Part 5 : Job Hunting

1.4K 110 1
                                    

Buat kesekian kalinya, dia letak phonenya ke bawah dengan keluhan kasar.

Geramnya!

Apa la susah sangat nak dapatkan kerja.

Result dia okay apa!

Tapi kenapa la job jadi cleaner pun susah nak dapat!

Pelik betul.

Lantas dia buka penutup aluminium maggi cupnya sebelum disapa dengan wap hangat di wajah sejurus ia terbuka.

Makan malamnya maggi lagi hari ni. Yang selalu dia beli dekat tempat selalu dia lepak. Iaitu di 7e berdekatan dengan apartmentnya.

Biasanya tak ramai waktu macam ni. Itu sebabnya dia suka duduk sini kalau nak makan atau cari kerja guna wifi dekat sini.

Kalau boleh dia nak kerja dekat sini, tapi uncle yang jaga 7e cakap, tak ada kekosongan. Nak tak nak dia iyakan je la. Kan melawan jadi hal pulak.

Maggi itu kemudiannya diambil menggunakan garfu plastik warna putih yang dipegangnya lantas di hirup dengan berselera. Sambil itu, diselangi dengan sosej cheese yang di tangan kirinya sebagai lauk tambahan.

Sedang Sera enak menjamu selera, bunyi loceng dari pintu kedengaran dari arah belakang. Menandakan ada pelanggan yang berjalan masuk ke situ.

Sambil kunyah, Sera pandang keluar cermin kaca depannya dimana jalan raya dan orang awam berada. Sedap punya pasal, sampai menari-nari riang kaki Sera merasai makanan segeranya tu.

Brit!Brit!

Tak lama kemudian, skrin telefon milik Sera bercahaya taktala adanya panggilan masuk.

Sera pun tersentak dari lamunan dia lepas terasa getaran dari telefonnya itu. Tanpa berlengah, telefon itu dicapainya sebelum panggilan tersebut di jawab.

"Hello?"sambutnya yang hampir nak tercekik dek kalut menelan sisa makanannya.

"Hai, Saya dari Syarikat F ingin maklumkan cik telah diterima untuk bekerja di sini." suara lelaki kedengaran serta merta dalam panggilan tu.

Eh?

Diterima?

Buat kali pertamabya dia dapat kerja?

Woah!

"Sorry?Boleh saya tahu encik ni nak bercakap dengan siapa?"soal Sera sambil tunduk menggodek maggi dalam mangkuknya.

"Cik Serafina Katniss bukan?"

Sera angkat kepala, dia pandang ke depan dengan kening berkerut. Syarikat F? Dia ada apply kerja dekat situ ke?

Entah la...banyak resume dia hantar, merata-rata dia dah pergi. Tak ingat dah mana satu.

"Ya..betul. Saya Serafina Katniss.."jawabnya selepas itu.

Pada masa yang sama, seseorang muncul dari belakang rak barangan di situ sebelum ambil tempat di sebelah Sera.

Sera tak perasan, dia fokus memandang makanan dalam maggi cup tu.

"Sekiranya boleh saya tahu, bila cik boleh laporkan diri ke sini untuk bekerja?"tanya lelaki dalam telefon tu lagi.

Sera kemudiannya garfukan maggi itu lalu di suap ke dalam mulutnya sambil dengar. Setelah itu dia kunyah. "Sebelum tu boleh saya tahu, apa pekerjaan yang saya sandang di situ?" kunyah dia.

"Pembantu peribadi "jawab lelaki dalam panggilan tu dengan mendatar.

Excuse you?

Pembantu peribadi?

Sera angguk kepala sambil buat muka tak pasti. Macam tak pernah pulak dia apply kerja sebagai pembantu peribadi selama ni. Pembantu biasa macam buat air ke, cuci ke kemas ke adalah."Untuk siapa ya?"

Dan masa itu la, suara muncul disebelah Sera dengan tiba-tiba.

"Untuk aku..."jawab orang di sebelah Sera.

Geez!

Melompat terkejut serta merta Sera lepas dengar suara tu sewaktu dia pandang ke tepinya dengan mata terbutang luas dan tangannya terlepas pegang telefonnya.

What the f*ck!

Dia mimpi apa?

Macam baru nampak hantu, Sera tersedak akan sisa makanan dalam mulutnya setelah itu lalu terbatuk-batuk bagai nak apa.

"Uhuk!"dengan kalut dia pandang depannya nak cari air kerana kepedihan di hidungnya.

Pergh!Sakit bhai!

"Minum ni..."satu botol air di sua ke depan Sera tiba-tiba.

Sera pandang botol tu dengan kening berkerut kesakitan buat seketika sebelum di tepis tangan tu.

Dia sanggup tahan rasa sakit yang dirasai dari minum air tu! Lagi-lagi kalau si tenuk ni yang bagi!

"Sera...bukan time ni kau nak tunjuk perangai keras kepala kau...minum ni dulu."

Masih enggan terima bantuan dari orang di sebelahnya, Sera kemudiannya geleng kepala mahu bangun dari situ.

Hell no!

Dia takkan sesekali terima apa-apa lagi!

Macam sh*t je!

Asal Dylan boleh ada dekat sini.

Nice timing pulak tu macam tahu-tahu dia dapat panggilan kerja!

Lelaki ni siapa! Asal ada je dekat mana-mana. Menakutkan betul!

Dylan tarik Sera lalu paksa Sera duduk semula, sebelum pegang bawah dagu tu dan sua muncung botol air secara paksa ke mulut Sera.

Tak dapat nak elak, Sera terpaksa teguk jugak air mineral tu.

Setelah itu baru la Dylan jauhkan botol tu lepas nampak Sera minum. Dia lepaskan dagu Sera sebelum tutup botol mineral tadi dengan bersahaja.

Sementara Sera yang baru nak soberkan diri dari rasa sakit kerana tersedaknya pandang tak berkedip ke Dylan.

Lelaki ni!

Grrr!

Dia kena pergi dari sini! Tak ingin la nak pandang muka berlagak ni!

"Sera...dengar-" tak sempat Dylan nak cakap Sera dah bangun dari situ dengan tergesa-gesa.

Memang tak la!

Bekerja dengan Dylan!

Dia sanggup kebulur tak bekerja!

Telefon dekat lantai di kutip Sera lalu mangkuk maggi tadi ambil sebelum gerak pergi dari situ. Sampai je depan pintu kaca, mangkuk tadi di buang ke tong sampah dengan tergesa-gesa olehnya lantas tolak pintu kaca tu keluar dan dia pun keluar dari situ.

Namun begitu, baru saja Sera hendak belok ke kanan, arah dimana apartmentnya berada, satu tarikan terasa dari lengan kanan sebelum.badan dia berpaling ke belakang dengan laju sampai buatkan Sera menahan nafas terkejut dia.

"Sera ..dengar. aku boleh-"

PANG!

Pada masa yang sama jugak, Sera berikan satu tamparan di pipi Dylan serta merta dengan tangan dia yang bebas. Berani betul! Kalau dah lenyap!Lenyap je la terus! Tak payah muncul lagi!

Buat sakit hati je!

Kepala Dylan berpaling ke kanan akibat tamparan tu. Dalam keadaan terpinga, Dylan perlahan-lahan pandang ke Sera semula sambil mengetap rahang menahan sakit. Wajah marah Sera ditenungnya.

"F*ck off!Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi, ingat tu."ketap Sera dengan renungan marah dia. Lantas tangan yang didalam cengkaman Dylan direntap dia sekuat hati sebelum berpaling pergi dari situ dengan langkah lekas.

Dylan yang ditinggalkan hanya pandang langkah Sera dengan renungan mencerunnya.





16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now