Part 43 : Salam Terakhir

1K 83 1
                                    

Sera mengganding tangan Dylan seerat-eratnya sewaktu mereka jalan menyusuri laluan kecil dimana kubur dan makam tersusun kemas di situ.

Pokok renek ditrim kemas menjadi pagar disepanjang laluan.

Mereka melalui jalan yang bersimpang siur, deru angin sepoi bahasa pada senja bertiup mesra menyapa wajah mereka.

Sera mengerling lelaki di sisinya dengan senyuman nipis di bibir sambil pegang lengan itu.

Dylan membalas kerlingannya, melemparkan senyuman.

"Kau okay?"tanya Dylan sambil mengangkat kening.

Patutnya dia yang tanya pada Dylan sama ada, lelaki ni okay atau tidak. Ini tak, sebaliknya pulak."Mm..okay."angguk Sera.

"Dah nak sampai..."Dylan kembali memandang ke depan. Kalau bukan sebab Sera yang request nak lawat, dia takkan datang ke sini. Bukan lupa daratan. Dia cuma tak kuat. Itu je. Memang la dia lelaki, still dia seorang manusia yang ada hati perasaan dan lemah.

Sera mendekatkan dirinya lebih rapat ke Dylan lalu sandarkan kepalanya ke tepi lengan tu. Matanya termenung memandang rambang ke depannya.

"Sera...kau turun dari tembok tu!"

"Hish!Kau lagi!Kau lagi!Dah tak ada kerja lain apa! Berhambus la sana!"halaunya sewaktu mahu panjat tembok sebab nak ponteng kelas.

Noah yang jenisnya tidak suka mengalah itu terus tarik kaki Sera untuk halang gadis itu dari terus memanjat tembok tersebut.

"Fine kau tak nak turun sendiri...biar aku yang buat kau turun!"

"Ahhh!!!!Aku jatuh la nanti!Sengal la kau ni!"marah Sera yang tergantung dekat tembok tu.

Noah rentap kaki Sera hingga buatkan pegangan Sera terlepas dan tubuh itu bergerak terjatuh ke belakang.

"Arghh!"teriak Sera semasa jatuh ke belakang.

Tidak membiarkan Sera jatuh di situ, Noah cempung badan Sera serta merta dan mereka berdua baru la terjatuh.

KEDEBUK!

"Adoi...sakitnya.."aduh Sera sebaik dia hempap Noah yang terbaring di bawahnya.

"Auw..."Noah pegang belakang kepala lepas terhantuk dekat atas rumput tu.

Berasa berang dengan hal itu, Sera bangun dari situ lalu duduk bersila sebelah lelaki tu dan terus pukul perut tu.

"Kau nak aku mati ke!"

"Aduh...sakit la!Ahahah....berat gila kau!"

"Mana ada aku berat!"satu lagi pukul hinggap di perut rata lagikan berotot itu.

Sera pejam matanya dengan perasaan hiba taktala wajah tersenyum Noah bermain dalam ingatannya. Tanpa diminta air matanya berlinangan di pipi kerana sebak. Bagaimana lelaki sebaik Noah boleh pergi tinggalkan dunia ni seawal begini.

"Kita dah sampai."maklum Dylan dengan perlahan di sisi.

Sera seka air mata yang berlinangan di pipi dengan belakang tangannya lalu kedipkan mata untuk jelaskan pandangannya. Dan ketika itu la dia ternampak batu peringatan yang mempunyai wajah Noah tersenyum padanya. Makin sayu la hati dia!

Oh god..why?

Kepala Dylan tergantung terus sebaik dia berdiri menghadap kubur itu sebelum bahunya mula menggeletar kuat.

Sementara Sera sudahpun bersimpuh di atas rumput itu sambil pegang makam tersebut bersama air mata berjuraian di pipi. "Noah.." sebut dia yang benar-benar minta maaf. Minta maaf sewaktu hayat Noah dia selalu katakan sesuatu yamg kasar pada Noah sedangkan lelaki itu benar-benar risaukan dirinya. Dan sehingga akhirnya Noah menjaga dirinya sewaktu di akademi sehingga mereka berdua tamat belajar.

Dylan yang sudah menangis tanpa suara itu tidak dapat nak berkata apa-apa. Dia terlalu sedih sebab setiap kali melawat kubur ini pasti dia akan teringat akan kejadian tu.

SREEET!

"Dylan!"

Masa tu dia tak dapat nak buat apa-apa.

Dia paling je kepala ke belakang, tak semena satu tujahan terasa di badannya dan dia tercampak ke tepi sebelum ternampak Noah dirempuh kuat dengan sebuah kereta yang bergerak laju dari arah kiri.

Tubuh Noah berguling dari depan hood itu sebelum jatuh di atas jalan tar setelah itu.

Masa itu dia terlalu kejung kerana tergamam dengan apa yang baru di lihat. Beberapa saat kemudian baru la dia berlari ke arah Noah dalam keadaan menggeletar teruk.

"Noah!Noah!!"panggil Dylan sampai tersungkur atas jalan tar itu sebelum tiba di sisi Noah yang sudah berlumuran darah. "No...please no..."rintihnya semasa pegang pipi tu.

Noah yang masih dalam keadaan sedar pandang ke Dylan dengan senyuman di bibir. "Kau..okay?"tanya dia di balik nafas yang tertahan-tahan.

Dylan geleng kepala dengan air mata bergenangan di pipi semasa tunduk memangku Noah dalam pelukannya. "Apa kau fikir?!"

Noah muntahkan darah dari mulutnya lalu tersenyum.

Dylan pandang sekelilingnya lalu menjerit. "TOLONG!Sesiapa tolong!!!!"teriak dia sekuat hatinya sebelum kembali tunduk memandang Noah. "Bertahan la..."

Noah yang dapat rasakan masanya sudah tiba perlahan-lahan angkat tangan dan pegang lengan Dylan. "Aku syukur dapat kawan dengan kau Dylan..."sebutnya dengan hela nafas terakhir sebelum tangan yang pegang lengan itu jatuh terkulai tak berdaya.

Dylan yang dengar ucapan itu terdiam seketika sambil pandang bungkam ke wajah kaku tidak bernyawa Noah buat seketika sebelum dia menjerit sekuat hati sambil menangis di situ seperti orang gila.

"Maafkan aku Noah..."ratap Dylan saat jatuh melutut di situ sambil tekup kedua-dua tangan dan menyembah tanah kerana tidak kuat lagi. Ya Tuhan!Dia tak kuat...

Sera yang lihat keadaan devastated Dylan terus dapatkan lelaki itu dan bantu Dylan untuk duduk tegak semula tetapi tidak mudah.

"Dylan...sudah la..."nangis Sera dengan sebak kerana melihat Dylan bersedih macam ni.

"Maafkan aku Noah..."ratap Dylan dengan sedih sekali di situ, dia tegakkan badannya lalu cengkam kain baju kemejanya dengan terdesak kerana rasa dihimpit pada dada sewaktu pandang batu peringatan Noah di depannya. Dia bersalah! Dia bersalah! "Maafkan aku..!"

Sera sandarkan kepalanya ke bahu Dylan lalu peluk badan itu sambil menangis. Dia tahu apa rasanya kalau kehilangan orang yang penting dalam hidup. Ia bukannya la suatu yang mudah untuk di hadapi.

"Bukan salah kau Dylan, Noah buat keputusan tu.."kata Sera dalam keadaan tersedu-sedan. Sehingga hujung nafas, dia berterima kasih pada Noah kerana lelaki itu la dia dapat temui Dylan semula. Kalau bukan kerana Noah, dia mungkin takkan dapat temui Dylan lagi.

Dengan lemah Dylan sandarkan kepalanya di kepala Sera dan memejam mata menangisi pemergian satu-satunya sahabat baik yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Kerana ini la dia tak boleh lawat kubur Noah. Sebab hal ini akan berlaku....dia akan breakdown dengan teruk.

Kalau la dia di beri peluang kedua...dia akan layani Noah lebih baik dari sebelum ni!





16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now