Part 49 : I love You

1K 78 4
                                    

Sambil jalan terjinjit-jinjit macam pencuri, matanya liar melihat kanan dan kiri macam nak cari something.

Sekali bila dia palingkan kepala ke kiri tembok tu, tak semena, suara menyapa dari kanan tiba-tiba.

"Tengok apa tu?!"

"Arghh!"teriak Sera sampai dia terjunam ke depan lalu melungkup atas rumput tu. Terkejut gila dia dibuatnya.

"Woaw...kau okay?"tanya Noah masa dia tunduk pandang ke Sera.

Sambil berdesis kesakitan, Sera bangunkan diri dia dari rumput tu. Siut betul mangkuk ayun ni! Dah kenapa boleh muncul jugak time macam ni!

"Kau dah kenapa!Terkejut la aku gila!"marah Sera sambil tepis kotoran dari hoodie hitamnya itu dengan kening berkerut tak puas hati.

Sambil ketawa perlahan Noah perhatikan dia. "Yang kau ni terhendap-hendap macam pencuri dalam gelap ni kenapa?Asal tak masuk asrama sana...kan dah lewat ni?"

Sera tarik muncung tak puas hati. Dia pandang Noah dengan muka bercemberut. "Suka hati aku la...yang kau nak kecoh kenapa? Jadi pencuri ke burung hantu ke..tak susahkan kau pun...pergi la balik bilik kau sana. Menyemak je." cebiknya sebelum hendak pergi dari situ.

"Tunggu sekejap!"Noah depakan tangan depan Sera serta merta.

"Hish..apa lagi ni?Aku busy tau tak!sebelum aku smack down kau better kau berhambus!"renggus Sera dengan geram.

Noah tarik sengih meleretnya sambil seluk tangan dalam poket hoodienya. "What ever kau pelan...aku nak join."

Sera butangkan mata pandang tak percaya ke Noah sejurus mendengar permintaan itu. "Hah? Kau nak join?"

"Yup!"angguk Noah.

"Kau ni tak ada kerja lain ke nak sibukkan hal aku?"

"Alah...bukannya selalu. Nanti entah bila lagi aku boleh menyibuk hal kau ni.."

Tersenyum sendiri Sera bila dia teringat kembali akan memorinya bersama Noah pada suatu masa dulu. Kadang-kadang geram jugak bila teringat setiap kali dia nak buat something, mesti ada Noah. Sekarang, dia tak rasa rugi pun.

Dan malam itu mereka telah tukarkan tangki tempat simpan piala dan pingat kepada akuarium yang dipenuhi dengan haiwan air hiasan. Sampai sekarang akuarium itu terjaga dan masih dalam di akademi tersebut.

Ding Dong!

Bunyi loceng apartment menyentak lamunan Sera. Dia yang sedang bersila dekat atas sofa itu pandang ke pintu dengan kening terangkat lalu ke jam di dinding atas tv.

Jam 11 malam.

Siapa pulak yang datang malam-malam macam ni.

Nak kata Savannah, orang rumah ni dah lama masuk tidur.

Ding!Dong!

Sekali lagi bunyi loceng apartment kedengaran.

Sera pun turun dari sofa itu lantas mengatur langkah ke arah pintu dengan lekas. Sebelum dia buka, Sera intai melalui lubang intai pintu tersebut untuk lihat siapa di luar.

Sekali tu dia nampak dua lelaki yang memang tak asing buat dirinya berdiri di situ.

Dah kenapa pulak dia orang tekan loceng apartment ni?

Sera buka selak pintu lantas tarik pintu itu ke dalam. Terbuka saja pintu tu, tak sempat nak cakap apa-apa, Sera kemudiannya diterpa lantas di peluk erat.

"Sayang..."panggil Dylan dalam keadaan mabuk. Dia peluk Sera dengan mamai sebelum membebel akan sesuatu dengan bahasa yang tidak jelas.

Terkebil-kebil dengan keadaan itu, Sera pandang lelaki kedua yang hantar Dylan pulang ke rumah. Apa yang berlaku ni?

"Apa yang dah berlaku ni Kaito?"tanya Sera dengan kening berkerut sewaktu imbangkan badan dia dari ikut sama tumbang dengan Dylan masa lelaki tu bersandar padanya. Berat betul!

Kaito tarik nafas lalu dihembus lelah sambil.mencekak pinggang. Mengah dia masa pimpin Dylan sepanjang perjalanan nak ke sini. Fuhh! "Something happen dekat rumah dia.." jawabnya dari balik nafas lelahnya.

Baru Sera nak bercakap, tiba-tiba Dylan pegang pipi dia lalu digomol-gomol dengan dua tangan."I love you...Sera...love you soooo much.."ucapnya sebelum mengucup bibir itu."Muuaaahhh!Heheheh..."sengih Dylan setelah itu sebelum rehatkan kepalanya di atas bahu Sera semula.

Sera buat muka ketika itu, dia peluk badan Dylan dalam keadaan terumbang ambing. Apahal siak! "Yang awak hantar dia ke sini kenapa?Apartment dia depan ni hah!"keluhnya sambil juih bibir ke pintu apartment depannya.

Kaito selukkan tangan dalam poket kot labuh yang dipakainya lalu tarik senyuman nipis. "Nahh...saya rasa dia mungkin lebih prefer ada awak dekat sisi dia masa dia bangun.."ujarnya.

"Jangan tinggalkan aku Sera...."gumam Dylan dengan mamai sambil tangannya tergantung dekat bahu Sera.

"Haih..."keluh Sera kemudian. "Ada-ada je la masalah kau ni..."bebel dia masa undur ke belakang sikit untuk masuk ke dalam."Thanks la kalau macam tu...hati-hati masa balik tu."
kata dia pada Kaito.

"Okay...take care.."lambai Kaito semasa tolong tarik pintu itu untuk ditutup.

Sebaik saja Sera gerak masuk ke dalam, masa itu la muncul Savannah dengan muka bangun tidur di depan lorong kiri apartment. Dia yang kelihatan bingung itu pandang Dylan yang dipimpin Sera.

"Apa dah berlaku?"tanya dia setelah itu.

Sera yang memang tak tahu apa yang berlaku hanya mengeluh. "Entah la wei...aku pun tak pasti. Kau masuk la tidur balik. Sorry ya kalau ganggu.."jawab dia sambil belok ke lorong kanan apartment dimana biliknya berada.

Savannah yang ditinggalkan dekat belakang itu kemudiannya gerak masuk ke dapur untuk minum.

KEDEBUK!

Terus terjatuh meniarap Dylan lepas dicampak Sera dekat atas katilnya sebab tak larat nak lama-lama pimpin lelaki tu.

Aurgh!

Seriously!

Tak tahan betul la dia dengan semua ni!

Penat tahu tak!

"Arghh...panasnya la...."rengek Dylan sambil gerak untuk telentang sebelum ditarik-tarik tali lehernya supaya longgar.

"Haih...."keluh Sera dengan muka jengkel lalu tunduk membantu Dylan tanggalkan kot dan tali leher. Dah macam budak-budak pulak Dylan ni. Sampai ini pun dia kena buatkan. "Apa yang dah berlaku dekat rumah kau sebenarnya ni Dylan?Hah?Sampai mabuk macam ni?"bebel dia sewaktu tanggalkan kasut setelah itu stoking dari Dylan.

Dylan hanya mamai-mamai tidak sedarkan diri.

Kemudiannya Sera gerak ke bilik air. Dia ambil tuala bersih lalu dibasahkan dengan air. Keluar saja dari bilik air, Sera duduk dekat tepi Dylan lantas bantu lap muka dan tangan lelaki tu sehingga bersih.

Sedang Sera kesat muka tu, tiba-tiba Dylan pegang tangan dia lalu di bawa ke dada.

Kening Sera terangkat tinggi sewaktu pandang jari jemari runcing Dylan genggam pergelangan tangannya.

16.Tentang KitaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora