Part 16 : Party Pooper

1.1K 101 0
                                    

Here we go again!

Family sebelah ibunya.

Kagum plus hairan.

Firstly untuk tahun ni genap datuk Sera masuk usia ke 69 tahun. Walaupun sudah lanjut lelaki ini kelihatan 20 tahun muda dari usia asal.

Sangat sihat dan bertenaga. Boleh siap travel ke sana dan sini lagi tu.

Sudah menjadi resam mereka sekeluarga sembilan beradik ini berkumpul dan meraikan hari yang mengembirakan ini.

Well...just happy for certain people only....not to everyone!

"Sera bawakkan pinggan bersih dekat dalam sana.."

"Sera mana tisu?"

"Sera air!

"Sera lapik basah, tukar yang baru!"

Sera!

Sera!

Sera!

Sera!

Itu je la yang dia dengar dekat dua jam lepas sejak dia berada di majlis ini. Dari awal.sehingga majlis potong kek di mulakan.

Kalau bukan sebab dia tak nak rosakkan mood sambutan ulang tahun kelahiran datuknya ini. Lama dah dia letupkan bom kentut dalam rumah yang penuh dengan para tetamu ni.

Apa la nasib dia ni...

Melawan dapat masalah

Tak melawan, masalah yang cari dia...

Semua orang enjoy dekat luar, makan-makan siap gelak tawa. Dia?

Huh..

Cuci pinggan ni hah dekat dapur macam cinderella zaman dulu-dulu

Hairan betul..ramai je orang perempuan dalam household ni...tapi semua takut tangan kedut kalau cuci pinggan la, leceh ka, rosakkan manicure la apa la..yadaa..yadaa..

Memang la ada mesin washing dishes..tapi mesin ni tak boleh muatkan puluhan punggan mangkuk berulang kali. Benda ni ada limitnya jugak. Macam tahap kesabaran dia ni!

Dia sabar je sepanjang harinya di sini.

Seira hilang entah ke mana, dia tak nak kacau. Yalah kembarnya tu baru dapat berjumpa dengan sanak saudara, memang tak la dia nak spoilt moment kembarnya. Lagi-lagi lepas ibunya ugut dia kalau tak nak tolong, Seira yang akan buat semua ni. Gila betul, ibu dia ni. Ada ke patut guna Seira sebagai bahan ugutan!

Tapi tak apa la, lagi dia suka. Tak ada la dia hadap sepupu-sepupu perempuannya yang dari awal lagi tak habis-habis nak goda Dylan.

Yup!

Si tenuk tu ada sekali dekat sini.

Tapi dia buat tak nampak. Anggap Dylan tu tak wujud pun. Lagipun mana la Dylan nak perasankan dia bila lelaki tu dikelilingi sepupu-sepupu perempuannya yang hot lagikan pandai bergaya tu.

" Hei...sini kau..puas aku cari kau?"tegur Seira dari pintu masuk dapur lalu dekati Sera. Dia peluk belakang pingang Sera setelah berdiri disebelah kembarnya itu."Kenapa kau cuci pinggan semua sendiri...sini. Biar aku tolong."

Sera siku perlahan tepi Seira cubaan untuk jauhkan kembarnya dari sentuh pinggan mangkuk di situ. Nanti kalau ibu atau ayahnya nampak pasti mereka marah.

"Tak payah mengada...kau pergi keluar sana. Ni spot aku untuk larikan diri dari mak kiah dekat luar sana."getusnya sambil sabunkan pinggan kaca warna putih yang dipegangnya.

Seira ketawa lalu dia lompat atas kabinet sebelah sinki menghadap Sera. "Ooh..kau guna alasan nak cuci pinggan ni sebab tak nak join dia orang ke?"

Sera tarik sengih meleretnya lalu pandang ke Seira sambil jungkit kening penuh muslihatnya. "Well kau tahu aku kan...dia orang bukan style aku..."

Seira ketawa kecil sambil hayun kaki dia kanan dan kiri kerana senang hati. "Hei Sera.."

Sera yang baru nak pandang semasa ambil pinggan seterusnya larikan mata ke Seira semula. "Asal?"

Sambil tarik senyuman lebar yang ikhlas dan dada penuh dengan perasaan sayang Seira berkata. "Maybe kedengaran cringey...tapi kau tahu aku bangga jadi kembar kau?"

Sera ketawa lepas tu, dia buat muka jijik setelah itu. "Eew...kau dah kenapa nak beromantik dengan aku...pergi sana cari Calvin kau ke apa ke..jangan aku.."cebiknya sambil pandang ke pinggan seterusnya untuk disabunkan.

Seira jungkit bahu. "Dengan kembar aku jugak. Dengan siapa lagi aku boleh cakap. Tapi betul apa, kalau bukan sebab kau, maybe aku tak ada dekat sini, enjoy moment family gather ni dengan semua orang...dan kau..tak nak rampas spotlight dari aku, sorokkan diri dan jauh dari aku...it not fun you know.."

Sera berhenti dari kerja menyentalnya, senyuman dia pudar lepas dengar akan kata-kata itu. Seira tahu?

"Aku tahu apa kau cuba buat Sera...aku ni kembar kau, aku tahu apa kau fikir, apa kau rasa walaupun kau tak beritahu...yes..kau senyum dan nampak okay, tapi tak..."Seira pandang serius ke Sera. Tiada lagi senyuman di bibirnya.

Perlahan-lahan Sera palingkan kepala ke Seira. Dia pandang ke Seira lalu berdengus kecil sebelum tarik sengih meleret ke kanan."Aku tak tahu kenapa kau boleh fikir sampai ke situ....tapi biar aku beritahu kau eh..aku bukan nak bagi kau spotlight ke apa okay. Aku just memang tak berapa gemar dekat sini. Itu je." dalihnya.

Seira berdengus mengejek. "Yalah .apa-apa je la yang kau cakapkan...aku percaya."Seira lompat dari kabinet tu.

"Betullah.."bidas Sera.

"Iya...aku percaya. Apapun terima kasih untuk usaha keras kau hari ni. Mungkin orang lain tak perasan, tapi kalau bukan disebabkan kau, majlis hari lahir atuk takkan dapat berjalan lancar dan meriah tanpa bantuan kau."ucap Seira sebelum pegang kepala Sera lalu mengucup tepi kepala tu dengan kasih.

Sera hanya tersenyum. "Mengada la kau..dah la pergi sana...nanti ibu cari kau pulak."halau dia kemudiannya.

Seira cubit manja pipi adik kembarnya kerana geram. Sera ji kan..susah la nak di bawak pujuk. Liat sungguh orangnya!"Yalah. Aku tak kacau lagi. Nanti dah settle keluar la..join kita orang.."

Sera angguk kepala. "Okay..."jawab Sera sambil bilas pinggan di situ lepas habis disabunkan semuanya.

Setelah itu Seira pun keluar dari dapur untuk ke ruang tamu.

Tinggal la Sera seorang diri di situ.

Seusai Sera cuci pinggan, keringkannya lalu kemas sinki dan susun atur dapur agar tidak terlalu bersepah, Sera bawa diri ke bilik tidur tingkat dua rumah itu. Bilik tidur yang biasa dia inap setiap kali balik ke rumah datuknya.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now