Part 20 : BabySitter

1.2K 95 1
                                    

What on earth is she listening right now?!

"Sorry?Ulang balik?"tanya Sera dengan kening berkerut sambil pandang empat orang ahli keluarganya yang sedang duduk menghadapnya dengan mata tak berkedip.

"Jaga budak-budak ni..."ujar abang long Sera masa anak kecik berusia 7 tahun berlari melintasi mereka lalu diekori anak kecil berusia 5 tahun dekat belakang.

Mata Sera mengerenyet. "Tiga-tiga sekali?" pandangnya ke dua ekor 'baboon' lelaki yang sedang berlari sekeliling ruang tamu apartment Savannah.

"Tak adalah...akak bawa Luke dengan Mark sekali...kamu jagakan si kecil ni. Tak lama mana pun. Seminggu lebih je."

Sera pandang ke ibu dan ayahnya. "Ibu dengan ayah ikut sekali dia orang pergi ke France?" soalnya fumbfounded.

"Ha'ah..Seira sekali. Bukan selalu kami dapat peluang..."angguk Olivia.

Habis tu dia macam mana?Tak dipelawa sekali ke?

"Kenapa mesti Sera?Letak je la dekat babysitter ke rumah penjagaan ke?"gerutunya dengan muncung tak puas hati.

Adachi beri renungan tegas pada Sera. "Sera...kan orang mintak tolong, tak boleh ke kamu terimanya dengan baik!"

Sera cebik bibir protes akan teguran tu. Ayahnya ni kan! Kecik besar je dia perhatikan!

"Boleh la Sera...nanti aku belikan kau souvenier banyak-banyak.."cadang abang long Sera sambil memangku anak kecil berusia 1 tahun setengah di dalam pelukan.

Sera ketap giginya menahan sabar bila dengar akan kata-kata keluarganya. Hairan dia, memangnya dia ni keluarga tiri mereka apa?Sering saja dia di pinggirkan dari mengikuti sebarang pelan dan rancangan mereka.

"Tolong la abang kamu...lain kali kamu pulak ikut sama bercuti dengan kamu."pujuk Olivia.

Hish! Menyusahkan betul. Mintak tolong dia boleh, layan dia tak elok-elok boleh pulak
"Bila tu?"soal Sera dengan nada nak tak nak dia.

"Esok...jadi kami tinggalkan Kyle dekat sini dengan kamu terus.."jawab kakak ipar Sera dengan ceria.

Mulut Sera terjatuh...

"Hah?Hari ni?Habis tu Sera masuk kerja macam mana?Siapa pulak yang nak tolong tengokkan Kyle nanti?"tanya dia.

"Jangan risau...kamu tak perlu hadir ke akademi sepanjang tempoh ni. Ayah bagi pengecualian kepada kamu. Lagipun dekat akademi ada ramai trainer. Kamu cuti seminggu tak ada apa-apanya pun."maklum Adachi.

Sera pandang ayahnya dengan kening berkerut tak puas hati.

Suka la buat pelan mengejut macam ni!

Sekali je. Sekali je dia mintak, tak boleh ke bincang dengan dia terlebih dahulu. Ini tak, dah buat keputusan baru nak cakap dengan dia. On the spot lagi tu macam ni sampaikan dia tak boleh bersuara untuk bantah atau bagi cadangan. Nampak sangat la dia ni tak penting buat mereka.

"Akak dah prepare semua cukup untuk dua minggu. Jadi kamu tak perlu la risau. Apa kamu perlu lakukan ialah jaga makan minum dan cuci pakaiannya saja." ujar kakak ipar Sera.

Mata Sera mengerling ke anak kecil yamg sedang diagah Abang longnya dengan muka tak puas hati. Tak pasal-pasal kena jaga anak orang.

"Yalah..."setuju Sera mahu tak mahu.

"Terima kasih ya Sera."ucap Abang Long Sera pula.

Tak lama mereka di situ, keluarga Sera keluar dari situ meninggalkan Kyle bersama Sera.

Setengah jam kemudian, Savannau dan Caleb pula kembali ke apartment dengan barangan dapur dan beg shopping masing-masing setelah pulang dari shopping complex.

Masuk-masuk saja mereka dalam rumah, Savannah dan Caleb disapa dengan situasi seperti isteri di tinggal suami taktala nampak Sera bersila atas sofa sambil memangku anak kecil di atas silaan, dan menopang dagu dengan tangan yang disikukan dekat lengan sofa.

"Wow...baby la.."Caleb letakkan barang dekat lantai lalu gegas duduk di sebelah Sera. "Comelnya..anak siapa ni?"Caleb cuit perlahan pipi gebu Kyle dengan lembut sewaktu budak itu sedang terlena.

Mata Sera jeling ke Caleb tidak berminat.

Savannah gerak ke dapur untuk letakkan barang dapur sebelum keluar tak lama kemudian lantas serta mereka di ruang tamu itu.

Letih punya pasal, bersandar terus Savannah dekat sofa panjang tu dengan kaki melunjur menghadap Sera dan Caleb.

"Anak abang kau ke tu?"soal Savannah.

Sera lepaskan keluhan letih lalu mengangguk kepala. "Ha'ah...aku kena babysit dia selama seminggu ni.."jawabnya.

Kening Caleb terangkat tinggi. "Serius...mesti comel kalau senior jaga baby...nampak la keibuan sikit."komennya.

Ibarat sebilah pedang yang tajam, Sera beri jelingan maut ke Caleb. Keibuan la sangat! Dia ni dah la kasar!Mana la reti nak jaga baby kecik macam ni!

"Kau tahu tak nak jaga baby macam mana?"tanya Savannah lagi.

Sera jungkit bahu. "Entahla."

Calrb menjegil mata bulat. "Hah?Tak tahu?Habis tu macam mana nak tinggalkan senior seorang diri dekat sini nanti?"

Sera pandang pelik ke Caleb. "Apa maksud kau?"

Savannah lepaskan keluhan lalu pejam mata hendak merehatkan diri. "Kita orang ada family event dekat Hawai beberapa hari ni, parents Caleb kena jemput sekaligus kita orang berdua. Nak tak nak kita orang kena bertolak ke Hawai jugak."

What!?

Maknanya dia sendiri jaga budak berpampers ni?

"Kau orang berdua?So aku sendiri la maknanya ni?"tanya Sera dengan muka tak percayanya.

Caleb rangkul bahu Sera lantas jungkit kening main-mainnya. "Senior nak saya temankan ke?"

Merenggus terus Sera lepas tu. Dia goyangkan bahu yang dirangkul Caleb dengan muka tak suka. "Jangan nak mengada. Kau pergi tak apa....aku tak kisah. Kalau Savannah pergi ya,."

Caleb tarik muncung merajuknya lalu sandar ke belakang sambil pandang ke Savannah. "Kak...kalau saya tak join sekali tak boleh ke?"soalnya

Savannah jungkit bahu. "Bukan masalah aku kalau parents kau bising dekat kau kalau kau tak hadir ke sana nanti..."balasnya dengan mata terpejam.

Caleb mengerang memberontak. "Baru rancang nak dating dengan senior Sera sepanjang cuti ni..tapi ada je halangannya."

Sera cebik menyampah. "Tak habis-habis kau dengan crush kau dekat aku kan...suka dekat orang lain la sana.."

"Nak buat macam mana, cinta pandang pertama ni bukan senang kita nak lupakan tau." syarah Caleb.

Sera julingkan mata. Dia dukung Kyle yang sedang  ke dalam pelukannya lalu disandarkan ke bahu dengan berhati-hati. "Lantak kau la situ...tak kuasa aku melayan." dia pun bangun dari sofa lantas gerak ke dalam bilik.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now