Part 51 : Avenge The Revenge

1K 85 2
                                    

Pagi itu Sera menjalankan aktiviti biasanya kalau tak bekerja.

Iaitu cuci pakaian kotor dan masak sarapan pagi.

Disebabkan Dylan dan Savannah sama-sama gerak ke pejabat awal pagi tadi kerana mahu hadirkan diri ke mesyuarat lembaga pengarah di syarikat Aiden selepas dapat panggilan mengejut subuhnya.

Terasa segar apabila selesai mandi dan sarapan, dia beralih ke ruang tamu.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 10 pagi. Sera mencapai alat kawalan jauh untuk mengaktifkan TV plasma yang tergantung di dinding ruang tamu.

Serta merta berita bergambar yang sedang disiarkan menarik minatnya. Sambil gerak ke sofa dan duduk bersila di atasnya, dia  terus menumpukan perhatian pada berita berkenaan seorang CEO syarikat berpengaruh telah ditahan pihak polis di kediaman sendiri atas tuduhan konspirasi menipu dan membunuh.

Jantungnya mula berdegup kencang apabila pembaca berita itu memberitahu siapakah nama CEO berkenaan.

Aiden Bane!

Bagaikan tak percaya dengan apa yang dilihat dan didengar, Sera mula kebingungan. Melihat dari kaca televisyen itu jelas menunjukkan video rakaman dimana Aiden sendiri mengakui apa yang di lakukannya dan cubaan yang dia mahu lakukan pada targetnya itu Dylan sendiri. Berdasarkan suara dan cara lelaki itu bercakap, kelihatannya Aiden di bawah pengaruh alkohol dan tidak sedar pengakuannya itu dirakam.

Dan jelas-jelas melalui siaran itu, Aiden mengaku dia yang scam syarikat Dylan dan berniat nak langgar Dylan sehingga mati tapi sebaliknya Noah yang jadi mangsa.

Sera membutang mata dengan luas...

Tak mungkin!

Bukan ini rancangan sebenar dia. Dia hanya minta Savannah rakam video semasa Savannah bawa Aiden ke hotel untuk dijadikan bahan ugutan saja. Bukan sampai ke tahap serius seperti ini!

Sera cuba menafikan apa yang dia tonton ini tidak nyata. Tak mungkin Savannah yang lakukan semua ni! Rakannya itu bukan saja lingkupkan nama baik Aiden malah buatkan lelaki ini terpenjara!

"Phone...aku kena call Savannah.."katanya tak keruan. Dia tak berniat pun nak buatkan Aiden sampai kena penjara macam ni!

Apa yang Savannah fikirkan ni!

Segera Sera dapatkan telefon bimbitnya yang ditinggalkan di bilik tidurnya.

"Arghh!...Macam mana boleh tak ada bateri pulak ni?" getus Sera sebaik menyedari telefon bimbitnya itu kehabisan bateri.

Tanpa berlengah dia atur langkahnya keluar dari bilik untuk guna phone rumah. Sebaik dia tiba di almari sebelah sofa dan hulur tangan hendak mencapai gagang telefon rumah, waktu itu jugak la pintu apartment terbuka.

Masih dalam keadaan terkejut, Sera palingkan kepala ke pintu itu lantas bertentang mata dengan Savannah.

"Savy..."sebut Sera dengan muka tak percayanya.

Savannah pandang Sera lalu ke skrin tv sewaktu tanggalkan kasut lalu menyarung selipar dalam lantas gerak masuk ke ruang tamu itu.

"Hai.."balasnya sejurus berdiri di depan Sera.

Bersama muka dumbfounded Sera tilik Savannah dari atas ke bawah. "Apa yang dah berlaku?"tanya dia.

Savannah letakkan beg tangan dan kotnya di lengan sofa depannya lalu menyilang tangan ke dada menghadap Sera.

"It done. Aiden dah terima balasan setimpalnya untuk apa yang dia dah buat."jawab Savannah.

"Bukan ini rancangan asal kita..."luah Sera dengan nada tak percayanya.

Savannah tatap wajah Sera dengan perasaan nekadnya. Lepas apa yang berlaku lewat malam tadi. Dia nekad untuk bantu Sera dan Dylan supaya dua orang ini tidak terseksa lagi dengan tekanan yang mereka alami. Untuk itu dia terpaksa lakukan hal ini.

"Aku tahu. Aku mintak maaf. Aku cuma nak Aiden bayar balik dekat kau dengan Dylan lepas apa dia buat dekat kau orang berdua. Dan sekarang menggunakan saham yang Dylan laburkan dekat aku untuk masuk ke company Aiden, kini Dylan di lantik jadi penyandang CEO baru buat company tu. Dan kau...sekarang boleh berehat dari memikirkan hal Aiden."jelas Savannah.

"Kenapa kau buat semua ni?Untuk aku lagi tu?"

Savannah mendiamkan diri buat seketika mengenangkan semua yang dia pernah fikir mengenai Sera. Dulu dia bencikan Sera sebab fikir Sera hanya seorang perempuan berlagak perasan bagus. Sekarang dia tak fikir macam tu lagi. Semakin lama dia kenal Sera, semakin dia faham.

Sera sengaja tunjuk sikap perempuan tak guna dekat orang sebab tak nak buatkan orang pandang rendah pada Sera. In fact Sera ni rapuh orangnya. Seseorang yang perlukan penyokong dan orang di sisi untuk jalani hidup ni.

Oleh itu, Savannah buat keputusan ni tanpa berbincang dengan Sera.

"Sebab aku nak kau orang berdua fokus pasal masalah kau orang je. Aku tahu isu kau dengan Dylan sendiri pun belum selesai. Untuk tu aku tolong settlekan masalah Dylan secepat mungkin supaya kau tak susah hati memikirkan hal ni."jelas Savannah dengan jujur.

Dylan bakal bersama dengan orang lain.

Kalau Sera buang masa untuk perkara lain.

Dua orang ni mungkin tiada masa yang banyak untuk diluangkan lagi.

"Savy..."sebut Sera dengan sedih. Tersentuh hatinya.

Bersama renungan kasih sebagai seorang sahabat, Savannah berkata lagi. "Aku dapat tahu kau dengan Dylan maybe takkan dapat bersama dan berpisah sekali lagi. Jadi guna la masa yang ada ni untuk diluangkan kau orang berdua dengan baik bukan untuk perkara remeh temeh ni."

Sebak dengan apa yang di dengar, Sera dapatkan Savannah lalu menarik rakannya itu ke dalam pelukan.

"Aku minta maaf untuk semua yang aku buat pada kau Savannah."ucap Sera semasa peluk.

Savannah tepuk belakang tu. "jangan risau...aku dah lama maafkan kau."

Sera menangis dalam pelukan tu. Melampias semua rasa tertekan dan kecewa yang ditanggungnya selama ini.

"Doa aku sentiasa bersama kau Sera. Aku harap apa saja masalah kau semuanya selesai dengan baik suatu hari nanti."tambah Savannah semasa menyandarkan kepalanya ke bahu Sera dengan mata terpejam.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now