Part 36 : Naik Bas

1K 84 2
                                    

WOW!

Hebat betul dia berdrama malam tadi.

Serius beritahu dia sendiri tak agak yang dia boleh buat macam tu depan Dylan sedangkan masa tu dia dah cuak habis bhai!

Takut betul dia masa Dylan marah lepas dapat tahu dia kerja dengan Aiden. Memang la dia dapat agak yang Dylan boleh tahu, tapi tak la secepat ni. Mujurla dia dapat larikan topik tu kepada drama acah-acah jelousnya itu.

Siapapun Annatalia tu, dia tak rasa insecure pun. Kalau betul Annatalia itu jodoh Dylan, tiada apa yang dapat dilakukan lagi. Maklum la hal orang bisnes ni banyak fe'elnya. Kahwin bisnes la, kahwin kontrak la...yadaa..yadaa..yadaa, so tak hairan la kalua Dylan pun sama.

Bersama senyuman dibibir, Sera melangkah masuk ke dalam bas dan membayar tambang menggunakan kad touch n gonya lalu ambil tempat di kerusi kosong sebelah tingkap di belakang sekali. Sebaik dia duduk, Sera palingkan kepala pandang ke cermin tingkap bas untuk perhatikan sekeliling pada pagi itu.

Hm...rasanya apa lah reaksi Dylan lepas lelaki tu nampak apa dia dah buat?

Hohohoho!

Setiap hari dan di setiap pagi, pasti akan ada sebuah bas sedia menanti di depan bas stop depan kawasan apartment ni.

Dan bas ini la yang menjadi pengangkutan buat penghuni apartment yang tidak mahu terlibat dalam kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja masing-masing.

Termasuk la Sera sendiri.

Sejak setahun yang lepas lagi dia gunakan bas ini sebagai kenderaan dia untuk ke sana sini.

Dan seperti biasa la Sera sedia berdiri di situ menunggu kehadiran bas tersebut dan menaikinya. Bas itu pula akan bertolak selepas masa menunggunya tamat. Sementara itu, pemandu bas akan tunggu di situ dan menerima penumpang.

Bzz!Bzz!

Tak semena telefon bimbitnya bergetar, buatkan Sera tersentak. Dia tunduk memandang telefon bimbit yang dipegangnya lalu ditalakan skrin itu ke depan muka untuk lihat. Sekali bila dia pandang, terdapatnya panggilan masuk dengan nombor tidak dikenali muncul di skrin.

Bzz!Bzz!

Panggilan masuk sekali lagi. Dah siapa pulak ni? Sera berkerut kening bingung. Oleh kerana ingin tahu, Sera pun jawab panggilan tu. Butang putih berwarna hijau di sentuh pada skrin sebelum dia tekap telefonnya ke telinga lalu pandang keluar tingkap sambil berkata. "Hello?Sera bercakap?"

"Perempuan bertuah! Mana kau hah!"marah Dylan dalam panggilan tak semena.

Geez dude! Careful there. Dia masih perlukan gendang telinganya untuk masa yang lama!

Terkejut dengan suara itu, Sera jauhkan telefon tu dari telinganya lalu pandang ke skrin telefon dengan hairan. Duh! Macam mana pulak si tenuk ni dapat nombor phone dia?

"SERAFINA KATNISS!"suara itu kedengaran melalui panggilan sekali lagi.

Lima saat selepas itu, barula Sera yang sedar apa yang berlaku. Mungkin Dylan dapat nombor dia dari Savannah atau Kaito paling. Apapun dia tak peduli sebab nampaknya pelan dia menjadi.

Sera tarik sengih menahan ketawanya lalu kembali melekapkan telefon ke telinganya. "Siapa ni?"tanya dia acah-acah tak kenal.

Oppsy! Nampaknya ada yang dalam masalah...hihihihi.

Ingat pelan Sera yang mahu susahkan hidup Dylan? Well...malam tadi Sera rancang nak bertekak dengan Dylan untuk cipta alasan jalankan misinya. Tak sangka ianya terjadi lebih baik dari yang dibayangkan. So lepas balik dari apartment Dylan, Sera teruskan misinya serta merta. Iaitu cat cermin kereta Dylan dengan cat spray hitam. Tengah-tengah malam tu Sera lakukan kerjanya. Dia lakukannya dengan sebaik mungkin dan selicin habis tanpa tinggalkan satu pun permukaan cermin dekat kereta tu tidak di sembur dengan cat. Nak buat lebih rasa macam tak patut kan..so Sera hanya berikan sedikit hasil kreativiti yang dah lama terkubur sejak keluar dari akademi.

"Mana kau sekarang Sera! Kau memang nak kenakan! Kau tahu tak aku nak cepat ni! Ada meeting aku kena hadir! Kau cat kereta aku?"bebel Dylan yang kedengaran seperti serta berjalan atau berlari berdasarkan deru nafas yang didengari melalui panggilan itu.

Sera pegang bibirnya saat hamper hendak meledak ketawa. Padan muka situ! Buat la dia sakit hati lagi. Heh! "Apa ni main tuduh-tuduh...ada bukti ke aku buat?"bidasnya dengan yakin.

"Aku tak bergurau Sera...!"deram Dylan dengan tegas dalam panggilan.

Sera ketap bibir dia kuat-kuat sebab tak dapat nak bendung lagi rasa ketawanya. Sumpah. Dia boleh bayangkan muka Dylan macam mana. Mesti merah macam ketam rebus sebab bengang. "Sama la dengan aku.."jawab dia dengan suara tertahan-tahan. Dia terpandang kumpulan Budak-Budak sekolah rendah berbasikal dari seberang jalan di laluan pejalan kaki sambil tu. "Cuba la cari kalau dapat" ajunya dengan ceria sambil palingkan kepala ke depan bas pula sebab nak check dah boleh gerak belum bas ni.

Pandang je depan, senyuman Sera terus jatuh bila terpandang lelaki lampai bersut pejabat naik ke dalam bas dan berdiri di situ.

Damn!

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now