Part 50 : Rela Terpaksa

1K 85 2
                                    

Flashback...

"Apa papa cakap?"

"Kahwin dengan Anna."

What!?

"Mama..apa semua ni?Bukan ke Dylan dah beritahu yang orang Dylan sukakan bukan Anna tapi Sera."tegasnya dengan muka kecewa tak percayanya.

"Mama tahu Dylan...tapi keluarga Anna dah banyak berkorban untuk kita. Anna pula sukakan kamu sangat .."

Dia dengan tegas dan nekad menggeleng kepala. "Papa...mama please jangan buat Dylan macam ni..."rayunya.

"Maafkan papa Dylan...papa tak boleh tolak permintaan mereka lagi-lagi bila mengenangkan insiden yang menimpa Noah gara-gara hendak selamatkan kamu."

Ibarat langit jatuh menghempap dirinya, Dylan bersandar ke sofa dengan bahu jatuh hilang semangatnya.

"Please sayang...demi kami...demi Noah."rayu mama dia dengan wajah sebak mahu menangis.

Papanya hanya tunduk memandang ke bawah dengan wajah sugul seakan bersedih dan bersalah pada masa yang sama.

"Fine...kalau itu yang mama dengan papa nakkan. Dylan setuju."akurnya dengan perasaan rela yang terpaksa.

End of flashback...

"Sera..."panggil Dylan dengan lirih. Dia benar-benar bingung dan perasaan dia berkecamuk teruk. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia berharap hidupnya simple tanpa dugaan dan halangan. Namun apakan daya, kalau takdir sudah menetapkan jalan cerita hidupnya begini, tiada apa yang dia dapat lakukan lagi.

"Hm." jeda Sera dengan pendek sambil pandang muka tu dengan kening berkerut.

"Apa nak jadi tentang kita ni?"soal Dylan dengan suara seakan sebak. Matanya kecil saja terbukak sewaktu termenung memandang siling bilik di atasnya. Dia tak boleh nak pandang Sera sebab takut dia akan mengalirkan air mata.

Kening Sera berkerut tak faham. "Kenapa dengan kita?"tanya dia yang kemudiannya usap rambut yang menutup dahi Dylan ke belakang dengan kasih. Perkara apa lagi yang dah susahkan hati kekasihnya ni?

Sambil berkerut-kerut kening Dylan pun pejamkan matanya. Sakitnya hati dia sekarang. Ibaratnya macam baru putus cinta pun ada. "Kenapa susah sangat kita nak bersama...dari dulu sampai sekarang..ada je halangannya..."luahnya lagi dengan nafas naik turun mahu tertidur.

Sera mendiamkan diri, dia tatap wajah yang sedang berkerut kening seakan mahu menangis itu dengan bingung. "Kenapa kau cakap macam tu?Kan kita dah bersama ni?"

Lalu Dylan mula menangis. Dia genggam erat tangan yang ada di dada itu kemas-kemas. Dia tak nak...sesiapa tolong la jangan pisahkan dia dengan Sera lagi. Dia tak kuat! "Aku tak nak berpisah dengan kau lagi Sera..." rintihnya dengan dada sebu susah nak bernafas.

Melihatkan air mata yang mengalir dari tepi mata itu, Sera terus tunduk lalu memeluk kepala Dylan. Susah hatinya bila tengok Dylan bersedih. Dah kenapa pulak Dylan tiba-tiba macam ni? "Apa yang buat kau sedih sebenarnya ni Dylan?Apa berlaku masa kau dekat rumah parents kau?"tanya dia sambil tepuk belakang kepala tu dengan perlahan.

Dylan kemudiannya peluk belakang bahu Sera dan sembamkan mukanya ke ceruk leher Sera.

"Tolong aku Sera....parents aku mintak aku kahwin dengan Annatalia hujung tahun ni jugak. Dia orang cakap sebab nak balas balik apa yang Noah dah korbankan demi aku...lama dia orang mintak..tapi aku diamkan. Dan hari ni dia orang mintak kata putus dari aku.." luahnya dengan susah payah.

Terus menahan nafas terkejut Sera dibuatnya. Dia jauhkan diri dari pelukan serta merta, lalu tekup pipi Dylan dengan kedua-dua tangan. "Apa kau cakap?"tanya dia dengan tergamam. Senak dada dia dibuatnya!

Dylan buka mata yang basah dengan air mata sendu kecewanya perlahan-lahan lalu memandang Sera. "Maafkanlah aku sebab aku lukakan hati kau lagi. Disebabkan rasa serba salah aku pada Noah, aku terpaksa setuju dengan permintaan dia orang..."

Terbutang luas matanya.

No!

Sera menggeleng kepala tak percaya.

Not again!

Please!

"Dylan...kau serius ke?"tanya Sera dengan air mata mula bergenang di kelopak mata. Menggigil seluruh badannya mendengar berita ini. Dylan akan berpisah dengan dia!?

Sekali lagi?

"Maafkan aku Sera...aku tak nak. Tapi mengenangkan Noah...aku terpaksa sebab aku masih rasa serba salah pada family dia.."ngaku Dylan.

Sambil buat muka hendak menangis, Sera cengkam kuat kain kemeja Dylan lalu geleng kepala mahu menafikan apa yang di dengarkan itu.

"No Dylan..."sebut Sera dengan sedih sekali

No...God!Please no...!

Tak tahu hendak katakan apa lagi, Sera jatuhkan kepalanya ke bahu Dylan dan menangis tanpa suara. "Kenapa..."tanya dia dengan suara menggeletar sebak. Entah salah apa dia dah buat sampai susah sangat nak rasa happy?

"Maafkan aku Sera."Dylan pegang kepala Sera lalu di bawa dekat ke wajahnya lalu dikucup dengan mata terpejam dan linangan air mata turun dari tepi matanya. Koyak hati dia!

"No..Dylan..aku tak nak.."ratap Sera sambil eratkan pelukannya ke badan itu dengan terdesak. "Not again..please.. Aku tak nak...jangan tinggalkan aku..."rayunya sambil teresak-esak mengalirkan air mata kecewanya.

Tenggelam la mereka berdua dengan air mata masing-masing bersama perasaan retak seribu yang tak dapat dipulihkan lagi.

Dekat luar pintu bilik itu, berdirinya Savannah yang tak sengaja mahu memasang telinga. Namun tak sangka pula keputusan dia untuk mendengar perbualan dua orang itu buatkan dia ikut menangis di situ.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now