Part 39 : Noah Pergi

1K 83 0
                                    

Hish! Baik tak payah beritahu kalau macam tu. Sebab kalau dia beritahu jugak nanti mesti Dylan akan bantah dan marah. "Fine aku beritahu"Sera gerak hendak tunduk dapatkan handbagnya yang sudah tergolek dekat bawah kakinya.

Dylan perhatikan Sera capai handbag lalu diletakkan atas peha itu. "Apa kau cuba buat."

"Sabar boleh tak"sentap Sera masa angkat kepala dan pandang geram ke Dylan. Tak menyabar betul. Lepas tu dia keluarkan tisu dari begnya dan diletak dekat hidung untuk buang hingusnya. Seusai lakukan hal itu, baru la dia pandang Dylan dengan yakin. Tak ada la rasa sememeh sangat dengan air mata dan hingusnya bagai.

"So?"Dylan jungkit kening ingin tahunya masa pandang Sera.

"Aku nak buat dia suka dekat aku bagai nak rak kemudian aku tinggalkan dia dengan gunakan alasan sebab dia, kau tinggalkan aku masa dekat akademi...the end."jawab Sera bersama suara serak baru menangisnya.

Mulut Dylan terjatuh lepas dengar.

"No!"sentak dia. "Gila aku nak biarkan kau bercinta dengan lelaki lain?Terutama sekali si Aiden tu.."

Sebab ini la dia tak nak biarkan pelan dia diketahui Dylan. Dan bila semua ni terjadi habis rosak pelan setahun dia! "Aku tak suka dia okay...aku just nak dia sukakan aku...kau faham tak apa aku cakap tadi."jelasnya lagi.

Dylan geleng kepala lalu sandar ke kerusi memandang ke depan. Keningnya berkerut risau. Tak mungkin dia nak letakkan Sera dalam bahaya kerana Aiden. "Tak...aku tak izinkan. Tak kira apa sekalipun rancangan kau. Aku nak kau cancel dan berhenti dari bekerja dekat situ serta merta."tegasnya yang serius!

Sera mula merinding marah. "Dah kenapa?Kau tahu tak apa dia dah buat dekat kau?Kau tahu tak apa dia dah letakkan aku pada?Dua tahun aku bencikan tanpa sebab! Dan sekarang kau kata apa?No! Aku dah pelan semua ni dari awal!"bantahnya.

BAM!

Tak semena Dylan pukul stereng kereta tu dengan berang lalu pandang ke Sera. "Aku kata jangan. Tu jangan. Boleh tak dengar. Ini urusan aku dengan dia. Kau tak payah masuk campur. Berhenti jadi hero Sera!"bentak Dylan dengan lantang.

Mata Sera terkedip sedikit sebelum dia pandang membutang ke Dylan walaupun telinga dia sedang berdenyut senak gara-gara suara lantang Dylan. "Memangnya kenapa?Bukannya aku buat something yang besar pun."

Dada Dylan naik turun lepas dia membentak tu. Matanya memandang serius ke Sera sementara keningnya berkerut risau. "Sebab aku tak sesuatu terjadi dekat kau. Cukup la apa yang berlaku dekat aku. Aku tak nak ianya terjadi pada kau jugak."lafaznya sambil menguak kasar rambut depannya ke belakang kepala lalu kepalanya disandarkan ke stereng kereta.

"Hah?Kenapa kau cakap macam tu?"Sera jengukkan kepala untuk pandang muka Dylan, tapi hanya tepi muka itu saja yang jelas.

Sambil pejam mata dengan kening berkerut Dylan berkata. "Sebab Aiden dah buatkan Noah meninggal dunia semasa cuba selamatkan aku dari dilanggar dengan orang Aiden..."terus lirih hatinya bila sebut nama yang sudah lama dia elak dari menyebutnya.

Terus menahan nafas terkejut Sera lepas tu, dia tekup mulut dengan mata terbutang kaku.

Tak mungkin!

"Masa aku dengan Noah baru je keluar dari siding untuk dapatkan syer yang boleh bantu naikkan saham syarikat dan pertahankan company..tiba-tiba kereta hitam bergerak laju ke arah aku yang masa tu tengah sibuk bercakap dalam telefon. Noah yang Nampak, jadi dia tolak aku tapi tak sempat nak selamatkan diri dia. Noah meninggal dunia di tempat kejadian. Dan Annatalia adalah adik Noah..."

Sekali lagi air mata Sera tumpah dari kelopak lalu jatuh menitis ke pipinya.

"Dylan..."

Dengan senyap bahu Dylan bergoncang kuat. Lelaki itu menangis. "Sampai sekarang Sera...aku terngiang-ngiang kata-kata dia dalam telinga aku...dia terima kasih sebab jadikan dia kawan aku.."

Tak tahu nak buat apa, Sera gerak dapatkan Dylan dan tarik lelaki tu perlahan-lahan jauh dari stereng tu lalu di bawa kepala tu ke bahunya. Tak mungkin Noah dah pergi. Itu bermakna Diana?Dia? Sepupunya itu macam mana?

Dylan lingkarkan tangannya sekeliling pinggang Sera dan menyembam mukanya di bahu itu.

"Diana macam mana?"tanya Sera dengan perlahan sambil usap belakang kepala Dylan.

"Dia orang berdua dah berpisah setahun sebelumnya dan lost contact. Jadi Diana langsung tak tahu pasal hal ni sampai sekarang.."maklum Dylan dengan suara sebaknya.

Lantas Sera rehatkan tepi mukanya ke kepala Dylan. Sungguh! Dia pun ikut bersedih. Sebab Noah adalah seorang lelaki yang baik. Kehilangan lelaki itu adalah kehilangan yang sangat besar. "Maafkan aku untuk kehilangan kau Dylan."

Tanpa berkata apa-apa Dylan yang tersedu sedan dengan senyap dalam pelukan Sera. Sakit sangat bila fikirkan kawan baik sendiri meninggal dunia kerana diri sendiri. Rasa macam tak guna pun ada. Rasa nak mati pun ada!

"Aku layan Annatalia macam adik sendiri Sera...aku hutang nyawa dengan dia.."

Sera angguk kepala faham. Ya...dia faham sekarang. "Jangan risau...aku faham."ucapnya dengan lembut.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now