Part 42 : Official

1K 81 0
                                    

Muahahahaha!

Kalau boleh nak aje dia berdiri atas meja ni dan cekak pinggang sambil ketawa jahat macam dalam cerita kartun tu.

Tapi tak boleh.

Dia kena control cun dekat sini!

Kalau tak rosak pelan dia nanti.

Nak tahu apa yang baru berlaku?

Asalnya company Aiden adakan majlis dinner sempena kejayaan mereka peroleh dua projek besar yang berjumlah berpuluh ribu harganya. Semua itu atas usaha Sera sendiri.

Kenapa?

Of course demi dapatkan kepercayaan Aiden. Sera pelan untuk buat kerja betul-betul supaya Aiden tak curigakan dia if something bad happen masa Sera dekat company tu.

Tapi tak sangka pulaK, majlis dinner tu dikejutkan dengan berita yang tiada siapa boleh agak akan berlaku.

"Selain itu, saya ingin war-warkan Serafina Katniss sebagai pasangan saya."ucap Aiden di akhir ucapannya depan mikrofon. "Oleh itu, berhenti la sebarkan cerita dan khabar angin yang tidak benar mengenai Sera. Dia tak pernah paksa tapi semua itu pilihan saya."

Sera yang berdiri dekat sebelah Aiden pandang ke tepi muka Aiden. So sweet....tapi sayang sangat perangai lelaki ni tak sepadan dengan keperibadian yang ditunjukkan. Kalau Aiden seorang lelaki baik dia mesti ikut jatuh cinta.

Haih...kenapa la Aiden macam ni.

"Sekian itu saja dari kami...tuan dan puan boleh nikmati juadah yang disediakan."ujar Aiden buat kali terakhir. Lantas dia palingkan kepala pandang ke Sera dengan senyuman bangga di bibir. Memang tak salah dia jadikan Sera kakitangannya. Tak sampai dua bulan Sera di sini, syarikatnya sudah mencapai profit tertinggi dari sebelum ni. "Mari." ajaknya.

Sera angguk kepala.

Mereka kemudiannya turun dari podium itu lalu menyertai kumpulan korporat yang berada tidak jauh dari meja bulat yang ada dalam ruangan itu.

Mereka pun berborak la dengan tetamu-tetamu tersebut. Borak main borak, tiba-tiba Aiden di dekati seorang wanita dari belakang lalu bahu itu di ketuk.

"Ehem!"

Sera yang berdiri di sebelah Aiden terlebih dahulu berpaling lalu diikuti oleh Aiden kemudiannya.

Pandang saja wanita cantik di depan mereka, kening Aiden terangkat tinggi. "Savannah?"

Dengan menggodanya, Savannah senyum pada Aiden. "Hai....akhir jumpa jugak. Bukan main busy ya?"senyum dia.

"Ah..hai."balas Aiden sambil pandang ke Sera lalu peluk belakang. "Sera..sorry tak beritahu awal. Savannah dia adalah salah seorang dari pelabur dalam syarikat saya..."ajunya.

Dengan lokanan terbaiknya, Savannah acah-acah buat muka terkejut. "Oh my god...Sera?Serious?Aku tak cam kau...you look so different.."dia gerak hendak peluk Sera sambil cakap tu, tapi Sera hulur tangan tolak Savannah supaya jauh.

Hal itu di lihat Aiden. Dia pandang kekok ke dua orang yang terkenal dengan permusuhan mereka. Tak sangka pulak sampai sekarang mereka masih begini.

"Tak payah nak happy sangat.."gerutu Sera lalu pandang ke Aiden acah-acah sakit hati. "Saya tak tahu pulak awak dengan Savannah kenalan?"lakonnya.

Aiden telan air liur. "Saya terlupa..maaf."

Sera selak rambutnya ke belakang bahu seakan rimas. "You know...I'm out. Berborak la." rajuknya yang kemudian berpaling dari situ.

Aiden terkesima, dia gerak nak dapatkan Sera, tapi Savannah cepat-cepat hadang depan Aiden masa tu jugak. "Hei...nak ke mana tu..kita belum habis borak lagi.."senyum dia.

Aiden berhenti mendadak dekat situ serta merta. Keningnya berkerut. Mata dia naik turun. Sekejap pandang Savannah sekejap pandang belakang Sera yang semakin jauh di celah tetamu di situ.

"Tapi Sera dia-"

"Choose one Aiden...your profit or her?"Savannah pegang tali leher Aiden dengan senyuman menggoda dia.

Dalam keadaan berbelah bahagi itu, Aiden pandang Savannah buat seketika lantas melepaskan keluhan mengalah. "Fine.."

Dengan sorakkan penuh kemenangan, Savannah tepuk pipi Aiden dengan perlahan. "Good boy...sekarang jom..kita duduk sana borak-borak.." ajaknya yang menarik lengan Aiden ke arah sebuah meja.

Mahu tak mahu, Aiden turutkan. Yalah, dia tak boleh kehilangan pemegang saham terbesar yang baru saja berlabur dalam syarikatnya ini dua bulan lepas. Rugi pulak dia!

Sera yang sudah pun tiba di pintu keluar ruangan majlis tersebut hanya berjalan merentasi koridor itu dengan derap langkah perlahan dan wajah dingin tanpa ekspresi.

Bzz!Bzz!

Getaran dalam beg kecil buatkan Sera tersentak lalu dia buka beg itu sebelum keluarkan telefon darinya. Sebaik dia pegang, Sera pandang skrin telefon tu dan setelah nampak nama yang tertera di situ, dia jawab panggilan tersebut.

"Hello?"jawabnya sambil jalan pandang ke depan.

"Hai...dah settle?"tanya Dylan dalam panggilan.

"Mm."jedanya dengan pendek.

"Macam mana dengan Savannah?Aiden curiga apa-apa lagi tak?"

Sera tarik sengih sinis meleret lepas dengar soalan tu. "Of course la lancar tengok la siapa yang rancang."

"Aiden dah officialkan hubungan kau orang berdua depan public?"

"Dah..."angguk Sera sebelum dia berhenti depan pintu lif.

"Good. Sekarang kau keluar dari situ. Aku tunggu dekat bawah."arah Dylan.

Sera kemudiannya putuskan panggilan lantas menekan butang buka lif untuk turun dari hotel tu.

Sambil menunggu lif terbuka, Sera termenung memandang pintu lif tersebut. Dia memikirkan semula rancangan yang dia aturkan dua bulan yang lalu.

Langkah pertama, dia akan goda Aiden sehingga lelaki tu terlalu kemaruk dengan dia dan jadikan dia teman wanita lelaki tu. Untuk itu dia kena tunjukkan kesetiaan pada Aiden dengan majukam syarikat tu bersungguh-sungguh supaya tidak di curigai.

Langkah kedua, Sera arahkan Dylan untuk berikan sejumlah wang yang besar pada Savannah di atas nama syarikat Dylan sendiri secara rahsia untuk Savannah samarkan atas nama sendiri supaya dapat dilaburkan ke syarikat Aiden. Dengan itu, Savannah boleh ada alasan yamg masuk akal untuk dekati Aiden.

Langkah ketiga, Savannah akan pengaruhi Aiden dam buatkan Aiden curang sendiri pada Sera supaya Sera ada alasan untuk tinggalkan Aiden.

Dan akhir sekali, Sera akan perangkap Aiden sampai lelaki tu mengaku sendiri akan kesilapan yang lelaki tu buat depan orang ramai.

Kemudian...the end of the story.

Ding!

Pintu lif pun terbuka.

Tanpa berlengah Sera melangkah masuk ke dalam lif itu dan turun ke lobi hotel yang mana disambut oleh Dylan setelah itu.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now