Part 46 : Six Sense

1K 85 2
                                    

Terhendap-hendap seperti stalker, seorang lelaki mencurigakan jalan terhendap-hendap dari balik orang ramai di situ sewaktu  mengekori dua orang wanita yang jalan seiringan sepanjang laluan lobi shopping complex tu.

Sekejap-sekejap lelaki tu terpaksa acah-acah tak ikut bila dua orang tu berpaling ke arahnya hendak berpatah balik.

Oleh kerana pengintip sebelumnya yang diarahkan untuk intip tarik diri dan tidak mahu libatkan diri, maka dia la yang diupah untuk intip wanita bernama Sera ini. Kalau dihitung, dia adalah pengintip yang ke 25 untuk tempoh masa dua bulan ni.

Dia cuba tanya pengintip lain yang enggan beri kerjasama pada klien bernama Aiden ni. Tapi seorang pun tak nak beri komen. Mereka semua balik-balik beritahu 'jangan terima kes ni'

Oleh kerana rasa tercabar dan ingin tahu, dia pun terima la tugasan ni. Dan hari ini adalah hari pertama dia di tugaskan untuk mengintip selepas pengintip terbaru iaitu yang baru ditugaskan dua hari sebelum dia tarik diri.

Sedang dia ekori, tiba-tiba dua orang wanita tadi berpisah arah. Tak sempat dia nak ambil.gambar.

Tak tahu nak ikut yang mana, maka targetnya iaitu Sera!

Lelaki bercermin mata itu kemudiannya ikut langkah wanita berdress paras lutut warna merah off shoulder dari belakang.

Melihatkan wanita itu hendak ke lif, dia dengan kalut cepatkan langkahnya supaya dapat masuk lif bersama.

Seperti yang dimahukan, pengintip tersebut tiba di depan pintu lif dimana Sera sedang berdiri.

Tak lama lepas tu pintu lif terbuka.

Lelaki tu dulu yang masuk baru diikuti Sera.

Masuk saja dalam tu, Sera berdiri dekat depan hadap pintu lif.

Sementara pengintip tu berdiri belakang Sera.

Dia pandang belakang Sera melalui cermin mata hitam yang dipakainya. Dan macam tahu-tahu yang dia pandang, masa itu la wanita rambut panjang beralun-alun itu berpaling lantas menghadapnya.

POP!

Belon yang dihasilkan melalui gula-gula getah itu meletup sewaktu Sera pandang dia.

"Did you need something?"tanya wanita berwajah bulat berambut hitam pekat berkilat padanya tiba-tiba.

Tidak menyangka wanita ini akan menegur dia, pengintip itu terpinga-pinga sekejap.

"Sorry?Apa dia?"soal pengintip itu teragak-agak.

Sera kemudiannya keluarkan gula-gula getaj dari dalam mulutnya sambil jalan dekati lelaki lampai berjaket denim bert-shirt putih di dalam dan jeans koyak di bahagian lutut itu dengan yakin. "Well...saya perasan awak ikut saya sejak tadi." berdiri je depan lelaki tu, Sera hulur tangan ke cctv yang ada dekat atas siling lif itu dengan mudah sebab tak terlalu tinggi lalu ditampal gula-gula getah tu pada lensa kamera tersebut.

Lelaki tu pandang tak berkedip bila muka Sera depan dia.

"Did Aiden send you here?"tanya Sera lagi lepas tu.

Sh*t!Mata lelaki tu terbutang bulat dari balik cermin mata tersebut kerana terkejut. Macam mana perempuan ni boleh tahu?!

"Saya tak faham apa cik katakan ni."nafinya.

Tak semena,Sera sepak tulang kering lelaki tu diikuti tumbukan pada perut.

Melutut je lelaki tu dekat situ, Sera cekau rambut lelaki tu dan di dongakkan kepala tu ke atas memandangnya.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now