Part 19 : Jelous!

1.2K 90 1
                                    

Lepas semua orang berkumpul dekat meja makan, sarapan sama-sama, sambil tu berborak sedikit, mereka semua bekerjasama mengemaskan rumah tersebut dari sisa majlis malam tadi.

Nak dikatakan semua, bukan la semua.

Kebanyakkannya buat hal masing-masing sikit pun tak peduli untuk hulurkan tangan mengemas apa yang patut.

Balil-balik orang yang sama.

Sera dan ahli keluarganya terkecuali. Mereka semua anak beranak tolong kemas, cuci, sapu apa yang patut, susun semula apa yang ada.
Dan anak-anak buah yang kecil-kecil tolong kutip dan buang sampah.

Lepas semua selesai, mereka buat makan-makan sikit dekat swimming pool. Meriah la tempat tu dengan abang-abang-kakak-kakak yang tidak berbaju dan berbikini tayang body di sana sini.

Disebabkan semua di sini hanyala family dan sanak saudara, sikit pun mereka tak rasa malu. Especially....

"So awak kerja dekat company ayah la lepas habis belajar?"

"Cool nya..."

"Bertuah siapa jadi teman wanita awak kan, Dylan?"

"Yalah..saya ada buat parti hujung minggu di rumah kotej family saya...nak join sekali?"

Bual para gadis berbikini di bawah gazebo tepi kolam renang tu pada Dylan yang berseluar pendek hitam atas lutut dan tidak berbaju tetapi berkaca mata hitam.

Memang cantik-cantik dan seksi belaka cik adik di depannya itu, tapi fokus Dylan bukan pada mereka. Tapi pada orang yang sedang duduk di kerumuni anak-anak kecil dengan belon dekat tangan masing-masing.

Sejak tadi diperhatikan oleh Dylan tanpa alih.

"Aunty Sera...tiupkan kita punya sekali.."

"Kita pun.."

"Abang dulu.."

"Siapa sampai dulu, dia punya dulu la kena tiup!"

"Ihh..sempit la.."

"Aunty tiup besar-besar lagi!"

Seira yang duduk dekat bangku sebelah hanya ketawa melihat keletah anak-anak buah dan sepupunya di situ. Gemar betul mereka dengan Sera. Ramai je mak saudara dekat situ, tapi Sera si Grumpy ni jugak yang mereka cari.

"Ahh...bising la kau orang ni. Penat dah aku tiup. Pergi!"halau Sera yang tidak mahu lagi meniup belon mereka. Asal dia tiuo mereka letup, ditiup meletup lagi! Pengsan pulak ni nanti kang!

"Alah aunty boleh la..."rengek mereka yang kebanyakannya sekitar 11-4 tahun.

Sera tolak mereka semua jauh dari bangku menjemurnya. "Pergi main jauh-jauh sana la...aunty penat. Kau orang tu kam, aku tiup, kau orang letupkan..aku tiup diletupkan lagi...ingat aku ni tangki helium apa!"bebelnya.

"Alah..last aunt..last. kali ni je..ppelase.."rayu mereka sambil buat muka 10 sen depan Sera.

"Buat je la Sera...nak sangat tu.."aju Seira dekat sebelah.

Bersama muka kesal dan jengkel, Sera pun mengalah. Dia ambik plastik berisi belon di situ lalu tiup beberapa belon untuk mereka.

"Terima kasih aunty...sayang aunty!"ucap seorang dua budak di situ sebaik menerima belon dari Sera.

Ada yang siap cium pipi Sera lagi tu sebagai tanda terima kasih.

Setelah semua di situ pegang dua belon setiap seorang baru la mereka pergi dari situ dan main air menggunakan belon tersebut.

"Ahh!"hela Sera dengan letih sewaktu sandar ke bangku tu cuba cari nafas. Mengah dia tiup belon-belon tu tadi!

"Kau okay tak?"tanya Seira.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now