Part 44 : Sushi Incident

1K 77 1
                                    

Bersama langkah berhati-hati, Sera tutup pintu bilik air sambil perhatikan orang yang sedang terbaring atas katil dalam keadaan mengiring dan berselimut.

Semalam lepas lawat kubur Noah, dia minta pada Dylan untuk tinggal bermalam di apartment bersama dengan dia. Sebab itu la lelaki itu sedang terlena sekarang ni.

Sudah siap hendak ke pejabat, dia jalan jinjit mendekati katil itu. Tak nak hasilkan bunyi yang boleh ganggu lena lelaki itu, Sera perlahan-lahan bongkok mendekatkan muka ke Dylan.

Terus dia kucup pipi itu dengan lemah lembut lalu tatap wajah lena itu dengan senyuman di bibir. Comel je muka Dylan masa tidur.

"Love you..."bisiknya setelah itu lalu kucup buat kali terakhir di dahi itu sebelum gerak keluar dari bilik tidur. Setelah itu langkahnya di atur ke dapur.

Masa tu jam baru masuk 7 pagi. Caleb sudahpun berada ke akademi memandangkan cuti musim panas budak itu telah berakhir. Jadi tinggal la Sera dan Savannah dalam apartment tu.

Savannah yang sememangnya suka bangun awal sudahpun terpacak dekat dapur sejam awal dari sebelum Sera lagi.

"Morning..."bisik Sera semasa dekati kaunter top dimana Savannah sedang menyiapkan bento sushi untuk dia.

Savannah yang sedang gulung gimbap angkat kepala memandang Sera. "Hey..morning. Dylan tidur lagi?"balas Savannah dengan nada perlahan.

"Ha'ah."Sambil pandang dengan minat bento sushi yang disediakan Savannah, Sera berkata. "Kau prepare semua ni sendiri?"

Savannah angguk kepala. "Yup.."

Sera tarik sengih sinis meleret dia. "Aku lawat 3 site hari ni..so make sure kau gunakan masa ni sebaik mungkin okay.."

"Don't worry...I do my best."senyum Savannah dengan jahat.

Rancangan mereka hari ini adalah hendak buatkan Aiden alami food alergies dan berdrama depan lelaki tu seakan Sera berasa cemburu dan berebutkan Aiden dengan Savannah. Ianya merupakan pelan Sera nak putuskan Aiden tanpa dicurigai lelaki tu. Setelah baru la pelan seterusnya di jalankan.

Sera capai satu potong gimbap lalu disuap ke dalam mulutnya dengab berselera. "Nanti beritahu dekat Dylan aku pergi lawat site dan rancangan kau hari ni.."pesannya sambil kunyah.

"Alright."angguk Savannah sewakru berhenti dari menggulung gimbap tu untuk pandang ke Sera dengan lebih fokus. "Kau okay?"tanya dia.

"Kenapa?Aku nampak macam tak okay ke?" balas Sera dengan kening terjungkit sebelah.

Savannah tarik senyuman nipis. "Tak ada la...aku just tanya je. Sebab malam tadi aku dengar kau berborak dengan Dylan mengenai Noah lepas balik tu...bukan aku curi dengar..cuma terdengar."

Sera termenung sewaktu tangan dia bermain dengan hujung rumpai laut kering di pinggan depannya tangannya.

"Kau dengar?"soal Sera dengan nada termenung dia.

Savannah angguk kepala. "Mm. Dylan masih salahkan diri dia kan?"

Sera gerakkan mata dia ke muka Savannah setelah itu. Dia tak tahu nak cakap macam mana lagi sebab memang betul. Malam tadi, Dylan tak habis-habis salahkan diri sendiri.

Savannah lepaskan keluhan panjang lantas menggeleng kepala kesal. "Entah berapa kali aku beritahu apa yang berlaku bukan salah Dylan...still semua ni bukan perkara mudah untuk Dylan lupakan..."katanya sambil potong gimbap empat seginya.

"Jangan risau...aku akan tuntut bela untuk Noah tak lama lagi..."Sera termenung memandang pisau yang sedang mengerat gulungan makanan itu. "....dan kau Savannah. Aku mintak tolong lagi kali ni."baru la dia pandang ke Savannah pulak.

"It's okay...kau tak mintak aku sendiri akan tolong."balas Savannah serta merta.

"Sekejap je...lepas semua ni selesai. Aku janji. Aku takkan ganggu hidup kau lagi."

"Ya...ya..dah gerak la sama. Sesak pulak kau dalam bas nanti."gesa Savvannah sambil tolak Sera supaya pergi dari situ.

Sera palingkan kepala ke Savannah sewaktu dia hadap pintu dapur. Dia senyum pada Savannah lantas gerak keluar dari situ.

Langkah itu di perhatikan Savannah buat seketika sebelum dia kembali tunduk memandang hidangan sushi dan gimbapnya. Cantik dan kemas!Sama seperti yang membuatnya. Mudah-mudahan dia dapat kenakan Aiden nanti.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now