Part 7 : Malang tak berbau

1.3K 114 0
                                    

Sebelum matahari terbit lagi, setiap hari biasa selain hujung minggu, ini la rutin pagi dia setiap hari.

Iaitu bangun seawal lima pagi.

Bersarapan.

Kemudian siap-siapkan kenakan pakaian jogging.

Kemudian jogging dari apartment hingga la ke taman tasik buatan beberapa meter dari apartment tu.

Sendirian sambil ditemani lagu melalui ipod yang diikat pada tepi lengan, Sera akan lari sekeliling taman tasik beberapa kali.

Setelah puas sakitkan badan dan keluarkan peluh, Sera akan ambil tempat biasa dia duduk untuk bertapa di tepi tasik itu.

Maka duduk la dia di situ dalam keadaan bersila selama beberapa jam untuk tenangkan fikiran dengan menikmati tiupan angin awal pagi, nyanyian alam semula jadi di sekitar lalu di temani cahaya matahari terbit pada pagi tu.

Ini la caranya dia hilangkan stress dan manage kesihatan emosi dan psikologinya. Keluarkan semuanya melalui larian dan pulihkan semula dengan bertapa di situ tanpa memikirkan apa-apa.

Tapi itu la...

"Woof!Woof!"

Mesti punya...

"Woof!Woof!"

Gerenti.

Mesti ada yang akan merosakkan moment dia ini!

Tak manusia!

Tak haiwan.

Semuanya sama.

Anti dengan dia untuk bersendirian!

Atau mungkin sebab dia langkah kiri hari ni, itu yang nasib tak menyebelahi dia.

Aduhai...apa la nasib dia!

Niat nak berjoging sekali tu di kejar anjing!

Tak tahu nak buat apa, Sera hanya berlari merentasi laluan pejalan kaki tu sekuat hatinya dari di kejar dengan anjing liar yang entah dari mana muncul, tiba-tiba je boleh bertembung dengan dia dekat taman tu.

Dah la dia tak ada apa-apa yang boleh digunakan untuk halau anjing tersebut. Jadi lari je la yang dia dapat lakukan. Nak ke pintu keluar pulak jauh lagi.

Memang habis la dia kalau kena gigit ni!

Warghhhh!!!

Why!

Kenapa dia jugak!

Why!

"Woof!Woof!"

Dalam keadaan termengah-mengah itu, Sera pandang kanan dan kiri dia dengan cemas cuba cari seseorang atau something yang boleh tolong dia!

Akhirnya dia ternampak sebatang pokok yang agak rendang tapi cukup tinggi untuk dia selamatkan diri.

Sera lari ke kanan secepatnya dengan sisa tenaga yang ada. Dan bila dia semakin mendekat ke pokok itu, Sera pecut sehabis boleh lalu melompat tinggi sehingga berjaya memaut batang pokok di situ dan tarik diri dia panjat naik ke atas menggunakannya.

"Woof!Woof!"anjing itu berdiri lalu cuba hendak panjat pokok tersebut dalam sekelip mata.

"Shooo!"halau Sera dalam keadaan terketar-ketar dan menggigil.

Dia sedaya upaya memeluk erat batang pokok di situ untuk sokong dirinya dari terjatuh dan jauhkan kakinya dari anjing yang menyeringai  bengis padanya di bawah pokok itu.

"Grrr...."anjing itu berderam dengan menakutkan sekali sambil tayang gigi bertaring tajam pada Sera sewaktu mencakar batang pokok tersebut hendak dapatkan kaki Sera.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now