Part 22 : Peluang dan Ruang

1.2K 95 0
                                    

Selesai lawat kedai uniform dan buat bayaran, Sera arahkan orang kedai untuk hantar uniform yang di tempahnya terus ke akademi baru.

Kemudiannya, Sera lawat ke kedai peralatan pedang buluh dan topi keselamatan untuk latihan pula. Di situ dia buat tempahan untuk ganti yang lama kepada yang baru.

Dan sepanjang masa Sera berurusan, Dylan la yang dukung Kyle dan jaga anak kecil itu tanpa satu sungutan mahupun keluhan dari lelaki itu. Sekejap-kejap menangis jugak anak tu, tapi berjaya di pujuk Dylan tak lama kemudian.

Memandangkan Dylan banyak berjasa pada hari ni, Sera merancang untuk berikan ganjaran pada Dylan seusai membuat tempahan barang sebagai tanda terima kasih. Iaitu belanja lelaki itu makan. Yalah, Sera mana la mampu sangat nak belanja yang mewah-mewah.

Mereka pun singgah ke sebuah restaurant setelah itu. Kebetulan masa tu waktu makan tengah hari jadi keadaan agak sibuk. Mujur lah Dylan ada. Dengan mudah lelaki itu pun dapatkan tempat duduk buat mereka bertiga.

"Macam mana kau boleh tahu restoran ni?"tanya Dylan setelah mereka ambil tempat yang agak tersembunyi dari pengunjung lain. Dia agak terkejut sebab ini adalah satu daripada restaurant kegemaran yang selalu dia lawat semasa belajar di akademi dulu.

Sera hanya senyum nipis sewaktu settlekan Kyle dekat kerusi duduk baby.

"Kau tahu ini dulu tempat aku selalu datang masa belajar dekat akademi dulu?Noah, budak-budak council kelas kita sendiri kadang-kadang ke sini.."cerita Dylan dengan bersemangat, senyum dia dari hujung ke hujung.

"Iya?Entah la....aku main sebut je."jawab Sera setelah selesai letakkan puting ke mulut Kyle supaya budak itu bertenang dan sibukkan diri dengan bermain permainan yang dibawa dekat kerusi tu.

Sebenarnya Dylan pernah beritahu pasal restoran ni masa mereka borak-borak dulu. Mungkin dah lama sebab itu Dylan lupa. Kata Dylan restaurant ni tempat kesukaan lelaki tu, sebab itu Sera bawa ke sini.

"Makan la apa kau nak, aku belanja."aju Sera sambil angkat tangan nak panggil waiter.

"Eh...kenapa pulak..tak apa. Aku bayar."tolak Dylan.

Mata Sera gerak ke Dylan sementara tangan dia masih terangkat di udara. "Kau bayar, aku keluar, aku bayar, kita berdua makan sama..pilih."ajunya.

Dylan pandang Sera buat beberapa saat sebelum berdengus tak percaya lantas ketawa. "Fine..cakap je la kau nak makan sama dengan aku...itu pun nak cover belanja aku bagai" #." ujarnya.

Waktu itu la seorang pelayan datang dekati meja tu. Sambil tunggu ketibaan pelayan itu, Sera berkata kepada Dylan.

"Ini bayaran duit minyak dan masa kau untuk hari. So jangan nak perasan lebih."

Dylan buat muka lalu pandang kesal ke Sera. "Ya-ya aku fikir tadi kau nak makan sama dengan aku.."

Sera tarik sengih mengejek. "Siapa suruh..."

"Hai..selamat datang. Boleh saya ambil pesanan?" sapa pelayan lelaki tadi sebaik berdiri di tepi meja itu.

Sera dongak memandang pelayan tu. "Berikan saya set makan tengah hari dan air kosong."

Dylan yang sudah hafal akan menu restaurant itu sebut beberapa hidangan bersama air.

Habis saja mengambil pesanan mereka berdua, pelayan itu pun beredar.

Sera kemudiannya pandang ke Dylan yang waktu itu sedang lihat-lihat sekeliling restaurant dengan senyuman di bibir. Comel je muka Dylan masa ni. Macam budak-budak kecik kagum melihat sesuatu yang baru. Mungkin mengimbas memori lama nostalgia lelaki itu.

Bila Dylan pandang ke depan, Sera palingkan kepala ke Kyle. Tak nak disedari Dylan yang dia perhatikan lelaki tu.

"Tak menyesal aku ikut kau hari ni."senyum Dylan masa perhatikan Sera menilik Kyle dekat kerusi baby di sebelah meja mereka.

Sera senyum dalam hati. Dia pun!

Tidak semena, telefon Dylan yang berada di atas meja, bersebelahan gelas berkaki menyala lalu bergetar.

Tersentak dengan itu, Dylan pandang ke skrin telefon. Sebuah panggilan masuk. Tanpa berlengah, Dylan capai telefon itu laku jawab panggilan tersebut.

Sera yang perasan, hanya perhatikan Dylan. Tertanya-tanya jugak dia. Siapa yang call. Tapi didiamkan saja.

"Hello?"sambut Dylan.

Sera pandang muka Dylan yang dari berkerut hairan terus berubah menjadi kening terangkat tinggi penuh teruja.

"Ah..ya...mesti la tak lupa."Dylan bangun dari situ. Dia tunjuk jari '1 minute' pada Sera untuk pamit diri pergi dari situ untuk dapatkan privasi.

Sera anggukkan je la.

Tapi tak sangka pulak, 1 minute tu bertukar menjadi satu jam.

Melangut la Sera dekat situ seorang diri lepas kali terakhir Dylan keluar dari situ. Sampaikan makanan yang mereka order sudah pun sampai dan sejuk.

Kyle pulak dah tak senang duduk.

Sera nak call, tapi dia tak ada nombor terkini Dylan. Yang ada pun yang lama. Itupun dah tak aktif. Dia nak mintak tapi terlupa mengenainya. Dia nak cari tapi kalau dia bangun cari kelibat Dylan dia kena bayar dulu, masalahnya makan pun belum dimakan lagi.
Itu yang dia tunggu.

Namun disebabkan Kyke dah mula meragam, Sera terpaksa jugak bangun dari situ dan keluar dari restaurant tersebut sebaik selesai buat bayaran.

Bingung jugak Sera sepanjang masa tu. Risau pun ada. Elok je Dylan ada tadi. Tup-tup lelaki tu tiba-tiba je menghilang tak berkhabar.

Situasi ini mengingatkan Sera akan kejadian dimana semasa hari pertama masuk ke semester baru, dia tunggu Dylan dekat tempat biasa Dylan tunggu dia. Tapi Dylan tak muncul-muncul sehingga la Noah datang padanya dan maklumkan hal mengenai Dylan tak lagi belajar di akademi.

Waktu itu Sera devastated sangat. Otak dia blank, hati dia jangan cakap la. Memang terkilan habis.

Dan sekarang, itu la yang Sera sedang rasakan.

Terkilan dan devastated.

Dia ingat dia boleh bagi Dylan peluang dan diri dia sendiri ruang.

Tak sangka pulak semua ni terjadi.

Pintu restaurant itu terbuka dari dalam semasa Sera melangkah keluar melaluin. Sambil dia berjalan, sambil tu Sera dongak pandang ke langit yang cerah benderang dengan sinar cahaya matahari.

Macam di beritahu, setiap kali Sera cuba hendak enjoy momentnya, pasti akan ada yang spoilt akannya.

Dengan langkah berat, Sera keluar dari restaurant tu bersama Kyle tersemat kemas dalam beg gendongannya dan mereka pun pulang ke apartment sejurus itu.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now