ke sama je bagi dia. T.A.K G.U.N.A!

"Aiden...Aiden...tak habis-habis dengan entik tak guna dia tu. Memangnya dia ada masalah apa sebenarnya?"tanya Sera. Rasa macam apa je sekarang ni. Hari bukan main lagi dia breakdown gara-gara fikir Dylan tinggalkan dia. Dan sekarang lepas dapat tahu yang  selama ni Aiden la punca dia Dylan tinggalkan dia dan buatkan dia bersedih untuk perkara yang sia-sia, perasaan sia dah berubah menjadi menjadi dan marah!

Seira pandang ke tepinya, dia tilik wajah serius Sera dengan senyuman nakal di bibir. Adik kembar dia ni mesti sedang rancangkan sesuatu bil dapat tahu semua ni. Yalah Sera ji bukannya jenis suka duduk diam bila ada orang macam-macam dengan dia."Little sister...kau rancangkan apa dalam kepala otak kau tu?"

Diana tersentak. Dia angkat kening tinggi lepas sedar sesuatu. Lupa pulak dia pasal perangai Sera ni. "Hei...aku beritahu kau je..bukan suruh kau buat kerja gila ya Sera." pesannya bila dapat kesan sesuatu sedang difikirkan Sera sekarang ni.

Sera tersengih sinis. Dia pandang dua orang yang ada di sisinya dengan renungan muslihatnya. Dah terlambat untuk hentikan dia. Dah diberitahu, takkan la dia nak diamkan diri je. Mana adil kalau macam tu.

"Memandangkan kau dah beritahu aku, nampaknya aku kena buat sesuatu untuk balas balik apa yang dua lelaki tak guna tu dah buat dekat aku."kata Sera dengan jahat. Heh!Siap la dua orang tu.

Seira angkat kaki dari lantai lalu bersila atas kerusi itu untuk menghadap Sera. Macam menarik je. "Share la dengan aku...aku pun nak join jugak."

Sera pandang ke Seira dengan senyuman meleretnya. Sudah tentu la.

Seira kena join sekali dalam hal ni. Untuk itu dia perlu berkorban sikit dan rasa sakit.

"Of course kau akan join sekali. Sebab kau adalah trigger pertama Dylan kalau dia cuba capai aku nanti."peha Seira di tepuk Sera dengan perlahan.

Diana turunkan tangan dari bawah dagu dia lalu duduk tegak dari sandarnya bila Sera berkata begitu."Apa rancangan kau?"

Sera pandang penuh muslihat ke Diana. Disebabkan dia ada masa setahun lagi sehingga Dylan balik semula ke sini. Maka dia perlukan perancangan sebaik mungkin.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now